jump to navigation

Penahanan Dr. Asri, satu komplot pihak berkepentingan. November 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Dr. Asri Zainul Abidin terus mencetuskan kontroversi dengan pelbagai laporan dan kenyataan dikeluarkan oleh tokoh-tokoh agama dan juga tokoh politik Malaysia berkenaan tangkapan ke atas beliau ketika memberi ceramah di Hulu Klang pada 31 Oktober lalu.

Ada yang berkata bahawa motif tangkapan Dr. Asri adalah politik, dengan pihak BN dan PR menuduh sesama sendiri di kala sebilangan orang yang mengaku sebagai “tokoh agama” mempersoalkan pula kelayakan Dr. Asri untuk memberikan ceramah kepada sesiapa, termasuk rakan-rakan beliau sendiri.

Sebenarnya masalah ini sangatlah remeh, namun kita kecewa dengan JAIS yang bertindak keterlaluan seolah-olah disengajakan dan ada dalang di sebalik semua isu yang timbul. Antara isu yang timbul, saya cuba berikan penjelasan sebaiknya.

1) Kelayakan Dr. Asri untuk memberi ceramah

– Beliau ialah seorang bekas Mufti Perlis, yang mana dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri yang selalunya dipengerusikan oleh raja/sultan negeri terbabit. Sewajarnya pihak MAIPs telah memahami dan meneliti kelayakan Dr. Asri sebelum melantik beliau sebagai Mufti Perlis ketika itu, dan perkara ini adalah serius, sukar untuk dikatakan berlaku kesilapan pelantikan.

Usrah para pelajar di Kelantan, disokong oleh Majlis Agama Islam Negeri Kelantan.

– Sebenarnya, sesiapa yang punya keyakinan diri secara logiknya boleh memberi ceramah, hatta pelajar kejuruteraan sebuah universiti. Jadi bayangkan, berapa ramai yang JAIS boleh tangkap, dan berapa besar penjara ataupun bilik tahanan yang perlu JAIS bina untuk tujuan menempatkan mereka.

2) Ajaran Wahhabi

Tidak dapat dibuktikan bahawa Wahhabi itu ajaran sesat, lagipun mereka hanya diketahui sebagai orang yang mengamalkan Islam yang dipraktikkan Rasulullah S.A.W tanpa sebarang bidaah hasanah ataupun dhalalah. Dari situ, sesiapa yang bergelar Islam tidak boleh menggelarkan penganut Islam lain sebagai sesat, kecuali jika ibadat asasnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Pada saya, Wahhabi itu langsung tiada sesatnya.

3) Peranan Hasan Ali, Exco Agama Selangor

– JAIS adalah di bawah kawalan Sultan Selangor, dan Hasan Ali hanyalah seorang Exco negeri dalam hal tersebut, dan langsung tidak memegang sebarang kuasa untuk mengawal tindakan JAIS. Nampaknya Hasan Ali sudah jadi “punching bag” yang bagus kepada pihak-pihak yang ingin melaga-lagakan Pakatan Rakyat Selangor dengan bertindak secara politik, terutama penguasa di dalam JAIS yang seumpama Polis FRU ketika mahu menahan Dr. Asri di Hulu Klang.

4) Kaitan Dr. Asri dengan PAS

– PAS pastinya mengalu-alukan kehadiran Dr. Asri jika beliau berminat untuk menyertainya, namun Dr. Asri tidak pernah membuat sebarang keputusan dan dijangka sedaya mungkin mahu mengelakkan diri daripada gerakan politik dan hanya mahu menggunakan platform agama yang kini disekat sehabisnya oleh JAIS.

Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat dikupas dengan pembacaan saya daripada semua sumber yang menceritakan perihal bekas Mufti Perlis ini. Diharapkan kita umat Islam dapat mengelakkan sikap buruk sangka dan prejudis sesama sendiri agar perpaduan terpelihara dalam satu landasan agama yang diredhai, bukan landasan yang penuh dengan penipuan dan pembohongan.

Komen-komen»

1. pakcikli00 - November 7, 2009

Asalamualaikum

sebenarnya orang yang pandai bercakap soal ugama sedang berlomba lomba mencari keuntungan di dunia dan akhirat. Sebab itu mereka sekadar boleh bercakap sahaja, amal perbuatan mereka lebih teruk daripada orang yang jahil, jika pekara yang titik bengik seumpama ini pun tak boleh diselesaikan secara sopan di mana letaknya kepala otak mereka selama ini. Kata pepatah Melayu kokok berderai derai ekor bergelumang dengan tahi. Dulu ada slogan orang Malaysia kepimpinan melalui tauladan, tapi kalau orang yang disebut alim ulamak pun tak faham macam mana pula kaum marahain.

Terima kaseh salam hormat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: