jump to navigation

PDRM, teruskanlah peranan sebagai “orang suruhan”. November 23, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Malam 22 November 2009 di Kampung Air Manis, Kulai, Johor. Sebuah parti pembangkang Malaysia, Parti Keadilan Rakyat mengadakan sebuah ceramah umum di sebidang tanah milik persendirian, dengan penceramah yang hadir antaranya Tian Chua, Ketua Penerangan parti tersebut; Dr. Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan yang kini ahli parti tersebut; dan Ketua Umum’nya Anwar Ibrahim.

Beberapa hari sebelum ceramah, terdapatnya usaha dari kalangan pihak yang tidak senang hati dengan ceramah ini dengan memasang kain-kain rentang berbentuk provokasi dan kutukan terhadap ceramah yang bakal diadakan. Cuba teka siapa yang bertindak?

Nampaknya tiada siapa ambil peduli, termasuk pasukan polis yang kebelakangan ini membuka banyak pondok-pondok kawalan, dan nampaknya mereka mungkin terlalu mengantuk bekerja sehingga tidak dapat melihat banner-banner yang dipasang tersebut, dan tidak mengambil sebarang tindakan langsung pun.

Pelik lagi ajaib, kerana tugasan waktu malam bukan hanya dilakukan anggota bawahan sahaja, malah pegawai kanan juga turut “turun padang” membantu. Agaknya apa yang mereka ini lakukan sebenarnya? Betulkah bekerja?

Akhirnya yang menurunkan banner-banner itu adalah anggota-anggota Angkatan Muda KeAdilan (AMK), yang masih menyimpan semua banner itu yang sejumlah 30 kesemuanya. Mereka juga sedia memulangkan semua banner tersebut (itu pun jika yang mengeluarkannya sayang duit), memandangkan kos yang mahal untuk mengeluarkan dan memasangnya yang pihak AMK sendiri tidak mampu untuk keluarkan sewenang-wenangnya, di kala pihak yang tidak bertanggungjawab ini punya wang yang teramat banyak untuk dibelanja semata-mata menghalang seorang insan tua yang sakit pinggang, Anwar Ibrahim daripada berceramah di tempat mereka.

Jangan lupa, yang di leher dan di pinggang sakit itu, polis punya kerja juga ya!

Tiba hari ceramah, sekumpulan kecil pemuda berdemonstrasi membantah ceramah tersebut, dengan tujuan menghalang En. Anwar daripada diberi peluang berceramah di hadapan 5000 hadirin yang hadir. Apakah yang berlaku selepas itu?

Ketua Polis Daerah Kulai MENARIK BALIK permit ceramah yang telah dikeluarkan sebelumnya. Nampaknya tiba-tiba pasukan polis yang “tidur” di awal tulisan saya tadi bangun, namun masih tidak sedarkan diri, “mamai” kata orang muda.

Perkara itu menyebabkan En. Anwar hanya dapat berceramah selama 10 minit, sedangkan saya yakin kehadiran beliau adalah yang paling ditunggu-tunggu, memandangkan beliau adalah Ketua Umum parti yang mengadakan ceramah.

Pelik dan makin pelik pasukan polis kita sekarang. Entah apa yang “dimimpikan” dalam tidur mereka itu. Mungkin mimpi Toyota Vios yang dimiliki bertukar menjadi Camry mahupun Harrier agaknya. Jika yang punya isteri berbadan gempal, mungkin bermimpi isteri tersebut bertukar menjadi seorang wanita yang cantik, entah kita pun tak tahu.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah, “Kepekaan Berpilih” yang dimiliki pasukan polis kita.

Kereta – Peka! “Dah mula rosak, kena beli baru!”

Nampaknya polis langsung tidak bertindak sebegini kepada pendemonstrasi kepala lembu, mahupun yang buat kecoh di majlis PKR di Kulai. Polis tak memihak sesiapa? Saya ragu-ragu.

Bonus dan naik gaji – Peka! “Kami mahu lagi! Bonus 2 bulan gaji!”

Ceramah parti pembangkang – Peka! “Batalkan! Sekarang!”

Provokasi dan kekecohan daripada pemuda/orang tua gerombolan UMNO/BN – “Tidak mengapa, situasi terkawal. Sila teruskan.”

Nasihat saya kepada pasukan polis: sila teruskan menjadi “orang suruhan” kepada gerombolan.

Anda akan dapat elaun dan bonus, boleh tukar kereta yang “rosak sedikit”, dan jika punya wang lebih, tambahkan cawangan isteri sedia ada.

Pada masa sama, rakyat juga akan benci dengan kalian, tapi tidak mengapa, wang sudah dapat dan “masyuk”, walaupun sebenarnya wang itu tidak dapat dirasa banyaknya mungkin gara-gara keraguan sumbernya.

Paling penting, anda akan memainkan peranan sebagai ejen pemangkin perubahan, gara-gara kebencian daripada rakyat tadi. Bayangkan suatu masa nanti, pasukan polis sekarang, pasca peristiwa Memali akan digelar “Gestapo Malaysia” oleh rakyat. Jadi para veterannya mendapat satu reputasi unggul, dan akan dikenang sepanjang zaman sebagai sebuah pasukan yang tegas, adil dan berhemah seperti motto yang sudah dilancarkan beberapa lama dahulu.

(Teringat filem yang ditonton bulan lalu, Inglourious Basterds, cerita zaman Third Reich, Fuhrer Adolf Hitler. 3 jam dalam panggung, terasa puas selepas cerita tamat. )

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: