jump to navigation

“Spiderman” Alain Robert dibenar masuk Malaysia, kenapa tidak ditahan siang-siang?? September 2, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Terlebih dahulu, diucapkan tahniah kepada Alain Robert, 46, pemanjat bangunan dari Perancis yang akhirnya berjaya memanjat ke puncak Menara Berkembar Petronas yang setinggi 452 meter dalam masa hanya dua jam.

Cubaan beliau sebanyak 2 kali telah digagalkan oleh pihak berkuasa Malaysia, dan pendakian beliau hanya terhenti setakat tingkat 60 dalam cubaan memanjat menara 88-tingkat itu. Percubaan beliau adalah pada tahun 1997 dan 2007.

Beliau pernah memanjat Menara Eiffel di Perancis dan Jambatan Golden Gate di San Francisco di Amerika Syarikat. Beliau pernah ditahan oleh PDRM pada 2007, dan dibebaskan tanpa sebarang tuduhan. Kali ini, walaupun berjaya, beliau tetap ditahan kerana tidak memiliki permit daripada pihak pengurusan menara, dan didenda sebanyak RM2000 sahaja.

Mari kita fikirkan sejenak tentang keselamatan negara. Alain Robert pernah menjadi tahanan dalam lokap polis dan memang dikenali dunia sebagai seorang yang pergi ke setiap ceruk dunia semata-mata untuk memanjat menara.

Namun, dengan mudah dan senang hati, pihak imigresen Malaysia membenarkan kemasukan beliau ke Malaysia tanpa sebarang tapisan dan halangan.

Adakah ini bermakna kawalan keselamatan di Malaysia sangat longgar? Saya tidak bermaksud Alain Robert itu mengancam keselamatan negara, malah profil negara kita mungkin dapat ditingkatkan jika kita sudi memberikan beliau permit memanjat menara kebanggaan kita itu.

Saya risau, jika orang yang sebegitu terkenal boleh dibenarkan melepasi sempadan Malaysia, bagaimana pula dengan penejenayah lain, seperti penyangak black money, pengedar dadah, sindiket kongsi gelap, dan pelbagai jenis penjenayah merentasi sempadan yang tidak dikenali orangnya?

Jelas sekali, kita sangat risau dengan keselamatan negara ini. Jenayah menjadi-jadi setiap hari.

Namun, pada masa sama, polis kita lebih menumpukan kepada menangkap orang-orang politik yang pada masa sama tidak mengancam keselamatan negara kita pun.

Dah muak pun bercerita soal Perak, mahupun demonstrasi kepala lembu yang mana polis duduk tercanguk, serupa macam lembu juga.

Akhir kata, tahniah Alain Robert kerana berjaya mendedahkan kelemahan pasukan keselamatan Malaysia, yang memang tak boleh diharap pun.

Komen-komen»

1. Malaysian - Mac 3, 2010

polis (dan juga agensi2 lain) bertindak menguatkuasa undang2, mana ada undang2 dilarang memanjat bangunan, dan tiada akta yang mengatakan panjat bangunan maka diharamkan masuk malaysia, ingat suka2 je nak blacklist orang, nak tarik visa/passport org..

dia cuma ditahan kerana menceroboh kawasan/harta persendirian, itu sahaja dakwaan yang boleh disabitkan. sebab tu juga beliau dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. ada faham? xde faham sila pegi skolah

ini la keje org PKR, cerita benda remeh temeh dan buang masa. kalau PKR dpt pegang malaysia PRU akan datang ni, agaknya adalah sesi perbahasan rang undang2 berkenaan akta panjat bangunan haha.. PKR kan suka buang masa.

kalau ‘terasa’ boleh delete komen saya, tak kisah pun haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: