jump to navigation

Keperluan atau kehendak? November 20, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Dua perkataan ini: Keperluan, Kehendak. Kita pernah mendengarnya dalam subjek Kemahiran Hidup, lebih mendalam lagi topik Konsumerisme, jika saya tidak silap dalam sukatan pelajaran tingkatan dua sekolah menengah.

Keperluan adalah perkara-perkara yang kita wajib ada dalam perjuangan meneruskan kehidupan, agar kehidupan dapat dijalani dengan secukupnya.

Kehendak pula adalah keinginan yang dijana oleh nafsu manusia kita untuk memperoleh perkara yang sebaiknya dalam hidup tanpa kerisauan tentang harganya, disebabkan kita sanggup berbelanja lebih dan punya kedudukan kewangan yang stabil.

Semalam, bapa saya yang jelas sekali begitu marah dengan kenyataan yang saya keluarkan tentang beliau sebelum ini meminta saya menghentikan tulisan yang menyentuh peribadinya. Okey, tunggu sehingga saya selesaikan yang terakhir ini.

Keluarga saya merupakan sebuah keluarga kelas pertengahan, dengan bapa saya sebagai pencari nafkah dan isteri serta anak-anak sebagai tanggungan. Itu tidak termasuk datuk dan nenek saya di Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang juga menjadi tanggungjawab kepada bapa saya.

Dengan pangkat sebagai Cif Inspektor polis, beliau memperoleh pendapatan lebih kurang RM3000 sebulan. Ini termasuk pendapatan sampingan iaitu sewaan rumah, dan juga elaun-elaun khas yang diberikan oleh kerajaan. Ambil perhatian, wang milik rakyat.

Antara aset dimiliki ialah sebuah rumah, sebuah kereta dan dua buah motosikal yang mana salah satunya digunakan oleh saya di sini. Antara kereta yang pernah digunakan ialah Toyota Corolla edisi tahun 80-an, Proton Saga last batch 1992, dan Proton Wira Aeroback keluaran tahun 2002. Kini Toyota Vios keluaran 2009.

Toyota Corolla KE70 telah dijual kerana kerosakan yang kerap, yang mana kami pernah sekali terperangkap dalam kerosakan kereta itu di Hentian Sebelah Ladang Bikam arah utara pada musim hari raya tahun 2000.

Proton Saga pula mengalami kebocoran bumbung yang memaksa bapa saya membeli sebuah Proton Wira baru pada tahun 2002. Tidak pasti pula berapakah kos untuk membaiki bumbung sebuah kereta, namun yang penting saya memang menggemari kereta tersebut yang dirasakan begitu selesa pada masa itu, malah pelajar asing di KLIUC juga gemar menggunakan Proton Saga untuk bergerak antara rumah dan kolej, dan juga ke pelbagai destinasi.

Seterusnya Proton Wira pula, pernah mengalami kerosakan alat penggera dan tingkap yang telah dibaiki. Namun paparan paras minyak selalu mengalami kerosakan dan hanya berfungsi pada keadaan tertentu. Manakala tempat duduk terlalu rendah dan menyukarkan pemanduan lebih selesa.

Masalah-masalah kecil ini telah menyebabkan bapa saya beralih menggunakan Toyota Vios pada musim hari raya yang lepas, dengan nilai tukar beli hanya RM11,000 untuk Proton Wira yang baru sahaja berusia 7 tahun.

Cerita ini kelihatan seperti sebuah perkara biasa untuk kebanyakan keluarga. Namun, beberapa isu yang tiba-tiba timbul:-

1) Kemampuan kewangan – mampukah keluarga saya menanggung hutang baru bernilai RM800 sebulan tanpa mengorbankan kebajikan setiap ahli keluarga berjumlah 5 orang, yang mana dua daripadanya tinggal berjauhan dan jarang sekali dapat merasa peluang menaiki kereta itu, jauh sekali memandunya.

Saya di Kajang, dan adik saya di asrama MRSM PDRM Kulim. Pada saya, keperluan asas untuk saya sendiri tidak dapat dipenuhi, walaupun perut diikat, dan elaun RM700 sebulan. Misalnya pembelian baju hujan yang tertangguh hampir setahun di kala bapa saya bersenang lenang memandu kereta baharu. Sungguh ironi.

2) Kewajaran pembelian – bapa saya memang sudah memiliki sebuah kereta yang sudah cukup untuk memenuhi keperluan keluarga, iaitu Proton Wira sebelum pembelian Vios baru tersebut. Adakah satu keperluan mendesak untuk Vios di kala jumlah RM800 sebulan boleh disalurkan untuk kegunaan lain, iaitu untuk bapa saya, ibu saya dan anak-anak mereka, seperti untuk kegunaan pendidikan dan pembelian makanan, mahupun untuk membaiki set TV yang sudah rosak di rumah, lebih baik lagi untuk tujuan rekreasi dan percutian ke destinasi yang sekeluarga tidak pernah sampai, hatta di Semenanjung Malaysia.

Model Terbaik Frost & Sullivan 2008 - Proton Persona SE

Model Terbaik Frost & Sullivan 2007 - Perodua MyVi

3) Tujuan pembelian – untuk apakah sebuah Vios itu dibeli? Bukankah kereta-kereta kompak seperti Perodua MyVi atau Proton Persona sudah mencukupi dan kualitinya dipercayai?

Adakah ini sebagai simbol kebanggaan, untuk tontonan saudara mara dan rakan-rakan polis yang cukup seronok berbicara soal kereta semata-mata, di kala anak-anak mereka hidup merana dengan terpaksa mengikat perut mereka.

Bajet 2010 - tiada hadiah istimewa buat pasukan polis seperti dahulu.

4) Sumber kewangan – saya pernah mendengar bapa saya berkeyakinan membeli sebuah Vios kerana ura-ura kemungkinan kenaikan pangkat beliau dan kenaikan gaji polis. Nampaknya krisis ekonomi sekarang memaksa kerajaan Najib memotong defisit, termasuklah perbelanjaan untuk pasukan polis.

Justeru, jangkaan meleset dan kini siapa mengalami kesusahan? Jawapannya: seluruh keluarga mengalami kesusahan kecuali bapa saya yang memperoleh kereta baharu yang kami hanya dapat lihat dan naiki beberapa bulan sekali, tanpa boleh dipandu.

Ini bukan soal marah kerana tidak dapat memandu Vios tersebut semata-mata. Malah, kekecewaan saya sudah bersarang sekian lama di dalam hati dengan pengabaian oleh bapa saya terhadap keperluan asas setiap ahli keluarga, dan keterbatasan peluang untuk menyerlahkan bakat dan kemampuan akibat daripada halangan yang cuba dilakukan.

Benar, bapa saya menyebut motosikal dan laptop yang dibeli oleh beliau dan saya menggunakannya. Namun, cuba pula fikirkan kos penyelenggaraan jika berlaku kerosakan kepada aset-aset ini yang terpaksa saya tanggung memandangkan kekurangan kewangan yang disebabkan oleh pembelian kereta baru tersebut.

Tentang yuran kemasukan KLIUC dan Sunway College sebelum ini, bagaimana jika saya katakan itu sebagai salah satu daripada tanggungjawab ibu bapa? Tanggungjawab ibu bapa bukan setakat membayar yuran universiti dan seterusnya “cuci tangan”. Tahniah kerana melaksanakan salah satu tanggungjawab, namun tanggungjawab lain bagaimana pula? Adakah terlaksana dengan jayanya?

McDonald's LCCT, jualan mencecah RM1.5 juta sebulan.

Saya bukan berbicara kosong mengutuk tindakan bapa saya mengikut nafsu saya sendiri. Kritikan saya juga disulami dengan tindakan untuk menyelamatkan keadaan. Cuba pergi ke cawangan-cawangan McDonald’s yang sibuk, misalnya di LCCT KLIA yang mencatatkan jualan tertinggi di Malaysia (Bangi Drive-Thru #3 seluruh Malaysia), begitulah kerja yang saya lakukan dan itu bukan sesuatu yang mudah. Namun saya lakukan juga untuk membantu diri sendiri dan membantu melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh bapa saya untuk menjaga makan minum sendiri.

Fikirkan juga ketika saya mendapat bayaran “lump-sum” pertama daripada MARA sejak di KLIUC, kerana tunggakan elaun selama 3 bulan. Apakah yang saya lakukan dengan wang tersebut? RM1000 diberikan semula kepada bapa saya untuk bayaran balik yuran kemasukan KLIUC, manakala selebihnya digunakan untuk penyelenggaraan motosikal termasuk membeli topi keledar baharu, seterusnya baki digunakan untuk mendapatkan lesen memandu kereta.

Semua yang saya sebutkan di atas, sebenarnya harus dilakukan oleh bapa saya, termasuklah membiayai yuran untuk belajar memandu, namun saya sedia memikulnya kerana rasa tanggungjawab yang ada. Adakah anak yang sebegini baik, boleh semudahnya dikenakan tuduhan “derhaka”? Bukan mengangkat diri sendiri, namun itulah hakikatnya yang sungguh pahit untuk saya luahkan.

Kini, terpulanglah kepada bapa saya untuk mengambil tindakan selanjutnya, kerana inilah kritikan terakhir yang saya lemparkan secara terbuka, gara-gara tiada cara lain untuk meluahkan rasa. Mungkin bapa saya tidak mengerti kata-kata orang tua iaitu “marah itu tandanya sayang”.

Begitulah juga dengan kemarahan yang saya rasakan. Jika saya tidak sayang, mungkin lebih baik saya diamkan diri dan buat tidak endah dengan segala tindakan bapa saya, baik atau buruk pun ia. Tak perlu buang masa luahkan dalam blog.

Jadi, saya mengharapkan yang terbaik untuk bapa saya, memandangkan sekarang beliau lebih bebas bertindak tanpa sebarang kritikan daripada sesiapa pun yang sudah ditutup mulut dan dicucuk hidung. Semoga beliau diberikan petunjuk dalam setiap tindakan, dan terhindar daripada kesesatan dan obsesi kepada kebendaan yang melalaikan.

Komen-komen»

1. johnrambo - April 13, 2010

apa yang lu merepek ni dol…dia punya duit, dia punya pasal la.
lu nak, lu cr la duit sendiri. bj ujan pun nak kecoh ka.

2. Ramzi - April 22, 2010

Bodoh la ko ni. xbace quran ke. xbace hadis ke. Ayah aku lagi dasyat la weh. ko penah buat rumah batu. aku form 3 tolong buat rumah dah. xpenah macam orang lain main bola ke ape ke. banyak2 kan bace hadis. pasal duit die die punye pasal lah. Demi Allah aku kerja buat rumah, buat pagar. Kat universiti aku keje siang malam. nak tolong ayah aku. Adik beradik 9 orang. banyak lagi ko kene belajar. mentah sangat lagi ko ni.

Firdaus Rosli - Ogos 8, 2010

Hebat, belajar di U untuk “tolong ayah”? Syabas!

3. Ibu Mifzal Arsyad - Ogos 7, 2010

salam… terpanggil untuk komen jgak..

syy rs sedih bila baca entry ni….sy rs saudara bertuah dn bernasib baik kerana mempunyai ayah yang pada sy sudah pun menunaikan tanggunjawab beliau..ramai lg anak2 diluar sana yg ada ayah yg x bertanggungjawab..

apa yg saudara rs ketidak puasan hati tu pada sy adalah perkara remeh sahaja..dan x patut di;uahkan secara terbuka sperti ini..kenapa nak mengaibkan ayah sendiri…seburuk mana ayah pun..dia tetap ayah…tak ada dia..ada la saudara di dunia ini..

pada pandangan sy..sebagai anak..kita pun ada tanggunjawab kita gak kepada mereka..untuk mengembirakan hati org tua..kerana dah banyak dah mereka berhabisan untuk membesarkan anak2..dan disaat anak2 dah boleh berdikari..patutnya kita pula yg meringankan beban mereka..

bersyukurla kerana masih mempunyai ibu bapa…dan setiap ibu mmg nakkan yang terbaik untuk anak2..

ps: me pun amik lesen kereta pakai duit sendiri gak..itu pun lepas dpt kerja…lesen kereta pada me tu bukan tanggungjawab seorang ayah..cukup la tanggungjawab menyediakan kediaman…makan minum n keperluan pendidikan..

Firdaus Rosli - Ogos 8, 2010

Nampaknya saudara/i tidak mengerti keadaan saya sekarang. Untuk pengetahuan, makan minum, pendidikan sudah tidak lagi disediakan oleh bapa saya setelah saya memperoleh elaun daripada Mara.

Jumlah elaun: RM700. Jika saudara/i rasa ianya tidak mencukupi, terpulanglah.

Namun pada saya, ianya tidak mencukupi, memandangkan saya ini tidaklah sepintar anak-anak lain yang dapat ke IPTA, yang yurannya lebih rendah.

Untuk pengetahuan saudara/i, saya tidak merokok, clubbing, mahupun makan di tempat-tempat yang mahal. Wang RM700 di masa ini amatlah tidak mencukupi dengan keadaan sekarang.

Saudara/i anggap saya meminta belas ibu bapa? Kini tidak lagi, saya kini bekerja di McDonald’s 8 jam sehari, gara-gara kereta mahal tersebut. Terpulang kepada saudara/i untuk menilai. Segala salah silap, maaf saya pinta.

4. Azman - Mei 7, 2011

Saya semasa bersekolah dan sehinggan menjadi pegawai sekarang ni tidak pernah terlintas untuk meminta dan menyalahkan bapa dan ibu kerana tidak membantu di dalam pembayaran pengajian dan makan minum ketika belajar kerana saya tahu apa yang telah diberikan oleh bantuan pinjaman sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk belajar bukan untuk berdating dan perkara yg tidak memberi sebrang faedah.

Ayah kita mempunyai hak untuk mengunakan duit yang diperoleh kerana kasihanlah kepada dier kerana dia yg penat2 bekerja dan ada juga impian untuk membeli apa yg diidamkan bukan untuk memenuhi nafsu seorang anak yang tidak mengenal perit mencari duit dan hanya tahu meminta2 tetapi tidak ada usaha untuk mencari sendiri.

Saya semasa di sekolah lagi sudah mencari sendiri duit ,semasa belajar di UM juga mencari duit sendiri dan sekarang bekerja juga dapat gaji dan masih mencari duit sendiri bahkan saya berbangga dapat memberikan rm650 setiap bulan kepada ibu-bapa.

Setelah membaca kisah saudara yg hanya ingin hak ayah diberikan kepada saudara untuk memenuhi kehendak nafsu, terus terang saya katakan saya berbangga dengan diri saya yang tidak meminta dan dapat pengalaman yang susah semasa di zaman persekolahan dan belajar di Universiti tempatan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: