jump to navigation

Aerorail Melaka, selamat ke? September 15, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Saya hari ini melawat laman web Jabatan Keretapi Malaysia, kerana ingin melihat pelan jajaran untuk sambungan sistem LRT Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang, yang mana kedua-dua laluan ini bakal bertemu di Putra Heights, sebuah projek perumahan baru Sime Darby Property di pinggir Subang Jaya.

Maklumat belum dipaparkan lagi di laman web tersebut, namun ada sesuatu perkara yang menarik perhatian saya, iaitu bahagian maklumbalas awam bagi projek Aerorail Melaka.

Saya membaca pautan tersebut lebih lanjut untuk memperoleh latar belakang projek, jarak laluan, teknologi yang digunakan, dan butir-butir lain yang penting dalam projek ini.

Seterusnya, saya mencari lebih lanjut di Google, dan nampaknya tidak ketemu dengan Aerorail, membayangkan satu inovasi pertama dunia yang mungkin akan muncul di Melaka.

Rupa-rupanya tren yang disebut Aerorail itu sebenarnya dipanggil sebagai Aerobus, nama yang digunakan pada sebuah syarikat bas ekspres yang mengangkut penumpang antara LCCT KLIA di Sepang dan Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Untuk maklumat, Aerobus adalah satu sistem keretapi yang melalui kabel yang digantung sepanjang laluannya, dan telah digunakan di Amerika Syarikat dan Eropah, terutama di resort ski di Switzerland.

Berikut adalah kelebihan Aerobus dari segi kos berbanding sistem-sistem rel lain:-

Boleh membawa 3,000 hingga 20,000 penumpang sejam sehala pada kos 60% lebih murah daripada monorel.

Kos pembinaan lebih murah per batu berbanding sistem pengangkutan rel lain, iaitu AS$15 juta hingga 30 juta per batu. Untuk makluman, sistem LRT akan memakan kos antara AS$100 juta hingga AS$150 juta per batu, manakala monorel memakan kos AS$75 juta hingga AS$100 juta per batu.

Namun, melihatkan kebiasaan Aerobus ini yang digunakan di resort ski, saya meragui keberkesanannya di Melaka, memandangkan Melaka adalah sebuah bandar yang menghadapi kesesakan lalu lintas yang perlu diatasi bagi memastikan kunjungan pelancong yang berterusan.

Sistem Aerobus pada saya, hanya sesuai untuk tujuan pelancongan, iaitu bagi membawa penumpang antara lokasi-lokasi utama di Bandar Melaka. Seharusnya jika boleh, laluan keretapi harus bermula di luar Bandar Melaka, di kawasan seperti Ayer Keroh supaya dapat benar-benar memanfaatkan untuk rakyat Melaka seluruhnya.

Tidak mengapa, ini hanya pandangan awal saya, kita tunggu dan lihat sahaja apakah nasib projek ini nanti. Diharapkan sistem pengangkutan awam yang akan disediakan nanti dapat memenuhi janji untuk memberikan perkhidmatan yang efisien bagi manfaat rakyat dan pelancong Melaka.

Komen-komen»

1. Parbawati - November 1, 2009

bagi aku landasan keratapi (KTMB) dari Tampin/Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka lebih baik disegerakan dulu.. kerana keretap[i komuter ,lanmdasan berkembar dari Melaka terus ke KL sangat perlu pada masa hadapan dan sekarang ini!

Firdaus Rosli - November 6, 2009

Untuk membina komuter antara Melaka dan KL, kos yang agak banyak diperlukan untuk pengambilalihan tanah, ditambah dengan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan yang makin buruk di masa ini, membuatkan saya merasa ianya tidak akan direalisasikan dalam masa terdekat, walaupun itu jelas sekali satu keperluan untuk pembangunan berterusan negeri Melaka.

2. Parbawati - Disember 5, 2009

Kena buat juga landasan keretapi tu. Lagi tangguh kos akan meningkat. Lagipun urusan pengambilan tanah tak susah sangat kerana tanah keretapi yang lama bolah digunakan.Lagi pun penduduk di situ sudah sedia maklum nahawa tanah itu milik KTMB. Kena buat dalam RM 10 ni. Kapal terbang takkan adat laluan Melaka ke Kuala Lumopur kerana terlalu dekat. KTM komuter mungkin boleh mempercepatkan dan elak dari kesesakan jalan raya. Datuk Ali pasti setuju pandangan saya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: