jump to navigation

Broadband Oh Broadband, ke Berukband? Oktober 8, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Semakin ramai pengguna Internet di Malaysia yang kini beralih kepada jalur lebar mudah alih, atau disebut “mobile broadband”. Rangkaian Internet jalur lebar No.1 Malaysia, TM Streamyx kini menghadapi persaingan yang amat sengit dalam mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baru.

Usaha yang telah dilakukan TM, iaitu dengan membida hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) nampaknya telah gagal, menyaksikan Astro bersama ESPN memenangi hak penyiaran dengan bayaran sejumlah RM800 juta untuk siaran selama 3 tahun, dengan kos bidaan akan dialihkan kepada para pelanggan, seperti baru-baru ini di mana yuran tambahan RM12 dikenakan kepada pelanggan Pakej Sukan Astro atas alasan kenaikan kos penyiaran.

Dijangkakan TM akan mencuba lagi untuk membida hak penyiaran BPL pada tahun 2012, memandangkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dijangkakan siap pada tempoh tersebut, lantas memastikan kualiti siaran yang lebih tinggi.

Rangkaian “streaming” yang dimiliki oleh TM sekarang, Hypp.TV hanya mampu memastikan kualiti siaran yang dioptimumkan kepada pengguna yang melanggani pakej berkelajuan 1.0Mbps ke atas sahaja.

Jadi, kepada pelanggan seperti saya yang menggunakan pakej 1.0Mbps berharga RM110 sebulan, TM menawarkan langganan percuma Hypp.TV selama 12 bulan. Hypp.TV menawarkan 30 saluran, antaranya Aljazeera English, ChannelNewsAsia, Bloomberg dan banyak lagi. Setakat 2 bulan menggunakan Hypp.TV, saya berpuas hati dengan kualiti siaran yang diberikan yang tidak pernah tersekat-sekat.

Apa yang saya dapat perhatikan juga, sejak menonton Hypp.TV juga, perkhidmatan Internet di rumah saya tidak lagi terputus-putus seperti dahulu, ketika saya selalu terpaksa menggunakan Wi-Fi KLIUC dan selalu melaporkan masalah rangkaian Streamyx kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sekalung tahniah untuk TM dan Hypp.TV. Diharapkan lebih banyak saluran yang akan ditawarkan selepas ini, agak bosan asyik menonton Aljazeera sahaja.

Ada lagi cerita Broadband yang menarik di bawah ini.

Jumaat lalu, saya telah ke Sunway Pyramid bersama buah hati saya, Husna Amira untuk membantunya mendapatkan satu pakej “mobile broadband” untuk kegunaannya di UiTM Melaka.

Berdasarkan pengalaman menggunakan Celcom Broadband di Alor Gajah (milik rakan Husna) dan di Yan (milik bapa saya, Encik Rosli), kami berdua sangat kecewa dengan kualiti rangkaian yang diberi Celcom. Maxis Broadband pula, terlalu mahal harganya, dan kuota muat turun hanya 3GB, sangat tidak mencukupi. P1W1MAX pula, dilaporkan sangat laju, namun tiada liputan luas.

Sebelum turun ke Sunway Pyramid, saya telah melakukan kajian saya sendiri untuk membantu Husna. Dengan publisiti yang semakin banyak, saya ketemu dengan satu perkhidmatan “broadband” terbaru, DiGi Broadband. Pakej yang ada agak menarik, terutama “Student Package” bernilai RM58 dengan modem percuma.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan zoom out peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Ini peta liputan DiGi ketika Happy mula-mula diperkenalkan. Kini seluruh liputan DiGi berwarna kuning dan oren dilengkapi EDGE, untuk peta liputan terkini, rujuk http://www.digi.com.my/broadband/coverage.html dan "zoom out" peta untuk gambaran rangkaian seluruh negara.

Tentang liputan pula, peta liputan memberitahu saya bahawa di seluruh kawasan rangkaian DiGi di seluruh negara, terdapatnya EDGE, yang mana memberikan kelajuan data lebih laju daripada GPRS, namun kurang laju berbanding 3G.

Saya sebenarnya memang seorang pengguna DiGi pascabayar, yang tersangat yakin dengan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan, berdasarkan pengalaman langganan selama hampir 1 tahun yang sangat menggembirakan.

Masalah memang ada, banyak juga,  namun ditangani dengan cemerlang oleh saya dan juga kakitangan perkhidmatan pelanggan DiGi, menjadikan penyelesaian sangat mudah diperolehi.

Boleh dikatakan, tindakan mencuba DiGi Broadband adalah satu “gamble” yang sangat merbahaya. Lagipun, liputan 3G Broadband DiGi hanya ada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Namun, memikirkan Celcom Broadband yang sangat mengecewakan, kami rasa tak rugi mencuba, kerana paling teruk pun kami akan memperolehi kelajuan perkhidmatan seperti Celcom juga. Lagipun, kami sentiasa ada SKMM yang setia mendengar luahan hati, dan sedia bertindak tanpa dolak dalih kepada para penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Lihat pakej Explore. Tawaran terbaru DiGi adalah RM88 sebulan dengan muat turun tanpa had tanpa caj tambahan, walaupun kuota 10GB telah dicapai. Rujuk pihak DiGi untuk butiran lanjut.

Pergi ke Kedai DiGi Sunway Pyramid, kami dikejutkan dengan tawaran terbaru mereka: RM88 sebulan untuk muat turun tanpa had. Jadi, apa yang kami lakukan, kami pergi ke “laptop” di kedai tersebut yang dilengkapi dengan DiGi Broadband, khusus untuk pelanggan yang ingin mencuba kualiti jalur lebar DiGi. Sambil itu, kami berbincang tentang tawaran RM88 itu.

Saya melayari laman-laman web dan blog kegemaran, seperti Tukar Tiub, Malaysiakini, The Malaysian Insider, termasuklah blog saya sendiri Kelapa Muda. Tertarik dengan kelajuan muat turun yang dilihat di depan mata kepala, Husna bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, memandangkan beliau memberitahu bahawa beliau selalu melakukan muat turun fail seperti MP3 dan FLV dari YouTube.

(Dalam kepala saya pula, saya membayangkan keadaan dalam bangunan yang tiada liputan 3G, tetapi DiGi Broadband masih mampu memuaskan hati dengan muat turun yang pantas.)

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Modem Huawei E1550. Modem pemberian DiGi lebih cantik, dengan logo dan hiasan khas DiGi Broadband. Namun, modem ini agak besar saiznya, kata Husna. Terima kasih http://johnytim.blogspot.com/.

Selepas itu, Husna membayar pendahuluan RM100 untuk mendapat sebuah modem percuma yang cantik berjenama Huawei E1550 daripada DiGi Broadband. Tiada yuran pengaktifan dikenakan.

Kemudian, kami meneruskan urusan membeli belah barangan dan juga makanan di Sunway Pyramid. Lebih RM300 kami belanjakan pada hari tersebut, dengan RM100 daripadanya dibayar untuk DiGi.

Kami ke Puduraya untuk menghantar Husna ke Alor Gajah, menaiki bas MARA Liner jam 7.30 malam. Bas MARA Liner pada malam itu tersilap laluan, menyebabkan perjalanan hanya 1 jam 30 minit menjadi lebih 2 jam, dan Husna tiba di depan pintu UiTM Melaka pada jam 10.00 malam.

Saya pula, pulang ke Kajang dengan melalui Jalan Loke Yew, seterusnya Jalan Tun Razak, kemudiannya Lebuhraya Sungai Besi (E9 Besraya) dan solat Maghrib di Kawasan Rehat Mines yang ada stesen Esso.

Sepanjang perjalanan, saya melihat kesesakan teruk dialami sepanjang Lebuhraya PLUS antara UPM dan Bukit Jalil. Nasib baik ada Besraya, selepas ini malas nak lalu KL-Seremban lagi.

Risau menanti Husna tiba di Melaka dan mencuba DiGi Broadband dengan kelajuan EDGE, saya tiba di Sri Ros(mah), Taman Sepakat Indah, Kajang pada 8.05 malam (harus diingat saya sempat berhenti untuk solat Maghrib), dengan berlepas dari Puduraya pada jam 7.35 malam.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Motosikal kesayangan saya. Kecil tapi berkuasa dan jimat minyak. Terima kasih http://www.boonsiewhonda.com.my/.

Pantas kan, 30 minit sahaja dari Puduraya? Terima kasih kepada motosikal saya tercinta, Honda Wave 100R.

(Jangan pula ajak saya berlumba selepas ini, motosikal saya itu kecil sahaja. Jika mahu ajak berlumba, sediakan saya sebuah 135LC terlebih dahulu=P) Jangan risau, saya tidak akan sahut ajakan berlumba, kerana menyayangi nyawa yang sangat berharga ini.

Nampaknya hasil yang diperolehi, DiGi Broadband terbukti YANG TERPANTAS di UiTM kampus Melaka berdasarkan perbandingan dengan Celcom Broadband milik rakan Husna.

Harus diberi perhatian, kawasan Kampung Lendu, Alor Gajah di mana UiTM Melaka terletak, Celcom memiliki rangkaian hebat HSDPA, 3G dan GPRS. Bandingkannya dengan DiGi yang hanya punya EDGE di kawasan yang sama.

Kepada DiGi, jangan cepat berpuas hati, kerana selepas tulisan saya ini, pasti ramai pelajar UiTM Melaka yang berminat mahu menggunakan DiGi Broadband. Sila utamakan lokasi-lokasi seperti ini, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk penyediaan rangkaian 3G.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Memang cantik Menara TM dengan lampu sebegini, bersebelahan dengan Universiti Malaya.

Para pelajar kampus dan luar kampus memerlukan “broadband” yang lebih pantas, bukan hanya pelajar UM yang memerlukannya ya!

(Universiti Malaya adalah universiti yang paling ke hadapan dalam memperolehi perkhidmatan Internet yang pantas, memandangkan lokasi di bandaraya Kuala Lumpur, berhampiran pula dengan menara TM.)

Untuk dipendekkan cerita, bertindaklah dengan bijak dalam memilih perkhidmatan jalur lebar, pastikan ianya memenuhi keperluan dan menepati jangkaan.

P/S:

1) Untuk pertanyaan lebih banyak tentang DiGi Broadband, TM Streamyx, dan Celcom Broadband, anda boleh gunakan ruangan komen di bawah.

2) Jika ada pertanyaan tentang P1 W1MAX, saya juga boleh menjawab, namun saya akan rujuk rakan KLIUC yang menggunakannya, Zahidah namanya, yang menggunakan W1MAX di rumahnya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

3) Manakala pertanyaan untuk Maxis Broadband pula, saya akan rujukkan kepada kakak Husna yang di UiTM Shah Alam, Selangor.

4) Jangkakan respons yang agak lambat, kerana saya sedang ber-peperiksaan akhir, doakan kejayaan saya=).

About these ads

Komentar»

1. pakcikli00 - Oktober 8, 2009

Asalamualaikum

Pakcik telah menyahut tawaran Celcom Broadband kerana iklannya yang menarik, tapi cakap serupa bikin. Banyak pelanggannya yang cuma menunnggu masa sahaja untuk beraleh kepada perkhidmatan yang lain. Kepada Celcom Broadband jangan biarkan sehingga pelangan meluat baru terhegeh hegeh nanti, memalukan dan sungguh memalukan.

Terima kaseh Kelapa Muda samoga selamat maju jaya.

Firdaus Rosli - Oktober 8, 2009

Tak perlu tunggu masa Pak Cik, lagipun Celcom Broadband tiada tempoh kontrak.
Modem Celcom sedia ada, boleh Pak Cik gunakan untuk gunakan lagi dua perkhidmatan Broadband iaitu Maxis Broadband dan DiGi Broadband.
Sekarang mereka bersaing untuk raih pelanggan, jadi tiada lagi caj pengaktifan seperti dahulu, hanya pendahuluan sahaja dikenakan, kemudiannya masuk bulan kedua baru bil dikira.

2. pakcikli00 - Oktober 9, 2009

Asalamualaikum

memang banyak orang meluat dekat celcom meraban ni, bayangkan janji 3G dapat 01, pakcik ingat pun nak tutup akaun dengannya. Tenguk Firdaus kutuk celcom tiba tiba weblog Kelapa Muda jadi subur, macaman nak beri amaran kepada celcom menerusi internet atau melapourkan penipuannya ?. Buang masa rakyat Malaysia, sudahlah kita ketinggalan 10 hingga 20 tahun dengan negara maju dibidang internet, diantara sebab kemunduran kita adalah kerana ada penyagak yang seumpama ini, tak lama lagi tuan punya celcom kena darah tinggi dan stroklah itu jam baru dia tahu. Terima kaseh Firdaus samoga berjaya Exam.

Firdaus Rosli - Oktober 10, 2009

Saya selalu laporkan masalah telekomunikasi di laman web ini:

http://aduan.skmm.gov.my/

Jika mahu beri amaran, boleh juga add nama ini di Facebook:

Dato’ Sri Mohammed Shazalli bin Ramly

Beliau CEO Celcom Malaysia Berhad.

Harap dapat membantu Pak Cik dan rakan-rakan lain.

3. the_flying_dudezzz - Oktober 9, 2009

Karang, Digi ada contest utk menang jalur lebar percuma.. senang je.. gi pimpmybroadband.com.my dan sumbit blot post ini.. boleh menang macbook pun..

Firdaus Rosli - Oktober 10, 2009

Terima kasih atas maklumat. Saya sudah tahu tentang peraduan ini, tapi tak terfikir tulisan “skema” sebegini akan dipilih oleh para pengundi nanti.

Tapi saya cuba juga selepas baca komen saudara, klik “link” ini untuk mengundi. http://bit.ly/nd9CW

Semoga dapat MacBook, Amin…=)

4. satirah - Mei 18, 2010

salam
saya ,merupakan bakal pelajar uitm negeri sembilan.

promosi untuk modem percuma akan tamat akhir mei ni.tapi saya tak tahu rgkaian mana yang bagus di uitm tu,bole tlong srveykn?

agak rugi kalau saya beli tapi sia2 kan.lagipun banyak nak pakai wang dan bkn perkara yang bagus kalau semata2 nak bazirkan untuk broadband yang tak bole guna.

terima kasih

Firdaus Rosli - Mei 18, 2010

Nampaknya DiGi bukan pilihan popular terutama di kawasan luar bandar seperti Kuala Pilah.
Saya bandingkan 3G Maxis dan Celcom, dan jawapan saya: Maxis Broadband lebih sesuai di kawasan tersebut.
Liputan Maxis 3G menyeluruh seluruh pekan, berbanding Celcom 3G yang hanya meliputi bahagian atas pekan Kuala Pilah.

p/s: Saya lihat alamat UiTM Kuala Pilah di laman web UiTM, ditulis Kampung Melang.
Mana ada Kampung Melang dalam peta Google Kuala Pilah, Kampung Gemelang saja yang ada.
Kalau betul UiTM di Kampung Gemelang, tiada liputan Celcom 3G di sana. Maxis 3G ada.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: