jump to navigation

Satu tahun yang indah. (Dan kadangkala susah) Januari 28, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Pada waktu saya menulis sekarang, saya masih belum mendapat bayaran elaun daripada MARA dan gaji McDonald’s. Sedih rasa di hati, memandangkan sudah 3 hari, hari jadi buah hati sudah berlalu, hadiah pun tak diberi lagi, esok balik Kedah pula.

Husna sudah berumur 20 tahun sekarang, semakin matang dan cantik setiap hari. Cubalah bandingkan dengan zaman di sekolah dulu, tidak mengapa kerana ramai juga yang menghadapi keadaan serupa, tak menyerlah rupa di sekolah, namun cantik bergaya di universiti.

Sepanjang satu tahun yang kami lalui, tulisan-tulisan saya di sini dibacanya jua, walaupun pasti Husna akan jemu membacanya. Tanpa segan, pasti dia akan memberikan pendapatnya walaupun dalam banyak hal kami tak sependapat. Itulah indahnya dialog dan perbincangan.

Kadangkala, marah juga dibuatnya bila dia merengek macam anak kecil. Tak salah pun, tapi kan Husna Amira saya ini sudah 20 tahun, bakal jadi ibu dalam beberapa tahun lagi. Kalau masih merengek, pasti sakit juga jiwa mendengar rengekan daripada seorang bayi dan juga ibunya sekali.

Namun, jika difikirkan dalam bulan ini, kami memperoleh banyak kenangan yang indah sebenarnya. Husna kini sudah berpindah ke Shah Alam, menyambung pengajian ijazah. Tak berapa lama kemudian, saya pula memperoleh kereta yang saya yakini dapat membuat Husna selesa berada bersama saya untuk bergerak ke mana sahaja.

Rupanya merata tempat sudah ada Sate Haji Samuri, termasuk di Hentian Rehat Kinrara KESAS. Malangnya gaji belum dapat, jadi tak dapat lepas rasa mengidam makan sate.

Tak jauh perjalanan Kajang ke Shah Alam. Lebih kurang 40km, dengan tol sejumlah RM7.70, lalu sahaja lebuhraya Kesas dengan pantasnya, sampai ke Kolej Melati UiTM hanya dalam 30 minit. (Boleh agak bagaimana saya pandu) Minyak pula, RM15 sudah mencukupi untuk perjalanan pergi-balik menaiki Savvy, namun memang tak dapat menandingi penjimatan jika naik motosikal.

Buah hati saya ini selalu risau jika saya punya wanita lain. Walaupun sebagai kawan baik, katanya apa sahaja boleh berlaku jika dia tak berhati-hati, saya ini “eco-friendly”, mudah berkawan. Selalu saya merasa kasihan bila fikirkan perkara itu, kerana dirasakan macam perkara kecil sahaja, namun kerisauan Husna memang ada asas. Saya pun rasa sangat disayangi, dan sanggup melalui tahun-tahun seterusnya bersamanya, dan anak-anak kami sekali (jika dah kahwin nanti), Insya-Allah.

Saya sayang dan cinta awak Husna, maaf jika tulisan ini meleret-leret. Rasa dalam hati ini payah sebenarnya nak dibicara tau. Semoga kita terus bahagia. Raikan usia 20-an dengan gembira. =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: