jump to navigation

Bantu rakan senegara, atau tingkatkan penjenamaan? Disember 23, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Baca tajuk. Begitulah yang masing-masing kita fikirkan mengenai Petronas, sebuah syarikat pengeluar minyak yang kini berskala global apabila dibicarakan soal penajaan untuk Formula 1 musim 2010.

Sebuah pasukan baru sahaja diwujudkan iaitu Lotus F1 yang dimiliki oleh Tony Fernandes, usahawan penerbangan yang memiliki AirAsia. Tony dipetik sebagai berkata bahawa beliau amat seronok jika Petronas, sebuah syarikat petroleum milik kerajaan Malaysia sudi memberikan penajaan kepada pasukan yang baru ingin bertapak itu.

Namun beberapa hari lalu, Petronas telah bersetuju menjadi penaja kepada pasukan Mercedes Grand Prix, nama baru kepada Brawn GP, pasukan juara F1 2009. Tajaan bernilai AS$43 juta akan diberi Petronas kepada Mercedes GP untuk tahun 2010. Lantas respon daripada orang-orang penting dalam Lotus F1 jelas mencerminkan kekecewaan mereka ke atas keputusan Petronas tersebut.

Salah seorangnya Alex Yoong, bekas pelumba F1 Minardi dan A1 Malaysia. Beliau meluahkan rasa malu terhadap keputusan Petronas untuk menaja Mercedes daripada pasukan yang baru diterajuinya sebagai Pengarah Pembangunan Pemandu iaitu Lotus F1Malaysia.

Tambah Alex lagi, seharusnya Petronas memilih Lotus F1Malaysia kerana apa yang dilakukan pasukan Lotus telah mencipta satu sejarah baru buat industri automotif negara.

Pada saya, Petronas tidak harus dibebankan lagi dengan tanggungjawab untuk menaja sebuah pasukan F1 baru dari Malaysia, memandangkan pasukan Lotus F1Malaysia sudah pun memperoleh penajaan daripada pelbagai syarikat berkaitan kerajaan yang turut memiliki kedudukan kewangan yang baik, itu sudah pun mencukupi.

Nama Petronas terpampang besar pada badan kereta F1 sebuah pasukan juara dunia.

Petronas dalam hal lain, adalah sebuah syarikat global yang memang setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia, yang mana memerlukan usaha gigih untuk pengiklanan produk mereka. Petronas sudah menyatakan bahawa mereka kini menguasai 2% daripada pasaran minyak pelincir di dunia, dan berharap agar penajaan kepada Mercedes GP akan membantu usaha mereka untuk menguasai pasaran, memandangkan nama Petronas juga akan turut diserapkan ke dalam pasukan tersebut, menjadikan nama pasukan itu sekarang Mercedes Petronas GP.

Selain itu, iklan Petronas juga akan diletakkan dengan saiz yang besar di badan kereta sebuah pasukan juara dunia, dan akan mendapat liputan kamera yang lebih kerap, kerana selalu mendahului perlumbaan. Dua perkara ini penting untuk impak iklan lebih berkesan. Bukankah itu lebih baik untuk Malaysia, di mana ada dua pasukan yang membawa nama negara Malaysia dalam sukan Formula 1.

Kepada pasukan Lotus F1Malaysia, lakukanlah yang terbaik di musim 2010 ini, supaya pasukan anda dapat memperoleh lebih banyak peluang penajaan. Jangan jadi terlalu manja.

Komen-komen»

1. Kipp - Disember 24, 2009

Secara jujur aku sokong apa yang anda tulis. Petronas is a business, di mana ada peluang, di situ ada Petronas. Dalam hal ini kekecewaan Lotus F1 Malaysia tidak menjadi isu, isu yang penting ialah kemenangan. Berapakah peratuskah Lotus F1 Malaysia boleh kalahkan Merc Petronas GP?… siapa tahu. Yang penting seperti yang anda cakap ialah tingkakan penjenamaan… itu yang penting bagi sesebuah jenama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: