jump to navigation

Kereta baru? Hooray! Januari 9, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Sudah lama tulisan saya tidak menyentuh soal peribadi, memandangkan sejak saya tinggal di Lembah Kelang, dari Ogos 2007, peribadi saya memang tidak terjaga dan terabai ke tahap yang agak teruk. Banyak perkara yang saya lakukan dengan terlalu “all-out” sehinggakan diri sendiri tidak dihiraukan kebajikan.

Justeru, memandangkan sudah sekian lama saya sedemikian, saya mula memikirkan cara untuk menjadikan diri lebih gembira di sebalik beban hidup yang kian bertambah. Salah satunya dengan mewujudkan Kelapa Muda yang anda sedang baca, namun nampaknya semakin sukar untuk menemui tulisan baru di laman ini di masa akan datang oleh kerana komitmen saya yang makin menimbun.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya begitu rajin membaca buku-buku berkenaan permotoran seperti majalah Kereta, Top Gear Malaysia, dan Motor Trader. Dari situ saya membanding-bandingkan antara kereta-kereta sedia ada, walaupun pilihan yang ada tidaklah sebanyak mana.

Saya mula merasakan keperluan untuk memiliki sebuah kereta, namun keadaan tempat tinggal di Flet Hijau Presint 9 Putrajaya menyukarkan penghuni meletak kenderaan, termasuklah motosikal. Itulah sebab saya mahu pindah segera daripada tempat tersebut.

Apakah pilihan yang saya ada? Jawapannya ialah kereta yang berharga antara RM45,000 ke bawah, yang mana merangkumi:-

1) Proton Saga BLM

2) Perodua Viva

3) Perodua Myvi

4) Proton Savvy

5) Proton Persona

6) Naza Picanto

7) Hyundai i10

(Maaf Husna, Naza Forte tidak tersenarai. Diharapkan akan keluar versi tahap lebih tinggi untuk lebih kepelbagaian, dan juga rasa kemewahan lebih ketara di kala saya sudah jadi seorang jurutera nanti.)

Enjin D4F keluaran Renault, berkapasiti 1149cc.

Berbalik kepada soal beli kereta pertama, saya bersetuju memilih sebuah kereta keluaran tempatan, namun berenjin import, dan gaya Eropah. Ianya Proton Savvy, berenjin 1.2 liter SOHC versi manual.

Terdapat beberapa pengedar yang saya temui, namun tidak ada yang menawarkan pandu uji untuk Savvy yang mungkin punya persamaan dengan Saga BLM, yang mana penggunaan bilik pameran boleh dioptimumkan kepada model-model yang punya permintaan tinggi. Bagi Proton, model dengan permintaan tinggi ialah MPV Exora serta sedan Persona dan Saga.

Lebih teruk lagi, ada yang cuba menawarkan diskaun yang sedikit untuk memperoleh keuntungan lebih daripada model Savvy yang bakal dijual kepada saya. Baru saja mahu sokong pengedar Bumiputera, namun apakan daya, kewangan saya tidaklah seteguh mana, walaupun ianya sudah makin teguh seteguh Savvy😉

Untuk pengetahuan para pembaca, Proton Savvy ialah kereta pertama Proton yang dibina di atas platform milik sendiri, yang mana turut menjadi asas kepada model Saga yang dikeluarkan kemudiannya iaitu pada 2008. Kos pembinaan platform bernilai lebih kurang RM500 juta, dan hasilnya sudah 34,000 Savvy dikeluarkan sehingga kini.

Penggunaan minyak jimat, 15km seliter.

Proton Savvy memenangi beberapa anugerah, termasuk Rekod Malaysia bagi penjimatan minyak untuk pemanduan. Yang terbaru, termasuk dalam senarai 10 kereta terbaik Thailand tahun 2008 lalu bersama kereta-kereta berjenama “continental”. Proton Savvy menguasai carta jualan bagi jenama Proton di majoriti negara pasarannya.

Sebagai tambahan, Proton Savvy pernah dipanggil untuk servis khas, iaitu pembetulan bearing roda belakang yang berpotensi dimasuki air. Ketika itu, ianya dianggap sebagai satu proses pembetulan yang lancar di sebalik jumlah besar kereta yang dipanggil untuk servis. Panggilan itu juga telah berjaya meningkatkan profil kereta Savvy yang dipandang kurang enak ketika pelancaran gara-gara reputasi kualiti Proton yang amat rendah ketika itu.

Antara panggilan yang pernah diberikan kepada Savvy, antaranya “kereta kodok” dan lebih teruk lagi, “kereta mangkuk tandas”. Namun akhirnya Savvy kini menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya Malaysia, sejajar dengan strategi pemasaran yang diperbetulkan, selain penggayaan yang dipertingkat untuk versi baharu Savvy.

Alangkah indahnya jika warna hijau sebegini masih ada? Malangnya hanya empat warna sekarang.

Soal harga? Harga di atas jalan RM40,200. Namun diskaun sebesar RM7000 telah diberikan untuk model Savvy versi M-Line dan H-Line, yang mana saya memilih M-Line untuk penjimatan dan kesederhanaan. Ibu saya yang memang sudah sekian lama menunggu masa saya memiliki kereta, membantu dengan tambahan bayaran muka RM2000, menjadikan jumlah bayaran muka mencecah 25% daripada harga kereta, iaitu RM9000.

Untuk pinjaman 9 tahun, kadar faedah 3.75%, bayaran bulanan bakal menjadi RM420. Manakala jika saya dibenarkan pinjaman 7 tahun, kadar faedah lebih rendah, pada 3.65% dan bayaran bulanan bakal menjadi RM465. Saya mengharapkan pinjaman untuk tempoh 7 tahun agar hidup tidak dibebani hutang yang panjang. Diharapkan AmBank akan meluluskan permohonan saya.

Pengedar yang saya pilih ialah wakil jualan Bilik Pameran Kristal (Crystal Showroom), Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) Proton Edar di UEP Subang Jaya. Diharapkan saya akan memperoleh sedikit keistimewaan kualiti cemerlang daripada cawangan jualan tersebut. Pasti juga urusan servis akan menjadi lebih mudah dengan hanya lawatan di pusat servis yang juga ditempatkan di tempat sama.

Apa yang akan saya peroleh daripada pembelian ini? Cermin gelap percuma, selain hadiah biasa seperti tangki penuh dan Touch N’Go yang sudah lama saya miliki. Servis percuma untuk 2 tahun pertama, dan jaminan 5 tahun atau 175,000 kilometer perjalanan, yang mana dicapai dahulu.

Warna pilihan saya ialah Tranquility Black (Hitam Tenang). Model M-Line dilengkapi rim aloi 14″, kit badan (bodykit), penukar CD dengan 4 buah speaker, tingkap kuasa, sensor undur, lampu kabus, sistem penggera dan pengunci pusat (central locking). Cuma kekurangan M-Line ini, ialah ketiadaan sistem brek anti-kunci ABS, ketiadaan beg udara dan rim yang agak kecil berbanding 15″ untuk H-Line.

Ini memang membantu meningkatkan ciri keselamatan, walaupun premium insuransnya lebih tinggi. Mungkin saya akan cuba berbicara dengan wakil jualan untuk ciri-ciri yang tiada itu, mungkin boleh ditambahkan atau ditukarkan versi model Savvy saya kepada H-Line.

(Untuk pengetahuan, Toyota Vios J bapa saya dilengkapi ABS, pembahagian daya-brek elektronik EBD, namun tiada beg udara.)

Diharapkan semuanya berjalan lancar sepanjang penggunaan Savvy saya nanti, seperti mana majoriti pemilik Savvy versi manual yang saya temui dan kenali yang berbangga dengan kereta yang dimiliki. Tidak mungkin kereta tidak ada masalah, pasti akan ada, yang mana saya sudah menyediakan tabung kecemasan untuk tujuan tersebut, selain daripada tujuan pembayaran premium insurans yang pasti tinggi kerana saya pemilik pertama kali kereta.

Diharapkan hasilnya nanti, NCD yang lebih banyak yang pasti akan membantu merendahkan premium insurans, selain daripada susut nilai kereta sendiri yang pasti berlaku tidak kira model. Pendek kata, saya memang teruja dengan kereta yang bakal diperolehi, jadi diharap para rakan pembaca mendoakan kelulusan pinjaman saya, Amin.

Plet kereta yang sangat ikonik, AGS 10. Pernah digunakan Nizar Jamaluddin.

Ha, apa kata fikirkan nombor pendaftaran? Saya sebenarnya berharap untuk memiliki plet negeri Kedah yang kini berada pada siri KCQ. Terlalu banyak nombor KL yang kelihatan, kini pada siri WTK, sudah jemu rasanya. Namun saya dapat membayangkan yang saya akan memperoleh plet negeri Selangor, kini siri BKQ memandangkan pinjaman dan pembelian dilakukan di kawasan Shah Alam, ibu negeri Selangor. (Sebenarnya saya suka plet negeri Perak sekarang, AHA! Kalau dapat, ahaa!)

Agaknya bila wakil jualan Centre of Excellence akan hubungi saya dan beritahu, “Encik, pinjaman anda lulus, kereta boleh diambil sekarang,”? Tidak perlu risau, panduan pemeriksaan awal kereta yang baru diperoleh telah pun saya kumpul di Lowyat.net.


Komen-komen»

1. whose - Mac 1, 2010

menarik nie…saya pun teringin gak nak angat savvy namun kerana adik beradik saya yang ramai telah memaksa saya untuk memilh kerana yang lebih besar dan pilihan saya ada SAGA…
namun dalam hati saya savvy tetap di hati….

Firdaus Rosli - Mac 2, 2010

Tak mengapa, keduanya ada kelebihan tersendiri. Memandangkan adik beradik anda ramai, Saga punya ruang penumpang dan barang yang lebih besar, lebih sesuai.

Pada saya, memiliki sebuah kereta pun boleh dikatakan nikmat amat besar dari Allah. Hidup di Malaysia, negara antara yang paling mahal cukai kereta di dunia, menjadikan kita tidak punya banyak pilihan dari segi kemampuan. Paling penting, doakanlah supaya kereta yang masing-masing miliki selamat sepanjang perjalanan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: