jump to navigation

Satu peluru, dua sasaran. Aidiladha ini, ku tidak keseorangan, tembak tetap tembak! November 27, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
trackback

Saya pada malam ini membuat satu keputusan di luar dugaan.

Saya akan ke Batu Gajah, Perak untuk hari raya Aidiladha bertarikh 27 November 2009. Saya akan menaiki keretapi Shuttle KTMB pada jam 5.30 pagi ini dan akan tiba pada 8.30 pagi di Batu Gajah, Insya-Allah.

Ada beberapa tujuan saya membuat keputusan mengejut ini berbanding niat asal untuk menyambut Aidiladha di McDonald’s tempat saya bekerja.

1) Sebagai tanda protes kepada McDonald’s

McDonald’s tidak menetapkan Aidiladha sebagai cuti umum di mana pekerja diberikan gaji 3 kali ganda berbanding hari biasa. Saya yang mengharapkan gaji berganda nampaknya terpaksa berpuas hati dengan hanya gaji RM3 sejam pada esok hari, yang mana amatlah tidak berbaloi dengan kesedihan tidak dapat menyambut hari raya Aidiladha.

Sarah Casanova, pengurus besar yang sangat baik hati terhadap pekerja bawahan. Pernah ketemu beliau di McDonald's Bangi DT Oktober lalu.

Diharapkan Sarah Casanova, Pengurus Besar McDonald’s Malaysia dapat memberi perhatian atas keadaan ini, dan menunjukkan lebih banyak bukti bahawa McDonald’s menghormati perayaan setiap agama, kaum dan negara di negara tempat mereka berniaga.

2) Protes kepada ibu bapa sendiri.

Ibu bapa saya telah bertindak membelakangi kepentingan ahli-ahli keluarga dalam keputusan yang dibuat kebelakangan ini, di mana saya merasa amat kecewa dengan mereka, dan cuba melakukan pelbagai cara untuk menunjukkan rasa kekecewaan yang ada secara lemah lembut dan berhemah, namun akhirnya dianggap sebagai derhaka, tidak hormat dan menghina.

Jadi, saya memohon seribu kemaafan di hari mulia ini kerana terpaksa bertindak memprotes secara yang sangat lemah lembut. Lagipun saya merasakan keluarga jantung hati saya Husna Amira lebih menerima saya sebagai seorang ahli keluarga, walaupun saya masih belum secara rasmi menjadi sebahagian daripada mereka, yang mana saya amat terharu dengan layanan sedemikian. Jauh di sudut hati, saya lebih menggemari Aidiladha di Kedah kerana ianya jauh lebih meriah dan menjadi tempat saya bertemu dengan rakan-rakan dan ahli keluarga tercinta.

Untuk pengetahuan ibu bapa saya dan rakan-rakan pembaca, saya telah meminjam wang daripada keluarga Husna untuk membiayai perjalanan ke Batu Gajah, memandangkan saya belum mendapat elaun MARA dan juga gaji hasil bekerja keras di McDonald’s. Dari situ, lihatlah betapa murahnya hati keluarga Husna dan cuba untuk insafi diri masing-masing, mampukah kita menjadi lebih selfless terhadap keluarga kita sendiri?

Renungkan secara mendalam. Sekian untuk sekarang, Salam Aidiladha.

Komen-komen»

1. l/kpl.Shaipuddin - Disember 21, 2009

Saya tumpang sedeh dan kesian degan Firdaus terpaksa meminjam untuk memperotes
Siapa lah HA jika dibandingkan SIR dan bonda.
Saya tk sanggup menguris hati ayahbonda apatahlagi menitiskan airmata kerana mereka adalah ayah dan bonda saya didunia dan akhirat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: