jump to navigation

Sudah sembilan belas tahun rupanya. November 5, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Malam ini saya mendapat panggilan telefon yang agak banyak daripada semua yang bersangkut paut dengan saya. Paling mengejutkan, panggilan pertama datang dari ibu saya. Beliau menelefon untuk bertanya khabar, mengucapkan selamat hari jadi dan juga meminta saya pulang ke Yan untuk Hari Raya Aidiladha.

Apa yang saya boleh beritahu ibu, ialah bahawa saya akan mempertimbangkan cadangan itu, memandangkan saya boleh memperoleh gaji yang sangat tinggi, 3 kali ganda untuk bekerja pada hari cuti umum. Ada dilema yang sangat merimaskan, yang saya terpaksa fikirkan dengan lebih mendalam.

Seterusnya, Husna pula menelefon dan cuba untuk menjadi yang pertama untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Ada lagi rakan-rakan lain yang memberi ucapan hari lahir kepada saya melalui SMS dan Facebook. Terima kasih yang paling besar saya berikan.

Dengan usia yang makin meningkat, diharapkan saya lebih matang dan konsisten dalam kekerapan penulisan, yang mana saya rasa agak kurang berjaya gara-gara beberapa komitmen yang harus dipenuhi.

Selepas ini, saya akan cuba menulis lebih kerap di Kelapa Muda, memandangkan tulisan terakhir saya adalah pada 16 Oktober, hampir sebulan yang lalu. Maaf teramat banyak dipinta, kerana saya mengejar kerja lebih masa di McDonald’s, kadang kala sehingga mencecah 13 jam bekerja, berbanding syif biasa yang dikira selama lapan jam sahaja.

Mengapakah saya bekerja lebih masa? Ini adalah antara jawapannya:-

1) McDonald’s memberi makanan untuk kali kedua kepada para krew-nya yang bekerja berterusan selama 12 jam atau lebih, yang mana boleh dinikmati di ruang makan krew, atau dibawa pulang.

2) Saya masih bercuti semester, sehingga penghujung bulan November. Ini adalah cuti semester terpanjang dan paling bermakna. Tahniah kepada pentadbiran KLIUC, dan diharap cuti semester seterusnya dapat diberikan sepanjang ini juga supaya para pelajar dalam dan luar negara dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ramai juga yang pasti boleh bekerja lebih masa untuk meraih sesuap nasi dan membayar yuran pengajian di kala ibu bapa ada yang hidup mewah dengan kereta baru ataupun hidup sempit di dalam kegawatan ekonomi yang kononnya akan berakhir.

3)  Gaji untuk krew yang bekerja lebih masa ialah 1.5 kali ganda daripada waktu normal. Misalnya di Bandar Baru Bangi, kadar gaji waktu normal ialah RM3/jam. Untuk kerja lebih masa, krew akan dibayar RM4.50/jam, yang mana sangat berbaloi jika dicampur dengan makan sebanyak dua kali jika kerja lebih 12 jam.

Pendek kata, mari kita bayangkan nilai yang diperoleh pula:-

waktu normal + waktu kerja lebih masa + makanan percuma = keseluruhan nilai gaji SEBENAR

(RM3 x 8 jam) + (RM4.50 x 4 jam) + (RM12 x 2 kali) = RM24 + RM18 + RM24 = RM62

Namun, kerja lebih masa ini tertakluk kepada budi bicara pengurus bertugas. Dalam kebanyakan keadaan, kerja lebih masa amatlah digalakkan terutama bagi cawangan yang mengalami masalah kekurangan krew mahupun ketidakhadiran krew yang sepatutnya bertugas.

Misalnya pada 3 dan 4 November, saya tidak hadir, jadi krew yang bekerja selama 8 jam boleh menyambung syif dengan mengambilalih peranan saya, dan seterusnya memperoleh gaji lebih lumayan dan makan percuma. Seronok? Anda juga boleh menjadi krew kasual yang dibayar lebih lumayan untuk bekerja.

Akhir kata, saya terbaca iklan terbaru McValue Lunch, terdapat klausa terbaru yang digunakan McDonald’s, iaitu “untuk masa terhad sahaja”. Mungkin mereka akan menamatkan promosi hidangan tengahari, yang mana akan melegakan kami para krew yang keletihan di ketika tersebut.

Jadi kepada rakan-rakan, gunakanlah peluang yang semakin tertutup ini dan pastikan kami terus sibuk di waktu tengahari, untuk masa terhad sahaja.

Komen-komen»

1. nak kerja mcd - November 10, 2009

tumpang tanya,
berapa salary basic staff mcd?
gaji manager berapa?
tq

Firdaus Rosli - November 19, 2009

Gaji basic McD, kalau full time crew dlm rm1000 dan manager lebih kurang rm1500 permulaan (3 bulan training) dan akan jadi lebih tinggi bila ditauliahkan sebagai manager =)

2. girl - Januari 6, 2010

kalau keja part-time jer, mcm mana yer??

Firdaus Rosli - Januari 9, 2010

Kerja part-time, akan dikira berdasarkan jam bekerja. Itu berbeza mengikut cawangan. Namun untuk lebih kepuasan dan kurang keletihan, saya cadangkan cawangan 24-jam jika ada=)

3. fadilah - Mei 17, 2010

full time crew keje macam mana plak yea..
shift tetap ker shift bley pilih
then RM1000 tu basic je ker.. kalo OT camner plak
then ley tau kriteria tuk jadi FM

Firdaus Rosli - Mei 17, 2010

Kita tak ada gaji basic macam tu untuk part time. Cuma untuk part time ni, ikut kadar sejam yang ditetapkan.
OT akan dibayar 1.5 kali ganda dari kadar sejam waktu biasa, yang berbeza mengikut pangkat dan tempoh bekerja.
Misalnya jika basic anda RM4.05, OT anda adalah RM6.00 sejam.

Firdaus Rosli - Mei 17, 2010

Untuk jadi FM: (ini jika saya tak silap)
– tempoh bekerja lebih 2 tahun (jika krew sedia ada), Diploma/Degree untuk diserap ke program latihan untuk pengurus.
– prestasi kerja yang cemerlang (jika krew sedia ada)
– rekod kehadiran yang memuaskan (jika krew sedia ada)
– kelapangan masa untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan
yang lain saya akan rujuk pengurus tempat saya.

4. fadilah - Mei 24, 2010

wokey..
then procedure nk mohon keje cam ner plak ek
ingat nak keje mcD dlm bln 7 ni

Firdaus Rosli - Mei 24, 2010

Pergi cawangan yang anda ingin bekerja, dan ambil borang permohonan berwarna oren.

5. zor - Ogos 11, 2010

klu gaji store manager brape yer? sy dgr byk benefit klu jd store manager…..betul ke??

Firdaus Rosli - Ogos 11, 2010

Store manager hanya ada seorang untuk satu store McD.
Jadi, jawatan yang ada itu memang memerlukan anda menjadi penolong pengurus terlebih dahulu.

6. zor - Ogos 11, 2010

yg itu saya tau……sy tgk kwn sy jd store manager mcm lumayan jer…..then tiap2 taun g oversea……sy nk tanye gaji dia segan lak sebab xrapat…….klu tgk life dia sy anggarkan mesti 3k-4k sebulan……best la kan sekolah pon dia xabes dulu……klu ade peluang nak gak sy jd store manager…..hehehe……

Firdaus Rosli - Ogos 12, 2010

Hihi…good luck! Banyak rintangannya sebelum dapat jadi Store Mgr. Semoga dapat bersabar menempuh semuanya =)

7. sue - November 24, 2010

salam, lahir 5 nov ke?
slmt hari lahir🙂

8. aya - Februari 15, 2012

Nak tanya, kalau basic salary untuk store manager mc Donald berapa ek?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: