jump to navigation

Pilihan Raya Kecil, baguskah jika kerap? September 3, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sepanjang pasca pilihanraya umum ke-12, sebanyak 8 pilihanraya kecil telah diadakan. Yang terbaru di Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Di sini, bukan tujuan kita membandingkan skor antara dua gabungan yang bertanding, ataupun bercerita siapa lebih hebat. Lihat sahaja skor antara mereka dan tentukan sendiri siapa antara mereka yang lagi hebat, saya tak mahu masuk campur.

Tujuan tulisan saya ini adalah untuk mengeluarkan pendapat sendiri mengenai fenomena pilihanraya kecil yang tersangat kerap diadakan dalam tempoh dua tahun, antara 2008 dan 2009.

Saya melihat di satu sudut, pilihanraya kecil ini penting untuk parti bertanding menentukan bagaimana corak sokongan terkini, supaya strategi seterusnya boleh dirancang untuk memenangi hati rakyat untuk pilihanraya umum yang seterusnya.

Selain itu, dengan timbulnya pelbagai isu semasa seperti kenaikan harga minyak, peningkatan kes jenayah seperti pembunuhan kejam, masalah ketagihan arak dan krisis ekonomi, semua isu ini boleh diketengahkan untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa, baik kerajaan negeri mahupun persekutuan, mereka adalah pemerintah dan bertanggungjawab melakukan perubahan sepatutnya untuk kepentingan rakyat jelata.

Demikianlah peranan pilihanraya kecil. Namun dari sudut yang lain, agak ramai juga yang beranggapan bahawa pilihanraya kecil ini satu proses yang membazirkan masa dan sumber. Golongan seperti ini akan membantah usaha membubarkan kerajaan yang tidak stabil, walaupun parti yang mengambil alih kuasa ingin memberitahu sedunia seolah-olah mereka punya sokongan segenap rakyat.

Pendapat mereka ada benarnya. Setiap kali pilihanraya kecil, sekurang-kurangnya seminggu diperlukan untuk berkempen, di mana pelbagai ceramah diadakan dan semuanya memerlukan permit, terima kasih kepada pentadbiran British 52 tahun lalu yang memberikan tunjuk ajar kepada pasukan keselamatan kini untuk mengenakan permit untuk pelbagai urusan sekecil mana pun.

Ini menyebabkan pihak polis merasa mungkin pening kepala dengan permohonan permit yang terlalu banyak, lalu “menghamburkan rasa geram” dengan menghantar pasukan FRU untuk menggagalkan ceramah berskala besar seperti pernah berlaku di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

Pilihanraya kecil menyebabkan penggunaan sumber yang banyak. Elaun perlu dibayar kepada staf-staf SPR yang mengira undi dan menjaga pusat pengundian, pihak polis yang mengadakan sekatan jalan raya untuk mencari “ahli politik yang mengancam keselamatan negara”.

Apa kata kalau Pakatan Rakyat/PKR/DAP/PAS letakkan logo mereka di bil air yang diberi percuma 20 meter padu di Selangor?

Selain itu, wang yang banyak perlu dikeluarkan untuk cetakan poster, kain rentang, sepanduk, bendera dan pelbagai lagi yang akan rosak dan tidak boleh dikitar semula, di mana sebuah parti ini sehingga sekarang berhutang dengan syarikat pembekal kelengkapan pilihanraya, sehingga ratusan juta ringgit tidak dibayar.

Peruntukan kecemasan perlu dikeluarkan untuk diagihkan kepada masyarakat kawasan pilihanraya untuk memastikan mereka mengundi dan memilih kerajaan yang ditadbir oleh parti yang memberikannya walaupun pemberian itu bukanlah daripada wang parti tersebut.

Nampaknya, pendapat agak seimbang, ramai yang bersetuju dengan pilihanraya kecil yang kerap dan ramai juga yang tidak. Nampaknya apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan kekerapan pilihanraya kecil itu, dan mengurangkan peluang untuk pilihanraya kecil diadakan.

Salah satu caranya adalah peraturan anti-lompat parti, namun ada pula yang akan berkata peraturan sebegini akan melawan hukum demokrasi berparlimen yang membenarkan wakil rakyat menyokong siapa yang disukai, berdasarkan kehendak rakyat pada pilihan raya.

Cara paling ideal adalah dengan memilih calon pilihanraya yang sihat fizikal dan bebas dari penyakit kronik. Hal ini kerana, berdasarkan daripada 8 pilihanraya kecil yang telah berlangsung, lima daripadanya adalah disebabkan kematian wakil rakyat yang menyandang jawatan, iaitu:-

  • Allahyarham Dato’ Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu
  • Allahyarham Roslan Shaharum, bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak
  • Mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot, bekas ADUN Batang Ai, Sarawak
  • Allahyarham Ismail Yaakob, bekas ADUN Manek Urai, Kelantan
  • Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, bekas ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang

Mereka meninggal dunia, ada yang sakit tua, ada yang kena serangan jantung dan penyakit lain yang kita tidak ketahui. Yang penting, ramai daripada mereka yang masih bersemangat untuk berkhidmat walaupun sakit, dan pastinya jika sesuatu tidak dilakukan, mereka akan terus bertanding untuk pilihanraya yang seterusnya.

Pak Lah Dalam Kenangan.

Pak Lah Dalam Kenangan.

Keadaan ini tidak sihat untuk perkembangan politik di negara kita tercinta. Pemimpin politik yang tidak sihat akan melahirkan kepimpinan yang lesu dan tidak stabil dalam menghadapi persaingan yang semakin rancak dalam bidang politik di Malaysia. Harus juga diingat bahawa pemimpin politik juga perlu memantau bidang lain seperti ekonomi, pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Kepimpinan Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang cemerlang kini meletakkan Indonesia dalam perhatian dunia sebagai satu kuasa ekonomi baru. Bagaimana kita di Malayisa?

Kepimpinan Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang cemerlang kini meletakkan Indonesia dalam perhatian dunia sebagai satu kuasa ekonomi baru. Bagaimana kita di Malayisa?

Oleh itu, pemimpin politik yang sihat walafiat diperlukan untuk menggalas cabaran ini, memandangkan negara kita menghadapi persaingan sengit daripada jiran tetangga dan negara-negara lain yang kita pandang rendah dan miskin sebelum ini, contoh terdekat Indonesia yang terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif ketika KDNK kita negatif untuk suku pertama dan kedua 2009 dan kemungkinan besar juga untuk suku ketiga ini.

Maaf kepada parti PAS, anda memang “kantoi” dari segi kesihatan wakil rakyat.

Daripada 5 wakil rakyat yang meninggal dunia, 3 orang adalah daripada Pakatan Rakyat, dan amat menyedihkan, ketiga-tiganya wakil rakyat PAS.

Teringat pula cerita Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya di Hulu Langat. Menurut beliau, beliau dipilih oleh Majlis Syura PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak oleh kerana daripada 6 orang ADUN PAS, seorang adalah dari etnik Cina iaitu Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong dan lagi 4 orang boleh diiktiraf sebagai veteran dan memiliki masalah kesihatan.

Hanya Nizar yang dianggap sebagai masih bertenaga dan muda dalam kalangan 6 ADUN tersebut.

Adakah kita ingin melihat masalah sama berulang jika PAS dipilih menerajui negeri lain?

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah menetapkan syarat calon pilihanraya PAS untuk tahun 2008 lalu, iaitu tidak merokok. Namun, nampaknya sehingga 3 orang wakil rakyat PAS telah meninggal dunia setakat pilihanraya kecil Permatang Pasir. Walaupun ini dipanggil sebagai qada’ dan qadar, sesuatu harus dilakukan demi kebaikan rakyat.

Cadangan saya adalah dengan PAS memulakan langkah membuat saringan penyakit kronik untuk memilih calon pilihanraya umum ke-13 nanti. Nampaknya jika perkara ini dilakukan, antara pemimpin yang perlu digantikan dalam senarai calon ialah Tuan Guru Nik Aziz sendiri, Presiden PAS Haji Hadi Awang, dan beberapa lagi pemimpin lain dalam PAS.

Namun, saya tidak nampak masalah di situ. PAS boleh terus mengekalkan tokoh utama untuk jawatan tertinggi parti, dan memberikan ruang kepada ahli-ahli yang sihat dan berkemampuan untuk terus menggalas tugas wakil rakyat, dan prinsip Kepimpinan Ulama’ akan terus dikekalkan.

Jika ini berlaku, ramailah anak muda yang akan mengibarkan bendera PAS di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Keadaan ini pasti menarik perhatian golongan muda untuk memilih PAS berbanding UMNO yang memang giat menarik sokongan anak muda dengan modal “perjuangan bangsa” mereka yang nampaknya diterima baik oleh sebahagian anak muda Melayu.

Sebagai kesimpulan, saya berharap trend pilihanraya kecil ini tidaklah berpanjangan sehingga membuatkan rakyat muak dan alah dengan perkembangan politik Malaysia, yang sebenarnya amat penting untuk mencorakkan masa depan negara.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: