jump to navigation

Di mana toleransi sesama agama? Beginikah ajaran Islam? September 1, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
trackback

Terkilan dengan perarakan pada 29 Ogos 2009 lalu, saya ingin meluahkan kekecewaan saya kepada segelintir insan yang mengaku Islam, namun telah merosakkan imej agama Islam sehingga mendapat kecaman sejagat.

Pada perarakan di hadapan bengunan SUK Negeri Selangor hari Jumaat itu, satu kepala lembu telah diarak dan ditendang-tendang oleh golongan yang memperkenalkan diri sebagai “Penduduk Seksyen 23 Shah Alam” yang membantah pemindahan kuil Hindu ke kawasan perindustrian Seksyen 23.

Untuk pengetahuan, lembu adalah satu haiwan yang dianggap suci oleh penganut Hindu, dan tindakan membawa kepala lembu dianggap menghina agama mereka, yang mana Islam tidak membenarkan penganutnya menghina penganut agama lain.

“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas kerana tiada pengentahuan (mengenai Allah). Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitahu mereka kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.

Surah Al-An’am, ayat 108.

Dipijaknya kepala lembu tersebut. Ini bukan setakat penghinaan kepada agama lain, malah penghinaan kepada haiwan, makhluk ciptaan Allah!

Dipijaknya kepala lembu tersebut. Ini bukan setakat penghinaan kepada agama lain, malah penghinaan kepada haiwan, makhluk ciptaan Allah!

Kata mereka, kuil tersebut jika dibina, terlalu rapat dengan kawasan padang permainan dan surau (yang mereka mungkin tidak kunjungi pun) yang mana akan mencetuskan masalah gangguan ketenteraman awam jika dibuka kelak.

Saya tidak nampak bagaimana keIslaman masyarakat di sana akan terjejas dengan kewujudan kuil tersebut, kerana memang termaktub dalam undang-undang yang tidak membenarkan sebaran agama lain kepada masyarakat Islam.

Malah jika kita benarkan penganut agama lain mengamalkan ajaran agama, bukankah itu dapat menghindarkan daripada gejala sosial seperti gangsterisme, minum arak mahupun berjudi? Sikap kumpulan tersebut menunjukkan seolah-olah tiada langsung nilai positif yang ditonjolkan oleh agama selain Islam.

Perhimpunan menyalakan lilin seperti ini selalu diganggu oleh Polis, bagaimanakah mereka tidak dapat menghalang perhimpunan membawa kepala lembu? Atau kepala mereka semua ini lebih bodoh dari lembu?

Perhimpunan menyalakan lilin seperti ini selalu diganggu oleh Polis, bagaimanakah mereka tidak dapat menghalang perhimpunan membawa kepala lembu? Atau kepala mereka semua ini lebih bodoh dari lembu?

Harus kita ingat, mana-mana agama pun menggalakkan hubungan baik sesama insan. Agama Islam, lebih ketara lagi. Islam diambil daripada perkataan “salaam” iaitu bermaksud selamat dan sejahtera. Adakah kita menggalakkan kesejahteraan jika penganut agama lain tidak dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka?

Fikirkanlah semula, dan janganlah beranggapan diri kita sebagai “holier than thou” atau lebih mulia berbanding orang lain. Jika kita ingin memelihara agama Islam yang kita cintai, amalkannya dengan bersungguh dan istiqamah, nescaya kita tidak akan tergugat oleh godaan syaitan yang senantiasa mencuba menyesatkan kita yang dikurniakan hidayah dari Allah S.W.T.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: