jump to navigation

Bingkisan dari Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia September 9, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Pada 8 September 2009, saya berkesempatan ke Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin. Para hadirin majlis ini terdiri daripada pelajar-pelajar dan ahli persatuan belia, manakala malis dianjurkan oleh Kemtenterian Pengajian Tinggi dan Pemuda UMNO Malaysia.

Dari segi penganjuran, majlis ini boleh dipersoalkan kerana dianjurkan oleh sebuah organisasi kerajaan, bersama dengan sebuah sayap parti politik.

Jika anda tidak kisah dengan itu, tidak mengapalah, lagipun bagus juga mendengar sendiri dengan telinga, melihat dengan mata dan memahami jiwa para ahli Pemuda UMNO ini yang dipandang serong oleh sebahagian rakyat Malaysia dan dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang dipenuhi ahli-ahli yang emosional.

Majlis dijadualkan bermula pada jam 6.00 petang, namun Timbalan Perdana Menteri, berbeza dengan kebiasaan para menteri lain, berjaya menepati masa dan tiba 5 minit lebih awal, iaitu pada jam 5.55 petang. Sebahagian daripada rakan-rakan KLIUC malah tiba lebih lewat daripada itu kerana dugaan kesesakan lalulintas.

Setelah ucapan alu-aluan oleh pihak penganjur, pentas diambil-alih oleh Muhyiddin, seterusnya beliau meneruskan ucapan tanpa menggunakan teks. Ucapan beliau menerima pujian oleh ramai pihak, termasuk rakan-rakan KLIUC.

Beliau juga tidak meleret semasa memberikan ucapan, dan ucapan beliau dirasakan punya isi dan boleh diterima oleh kelompok pendengar yang terdiri daripada pelajar berbilang bangsa.

Antara isi penting ucapan beliau yang dapat dibincangkan:-

  • Kelebihan bulan Ramadhan, di mana umat Islam memperoleh keberkatan dan masa untuk menguji kesabaran umat Islam dengan menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu.
  • Dalam hidup bernegara di Malaysia, yang susah perlulah dibantu tanpa mengira agama yang dianuti.
  • Kestabilan politik negara haruslah dikekalkan, kerana ianya adalah tunjang keamanan negara yang sudah diperolehi selama 52 tahun dengan susah payah, dan demi mengekalkan sistem pentadbiran yang cekap.
  • Negara sedang menghadapi krisis ekonomi paling buruk, yang dirasai kesannya oleh seluruh dunia, termasuk rantau Asia Tenggara. Untuk menghadapi kesan kemelesetan, dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion telah diumumkan tahun ini.
  • Kitaran kemiskinan telah menyebabkan lebih 44,000 keluarga kekal dalam kemiskinan tegar. Mereka perlu dikeluarkan daripada kitaran ini dalam tempoh sebelum tahun 2012 dengan pendapatan mereka dipertingkatkan.
  • Kita harus memanjatkan kesyukuran atas kestabilan politik kita berbanding negara lain, termasuk negara Islam yang menjadi lebih teruk selepas mengecapi kemerdekaan.
  • Pelajaran amat penting dalam senarai keutamaan perbelanjaan kerajaan, iaitu sejumlah 20% daripada belanjawan keseluruhan Malaysia. Mahasiswa perlu berperanan menjadi modal insan yang penting untuk mengisi pembangunan negara.
  • Sistem ekonomi sedia ada tidak dinafikan, telah berjaya meningkatkan pendapatan rakyat berbilang kaum, namun tidak setanding berbanding negara yang sudah maju. Justeru satu model ekonomi baru sedang dirangka dan akan diumumkan dalam bulan ini.
  • Model ekonomi ini diyakini akan menyelesaikan masalah yang timbul daripada sistem sedia ada ekonomi negara.
  • Barisan Nasional (BN) adalah sebuah gabungan yang mengiktiraf kepelbagaian dengan wakil terdiri daripada kaum-kaum utama di Malaysia.
  • Bibit-bibit ulangan peristiwa 13 Mei 1969 sudah mula muncul, di mana ketidakpuasan hati sudah mula timbul di sana-sini.
  • Dalam menghadapi cabaran teknologi maklumat yang semakin terbuka, rakyat perlu bijak menapis maklumat dan tidak terpengaruh dengan anasir luar, dan memelihara pegangan akidah yang sudah sedia ada.

Nampaknya satu ucapan yang membina dan berinspirasi. Namun, soalan yang ditanya oleh beberapa hadirin kemudiannya menyerlahkan kelemahan mental para mahasiswa dalam menghadapi beberapa cabaran.

Soalan 1)

Seorang wakil GPMS Unisel “mengadu” tentang “halangan daripada pihak pentadbir” dalam menjalankan aktiviti persatuan. Unisel kini dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi memantau pengurusan Unisel.

Jawapan TPM: Inilah dugaan yang harus dihadapi dalam berpersatuan, dan dengan kepimpinan yang baik, masalah sedemikian boleh ditangani dengan mudah. Paling penting, pimpinan persatuan haruslah yakin dalam memperjuangkan persatuan yang diwakili.

Soalan 2)

Berkenaan usaha mengekang pengaruh pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam kampus, dan tindakan kerajaan dalam menjalankan usaha demikian.

Jawapan TPM: Pendokong kerajaan perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam menjawab setiap “tohmahan” dan pertikaian, serta yakin dalam sokongan mereka kepada kerajaan, demi memastikan mesej sokongan dapat disebarkan dengan bijak dan cemerlang kepada para rakan pelajar.

Soalan 3)

Masalah ketagihan dadah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan, dan apakah langkah kerajaan dalam menanganinya?

Jawapan TPM: Jumlah peratusan masalah ini dalam kalangan pelajar sekolah adalah 0.6%, secara relatifnya kecil, namun tidak boleh dipandang remeh. Kerjasama semua pihak, bukan sahaja kerajaan diperlukan bagi menjadikan Malaysia negara bebas dadah.

Soalan 4)

Langkah kerajaan dalam mengekang penularan maklumat dalam alam siber agar rakyat tidak terpengaruh dengan anasir asing.

Jawapan TPM: Usaha kawalan kendiri perlu diambil oleh setiap anggota masyarakat. Kerajaan tidak mengekang kebebasan maklumat dalam negara, tiada tapisan Internet yang dibuat pun. Kebebasan yang ada haruslah dimanfaatkan ke arah kebaikan.

Sila tunggu tulisan seterusnya untuk huraian ucapan Timbalan Perdana Menteri, dan pertikaian mengenai isi-isi ucapan beliau dan jawapan kepada soalan-soalan daripada hadirin.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: