jump to navigation

MCA: Bertelagah tak henti-henti! Ogos 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback
Chua Soi Lek, telah dipecat dari MCA.

Chua Soi Lek, telah dipecat dari MCA.

Seperti semua orang maklum, Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek telah dipecat daripada jawatan yang baru beliau menangi dalam pemilihan MCA tahun lalu. Pemecatan dibuat oleh Majlis Disiplin parti tersebut.

Untuk pengetahuan semua juga, tindakan pemecatan tersebut adalah akibat daripada

Gambar diambil seorang penulis blog dari video skandal Chua Soi Lek.

Gambar diambil seorang penulis blog dari video skandal Chua Soi Lek.

skandal seks beliau yang tersebar dalam video DVD pada awal tahun 2008. Beliau telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, serta merta melepaskan jawatan dalam Kabinet sebagai Menteri Kesihatan, dan juga dalam parti beliau MCA.

Persoalan timbul, mengapakah tindakan begitu lambat diambil? Keputusan oleh Majlis Disiplin ini diputuskan hanya selepas 20 bulan isu tersebut timbul, malah pelaku kesalahan itu sendiri telah meminta maaf.

Ong Tee Kiat

Ong Tee Kiat

Untuk menambahkan pengetahuan mengenai krisis yang berlaku ini, sebenarnya Presiden parti MCA, Ong Tee Kiat juga dilanda skandal tersendiri.

PKFZ, nama yang dikenali sebagai satu projek “gajah putih” bernilai RM12 bilion adalah projek kendalian Kuala Dimensi, syarikat milik “tycoon-politician”, Tiong  King  Sing.

Perang mulut dalam media berlaku antara Ong dan Tiong, seterusnya mendedahkan lebih banyak fakta dan rahsia tersirat dalam skandal ini, yang seharusnya diutamakan oleh SPRM kerana nilainya yang teramatlah besar.

Antara rahsia yang terdedah: “derma” RM10 juta Kuala Dimensi kepada MCA, dan juga penggunaan pesawat milik Kuala Dimensi oleh Ong sebanyak beberapa kali perjalanan.

Justeru, untuk menyimpulkan bahawa tindakan Majlis Disiplin MCA kepada Chua sebagai langkah “memulihkan integriti parti”, pada saya masih lebih banyak yang perlu dilakukan mereka selepas ini.

Lebih banyak penyiasatan perlu dilakukan kepada bekas-bekas pemimpin parti yang rata-ratanya memegang jawatan penting sebelum ini.

Fong Chan Onn – bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ling Liong Sik – bekas Menteri Pengangkutan

Ong Ka Ting – bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Chua Jui Meng – bekas Menteri Kesihatan (kini menyertai PKR)

senarainya berterusan, termasuklah mereka yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri.

Semua mereka haruslah disiasat oleh Majlis Disiplin MCA untuk sebarang penyelewengan dalam parti, dan SPRM pula perlu menyiasat untuk sebarang kesalahan yang dilakukan mereka sepanjang menjawat jawatan Kabinet.

Ketika ini, ramai pemimpin atasan MCA yang rata-ratanya menyokong Chua Soi Lek, berusaha mengumpulkan sokongan bagi mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) parti dengan satu matlamat: Memecat Presiden, Ong Tee Kiat.

Sokongan juga berjaya diperolehi daripada bekas-bekas pemimpin MCA untuk tujuan sama

Chua Jui Meng kini kembali bersama-sama Anwar Ibrahim di PKR.

Chua Jui Meng kini kembali bersama-sama Anwar Ibrahim di PKR.

kecuali Chua Jui Meng, kerana beliau kini anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tiada kena-mengena dengan MCA. (Tak tahulah jika beliau tiba-tiba akan memberikan pendapat peribadi selepas ini)

Namun, kedudukan Chua Jui Meng di luar parti memungkinkan beliau untuk mendedahkan satu-persatu mengenai apa yang telah berlaku. Pasti ini peluang untuk pembongkaran rahsia yang seterusnya.

Akhir kata, pada saya MCA tetap tidak akan berhenti bertelagah walau siapa pun yang akan memimpinnya, gara-gara parti tersebut dipenuhi mereka yang materialistik dan punya kepentingan sendiri. Itu belum kira lagi tentang tuduhan mengenai politik kongsi gelap dalam Malaysia, yang mana MCA mungkin satu parti yang dimaksudkan.

Pelbagai rahsia terbongkar, gara-gara kehilangan kuasa politik dalam kalangan masyarakat Cina yang menyebabkan sesetengah pihak merasa kecewa.

Berwaspadalah parti-parti lain: terutamanya UMNO yang masih dilihat kekal mendapat sokongan orang Melayu. Tidak ketinggalan parti-parti komponen BN. PR masih dilihat bersih oleh ramai pihak, walaupun siasatan yang giat dijalankan SPRM selalu berakhir pada awal pagi, walaupun kes tuduhan penyelewengan hanya bernilai RM2000.

Masih hidupkah beliau? Hanya lagunya yang kita dengar setiap kali Hari Raya.

Masih hidupkah beliau? Hanya lagunya yang kita dengar setiap kali Hari Raya.

Agaknya bagaimana giat pula mereka bekerja jika kes penyelewengan RM12 bilion? Tak balik raya agaknya para pegawai SPRM! Akhirnya mereka nyanyikanlah saja lagu sedih hari raya daripada Sanisah Huri.

( Semua insan sedang gembira, di hari ini, sayang…..sedih kan lagu ni?)

Kehilangan kuasa selepas ini, jika berlaku, akan membongkarkan lebih banyak rahsia yang akan meningkatkan rasa sakit hati dan benci rakyat kepada semua parti dalam gabungan Barisan Nasional.

Komen-komen»

1. charlesara949 - Ogos 28, 2009

sy ska sgguh lgu snisah huri 2, sdih… bialah mca btelagah..x ggu priuk nasik kta sdah..

Firdaus Rosli - Ogos 28, 2009

Saya sedih juga menyanyikan lagu itu, lebih-lebih lagi di kala mereka yang bertelagah me”rembat” berbilion duit rakyat, menyebabkan rakyat seperti kita terus tertanya-tanya, di mana mahu cari duit untuk sambut Hari Raya?

Soalan itu akan terus berulang tahun demi tahun.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: