jump to navigation

Celcom terus mencekik darah, silalah pindah ke DiGi =) September 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sengaja melakukan lawatan ke laman web 3 syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih Malaysia iaitu DiGi, Celcom dan Maxis.

Seorang rakan dari KUIS, Laili bertanyakan kepada saya tentang iPhone 3GS, yang mana saya sudah ada maklumat teknikalnya, cuma kekurangan maklumat dari segi harga.

Nampaknya kepada sesiapa yang berminat dengan iPhone, memang ada berita baik untuk anda. Pakej langganan Maxis yang boleh diperolehi bermula dari serendah RM100 sebulan komitmen untuk harga iPhone 3G 8GB hanya RM1190, harga standard bagi telefon bimbit terbaru, dengan kontrak penggunaan selama 24 bulan atau 2 tahun.

Jika sanggup bertahan bersama mereka, dipersilakan untuk melanggan. Namun saya tidak terlalu teruja pun dengan iPhone, memandangkan banyak lagi perkembangan menarik dalam pasaran telefon mudah alih yang pasti akan membolehkan ianya diperolehi lebih mudah selepas ini.

Jadi dengan kesenggangan masa yang ada, saya pun turut melawat laman web DiGi yang saya gunakan ketika ini, dan juga Celcom. Kebetulan bapa saya baru melanggan pakej Celcom Broadband untuk kegunaan peribadi dan keluarga, jadi saya mahu melihat kelajuan yang boleh diperolehi di Yan Kechil.

Kelajuan yang ada di Yan Kechil hanyalah GPRS, yang jelas sekali tidak mencukupi, jadi kebetulan terdapatnya ruang untuk memberi cadangan liputan 3G atau HSDPA di kawasan tersebut, lantas saya terus mengisi. Diharapkan kampung halaman saya itu suatu hari nanti memperoleh liputan 3G yang menyeluruh.

Jadi saya juga memerlukan bantuan daripada para pembaca, supaya memberikan butiran nama, nombor telefon dan e-mel kepada Celcom untuk mencadangkan kawasan saya, Yan Kechil agar dapat memperolehi liputan 3G untuk jalur lebar yang lebih laju di masa akan datang (klik untuk mengambil bahagian).

Selepas itu, saya pun masuk ke bahagian Celcom Exec, nama baru untuk pakej postpaid Celcom. Nampaknya satu perkara baru, kini panggilan percuma antara ahli keluarga hanya dibenarkan sebanyak 20 jam sebulan untuk setiap talian.

Tahun lalu had yang dikenakan ialah 40 jam, dan sebelum itu tiada had langsung. Di sini semakin jelas ketamakan dan ketidakpekaan Celcom kepada rakyat yang semakin terhimpit dengan isu minyak dan ekonomi, walaupun pada zahirnya nampak seolah ada pemulihan.

Mungkin rakan-rakan yang menggunakan Celcom akan terasa hati jika membaca nasihat saya ini.

Beralihlah kepada talian DiGi.

Kenapa saya nasihat sebegitu?

  • TIADA HAD PANGGILAN, SMS DAN MMS antara ahli keluarga yang mana sehingga 6 talian tambahan boleh didaftarkan di bawah satu akaun di bawah pakej DG Family, semuanya PERCUMA berbanding Celcom yang mengenakan RM5.
  • Talian tambahan kedua hingga keenam DG Family dibenarkan menggunakan perkhidmatan prabayar, yang mana ini pasti menyeronokkan untuk anak dalam satu keluarga yang rata-ratanya lebih selesa menggunakan prabayar.
  • Peraduan Seribu Sejam terbuka untuk pelanggan baru yang mendaftar mulai 1 September 2009. Peluang untuk memenangi RM1000 setiap jam, dan hadiah utama RM500,000.
  • Kadar panggilan yang sekata untuk semua: 13 sen/min untuk panggilan, 10 sen/SMS.
  • Liputan yang kini sudah setanding dengan Celcom, dan telah mengatasi Maxis. Stigma sebelum ini adalah liputan DiGi terhad.
  • Anda dibenarkan memilih untuk tidak menggunakan Mel Suara yang pasti menyakitkan hati rakan-rakan yang tidak dapat menghubungi anda. Lagipun ianya tidak begitu berguna pun.

Namun, ini kekurangan yang anda akan hadapi jika menggunakan DiGi. Jadi, pertimbangkan dengan teliti.

  • Masih belum ada liputan 3G mudah alih, jadi tiada panggilan video yang boleh dilakukan. Ada iPhone 3G pun tak ada gunanya. Liputan 3G sedia ada hanyalah untuk perkhidmatan jalur lebar DiGi Broadband.
  • Di bawah DG Family, talian tambahan pascabayar dikenakan yuran komitmen RM30. Yuran komitmen bermaksud jumlah penggunaan untuk panggilan, SMS, MMS dan perkhidmatan lain kepada selain ahli keluarga. Manakala yuran komitmen untuk talian tambahan prabayar ialah RM15.
  • Friends And Family DiGi Pascabayar hanya terhad kepada 6 rakan-rakan yang menggunakan DiGi sahaja. Ini tidak begitu menarik berbanding Friends And Family Plus untuk DiGi Prabayar.
  • Tiada rebat sehingga 30% untuk penggunaan banyak. Yang ada hanyalah DiGi Rewards, yang mana ganjaran boleh ditebus menggunakan mata yang diperolehi iaitu RM1 untuk 1 mata yang tahan selama 3 tahun. Dengan 600 mata, rebat bil RM12 boleh ditebus, manakala dengan 3000 mata, rebat sebanyak RM120 boleh ditebus. Jadi semua boleh memperolehi ganjaran, tidak kira berapa penggunaan.

Sekali lagi, fikirkan sebaiknya. Saya sudah hampir setahun bersama DiGi, tidak banyak masalah dihadapi. Malah pengalaman menggunakan DiGi pada saya jauh lebih indah berbanding bersama Celcom pasacabayar dan Hotlink dari Maxis.

Komen-komen»

1. hydir - Disember 10, 2009

saya pun harap di Yan ada liputan 3G oleh Celcom
tp saya rasa Maxis 3G dah ada di Yan

Firdaus Rosli - Disember 11, 2009

Merujuk peta liputan terkini Maxis, di negeri Kedah hanya Sungai Petani, Alor Setar, Kulim, Kuala Ketil, Langkawi, Baling, UUM dan Gurun yang mempunyai liputan HSDPA/3G. Tempat lain semuanya EDGE, namun masih pada kelajuan yang boleh diterima.

2. nakatsu_mizuki - Januari 21, 2010

celcom 3G haruslah ada di kuala ketil dan kampung bukit pak kuning………

3. eranda - Julai 5, 2011

digi ok..tp sush dpt line 3g..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: