jump to navigation

Tunaikan janji. Topik baru, peribadi ayah takkan disentuh lagi. November 20, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Okey, memandangkan bapa saya memberi permintaan khas supaya peribadinya tidak disentuh dalam setiap tulisan saya, saya harus patuh. Mulai topik ini, saya tidak akan menyentuh soal bapa saya lagi, dan biarkan sahaja beliau berseorangan dalam setiap tindakan yang mahu dilakukan.

Memandangkan sekarang musim hujan yang teramat buruk, saya selalu kesejukan setiap kali sampai ke tempat kerja mahupun ke kelas, memandangkan baju hujan yang saya ada tidak dapat memberikan perlindungan yang baik. Jika terlindung dari hujan sekalipun, kesejukan tetap akan melanda seluruh badan. Ini gambar dari Indonesia. Masalah di E18 Kajang Silk tidaklah seburuk ini, namun merbahaya kepada para penunggang motosikal.

Itu belum termasuk risiko percikan air di Lebuhraya Kajang SILK yang mempunyai sistem saliran air yang sangat mengecewakan. Air yang bertakung di tengah jalan selalunya akan dipercik oleh kereta yang melaluinya, manakala saya di tepi tidak dapat mengelak, dan dipercik dengan air hujan yang kotor dengan kuatnya, dan menghalang pemandangan, memberikan risiko tahap tertinggi untuk kemalangan, terutama bagi penunggang motosikal yang setiap hari bersabung nyawa.

Saya kerap terfikir untuk membeli sebuah kereta baru, sejurus sahaja wang yang dikumpul mencukupi untuk saya melakukan sedemikian. Namun, kadar premium insurans yang tinggi serta kesukaran meletak kenderaan membantutkan niat saya tersebut.

Terfikir sejenak, mengapa tidak membeli motosikal baharu saja? Sekarang pasaran motosikal dipenuhi dengan produk-produk bagus. Yang menguasai carta pastinya Yamaha 135LC yang mendapat sambutan amat hangat. Selain itu, terdapatnya Modenas GT128, Honda FX150R dan Yamaha FZ150i.

Produk yang paling menarik hati saya sekarang ialah Yamaha FZ 150i, berkapasiti 150cc dan berharga RM7798, satu penyelesaian lebih baik daripada sebuah kereta yang selalu menyesakkan ruang. Saya kali pertamanya melihat motosikal ini di Dengkil menghala ke Putrajaya, dan merasakan motosikal ini sangat berkuasa dan sesuai dengan gaya pemanduan saya yang kadangkala agak agresif dan mengutamakan kepantasan.

Jika benarlah saya ingin membeli motosikal baharu, memang inilah pilihan saya, FZ150i dari Yamaha. Namun, saya baru sahaja sebulan bekerja, dan lebih baik saya memerhatikan pasaran terlebih dahulu untuk mendapatkan yang terbaik.

Kereta masih pilihan menarik, memandangkan elemen keselamatan yang dimiliki, selain keselesaan yang pasti. Tambahan pula, sekarang ini Maybank menawarkan skim pemilikan kereta untuk graduan. Antara pilihan kereta yang ada ialah Perodua MyVi, Perodua Viva dan Proton Saga baru. Bayaran bulanan bermula dari RM268 dan akan meningkat dari tahun ke tahun sejajar dengan kedudukan kewangan pelajar yang dijangkakan semakin baik dari tahun ke tahun.

Memang menarik. Namun saya haruslah berusia 20 tahun ke atas, yang mana penantian selama setahun menjadi satu kemestian. Seterusnya ibu bapa harus menjadi penjamin, yang mana ini adalah perkara amat berat untuk saya lakukan.,

Nampaknya tiada pilihan menarik, memandangkan pinjaman kereta dianggap besar, memerlukan bakal peminjam mempunyai penjamin dengan kedudukan kewangan meyakinkan, yang mana tidak dimiliki oleh bapa saya pada pandangan saya, seterusnya permohonan pinjaman dengan cepatnya akan ditolak.

Keadaan ini meningkatkan kemungkinan untuk saya membeli motosikal baharu kepada paras yang lebih tinggi, kini 70% kemungkinan. Diharapkan saya memiliki ketabahan untuk bersabar, dan ketahanan jiwa agar perbelanjaan dapat lebih dijimatkan untuk mencapai matlamat terbaru ini.

Yamaha FZ150i, anda akan jadi milikku. Diharap tiada siapa yang akan menghalang, termasuklah daripada bapa mahupun ibu saya. Berikanlah saya peluang untuk berusaha sendiri memenuhi keinginan diri.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: