jump to navigation

Setiap kali kemalangan, ada saja cadangan “bijak”. Sampai bila? Disember 28, 2009

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , ,
trackback

Kemalangan bas ekspres berlaku lagi, kali ini 10 terkorban pada kemalangan bas Sani Express dari Klang ke Kangar pada 26 Disember lalu. Bas tersebut dalam keadaan baru dan baik, dan tidak dipandu dengan laju, manakala selekoh tidaklah merbahaya.

Punca kemalangan tersebut: Pemandu terlelap semasa memandu.

Dari sini sahaja, kita sudah tahu apakah yang lemah dalam pengurusan syarikat-syarikat bas ekspres, iaitu penggiliran pemandu, yang mana setiap bas ekspres perjalanan jauh mempunyai 2 orang pemandu yang akan memandu bergilir-gilir untuk mengelakkan kepenatan.

Sebenarnya peraturan sebegini telah meletakkan bas ekspres sebagai pengangkutan yang jauh lebih selamat daripada kereta yang hanya dipandu berseorangan untuk perjalanan sama.

Macam biasa, ada sahaja cadangan “bijaksana” daripada politikus dan “tikus-tikus” lain yang merasa diri berkelayakan dan berkebolehan, namun jelas sekali cadangan itu berdasarkan akal fikiran singkat.

Dr. Zambry Abdul Kadir, seorang pemegang doktor falsafah (PhD) yang mengakui dirinya sebagai Menteri Besar Perak telah memberikan satu cadangan yang boleh dikira munasabah dengan kelulusan yang beliau miliki, dan kelayakan sebagai seorang “Menteri Besar”.

“Haramkan perjalanan bas ekspres waktu malam,” kata beliau yang juga ADUN Pangkor.

“Bijak” benar wakil-wakil rakyat BN-UMNO ini kan? Ini baru Menteri Besar, belum lagi Ahli Parlimen, ADUN, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan yang mungkin lebih “bijak” lagi!

Mungkin juga mereka terlalu kaya raya dengan wang rakyat, sehinggakan tidak biasa menaiki bas ekspres. Sebagai makluman, di bawah ini disenaraikan manfaat perjalanan malam bas ekspres untuk pengguna (baca rakyat biasa) dan juga pengusaha bas ekspres sendiri.

1) Masa perjalanan lebih singkat.

Kesesakan begini jarang berlaku di waktu malam.

– Hal ini kerana jalan lebih lengang di waktu malam.

2) Perjalanan lebih selesa, jarang diganggu kesesakan lalu lintas.

– Amat selesa dan gelap, penumpang boleh tidur dalam bas dengan senang lenang. (Minta pemandu jangan tidur ya!)

3) Mudah untuk merancang perjalanan serta aktiviti.

– Misalnya bagi pelajar yang tamat kelas waktu petang, ataupun pekerja yang bermesyuarat. Perjalanan malam tidak mengganggu aktiviti harian para pengguna.

4) Tol lebih murah.

– Kebanyakan lebuhraya memberikan diskaun tol untuk perjalanan waktu malam.

5) Syif pemandu boleh dipelbagaikan.

– Ada syif untuk perjalanan siang, ada syif untuk perjalanan malam. Pemandu tidak akan bosan.

6) Kekerapan perjalanan boleh dipertingkatkan untuk setiap laluan.

– Lebih banyak syif, jalan lebih lengang, pemandu yang boleh diperolehi dengan lebih mudah.

7) Menggalakkan pengembara menggunakan bas untuk perjalanan.

– Perjalanan boleh dilakukan waktu siang atau malam, kurang kecenderungan untuk menggunakan kenderaan sendiri.

Bisnes rancak di waktu malam.

8 ) Merancakkan perniagaan di hentian rehat lebuhraya yang perlu dibuka 24 jam.

– Siapa peniaga di hentian rehat lebuhraya. Bukankah orang Melayu juga??

9) Pendapatan lebih buat pemandu teksi di hentian bas.

– Tambang teksi pada waktu malam adalah 2 kali ganda hari biasa. Sekali lagi tanya, siapakah pemandu teksi? Bukankah majoritinya orang kita?

10) Suasana lebih romantik untuk pulang ke kampung halaman. =)

– Sekadar tambahan dari saya. Namun romantik itu harus ;-P

Pesan untuk Dr. Zambry: Cermin diri dan muka, serta mentaliti. Layakkah jadi Menteri Besar?

Dek bawah bas Transnasional 2 tingkat, sempit. Sepatutnya hanya 3 kerusi sebaris seperti bas 1 tingkat yang biasa.

Tabik saya untuk MIROS – Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia kerana menjalankan kajian kesesuaian bas dua tingkat, memandangkan kebanyakannya digunakan semata-mata untuk memenuhkan penumpang dalam bas.

Transnasional 2 tingkat di Hentian Kajang. Pasti menyesal lepas naik.

Syarikat yang dikenalpasti melakukan demikian untuk laluan sektor Utara Semenanjung: Transnasional, Durian Burung. Mereka memenuhkan bas 2 tingkat dengan penumpang sehingga 70 orang satu perjalanan, yang mana pada saya bahaya dan tempat duduknya langsung tidak selesa.

Promo percuma untuk Ekspres Pancaran Matahari. Nak tiket percuma boleh?😉

Syarikat yang mempunyai bas 2 tingkat, namun selesa untuk penumpang: Pancaran Matahari, Sani Express. Mereka memberikan tempat duduk yang luas dan lebar untuk keselesaan penumpang, tahniah diucapkan. InsyaAllah pulang ke Kedah nanti, saya akan menaiki Pancaran Matahari, walaupun terpaksa ke Puduraya semata-mata untuk membeli tiket.

Semoga kita lebih banyak memberikan cadangan bernas jika ada insiden lain berlaku selepas ini, bukan setakat cadangan untuk memalukan martabat diri sendiri, parti diwakili serta negeri. Lebih baik berdiam diri daripada bercakap yang merepek lagi sia-sia.

(Kalau kemalangan berlaku di Terengganu, wakil rakyat mereka akan kata ianya “rahmat” buat negeri, macam bangunan-bangunan yang runtuh sebelum ini. Kenapa? Mungkin dapat bas baru agaknya.)

Komen-komen»

1. En. Bilik Sebelah - Disember 29, 2009

Biasa la, kadang2 orang besar ni bercakap, sebab nak tunjukkan yang dia care la sangat.. ambik berat.. nak raih undi dan populariti.. padahal, setakat cakap je.. ntah2 ada skrip dah.. haha

2. Admin - Disember 29, 2009

nice artikel

3. atoy - Januari 10, 2010

bagitulah setiap kali kemalangan jalanraya,lepas tu sibok buat kajian,singat saya entah banyak mana fail2 kajian dibuat dari JPJ hingga sekarang JKJR yang buat untong dah senang lenang,hasilnya tiada,kita ni dari rambut penoh dah pencen botak,hasilnya tu juga ,sebenarnya itu semua perniagan diaorang cerdik pandai.Kemalangan tu adalah anugerah allah hanya sikap insan saja sebagai penyebabbnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: