jump to navigation

Savvy: Bagaimana saya terpaut? Februari 21, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Pada 20 Februari 2010, genaplah sebulan saya menjadi pemilik sebuah kereta Proton, iaitu model Savvy.

Sebelum bercerita panjang lebar tentang kereta yang sudah saya miliki, saya haruslah bercerita bagaimana saya terpaut dan seterusnya “berpaut” pada kereta ini sebagai pengangkutan saya seharian.

Untuk jadi sekacak model ini, mungkin saya memerlukan cermin mata hitam sepertinya.

Bermula Disember 2009, saya mula memikirkan tentang pengangkutan seharian. Sebelum bekerja, saya tidak pernah memiliki baju hujan untuk dipakai semasa menaiki motosikal. Sejak bekerja, saya membelinya untuk mengelakkan daripada terkena tempias hujan, dek cuaca dunia yang tidak menentu kebelakangan ini. Namun masih basah, kerana keadaan lebuhraya SILK yang merbahaya ketika hujan.

Jawapan saya agak ekstrim ketika itu: saya memerlukan sebuah kereta. Mungkin bukan dalam masa terdekat.

Untuk mengisi masa lapang, saya pun melakukan banyak kajian, selain pertanyaan kepada rakan-rakan yang memiliki kereta. Pencarian di Internet juga turut membantu dalam usaha saya memperoleh kereta yang paling berbaloi untuk dimiliki. Rakan baik di McD, Erma pernah memandu Savvy milik teman lelakinya. Manakala Syafiq pula, mengajak saya menyertai kelab Myvi-nya.

Tahun baru 2010 menjelma, saya mula memikirkan untuk melakukan suatu perubahan. Selepas penat bekerja di McDonald’s melayan pelanggan yang baru pulang dari parti Tahun Baru, saya keluar dengan Husna berjalan-jalan ke sana dan ke mari. Selepas sarapan di McDonald’s, saya membuat keputusan, untuk pergi melihat kereta Savvy, ataupun Saga, mahupun Myvi atau Viva jika berkesempatan ke bilik pameran Perodua.

Apa yang saya sempat lakukan, hanyalah ke bilik pameran Proton Bangi (berhadapan McDonald’s Drive-Thru). Respon kurang baik, kami tidak dilayan langsung oleh jurujual yang “lepak” di restoran bersebelahan, sedangkan seorang Mak Cik berpakaian seperti baru bangun tidur dilayan dengan amat baik pula. Double standard, jari ke bawah untuk bilik pameran tersebut.

Berjalan-jalan sekitar Bangi, kami ketemu bilik pameran Proton seterusnya, bersebelahan Petronas. Kami menunggu jurujual membuka kedai, dan berborak panjang tentang beliau mengenai kereta Proton Savvy. Nampaknya beliau seorang yang agak mesra dalam perbualan, membuatkan saya tertarik untuk membeli daripada beliau.

Pejabat penasihat Proton, Tun Mahathir juga di sini. Datanglah melawat jika melalui Lebuhraya Kesas.

Namun, saya tidak mudah berpuas hati, terus membaca tulisan dan komen-komen mengenai Proton Savvy, saya mengetahui kewujudan satu tempat, namanya “Centre of Excellence” atau pun Pusat Kecemerlangan. Saya sangka ianya di Glenmarie, rupanya lokasinya berdekatan dengan Hicom Shah Alam. Agak jauh saya berpusing-pusing mencari tempat tersebut dan bertemunya.

Di sana, jurujual menyatakan diskaun untuk Savvy adalah RM7000. Saya masih belum begitu berminat, memandangkan pada hari sama jurujual dari Bangi sebelah Petronas memberitahu bahawa ada satu tawaran menarik Savvy untuk saya, dan meminta saya singgah sebentar ke sana untuk mengetahui lebih lanjut. Saya meminta untuk uji pandu, nampaknya tiada model disediakan untuk tujuan tersebut.

Pulang ke Bangi, saya diberitahu oleh jurujual di sana bahawa ada tawaran baharu, diskaun RM5000. Saya masih berpura-pura berminat, masih menaruh harapan, sengaja menunjukkan sebut harga daripada jurujual Centre of Excellence untuk tindakan lanjut beliau.

Nampaknya beliau berkata bahawa “berapa banyak diskaun yang diberinya, saya akan memberi yang sama”. Okey, saya meneruskan, dengan berdiam diri mengenai diskaun dari COE, sengaja menyerahkan penyata bank dan salinan dokumen kepada beliau. Lagipun, tiada apa yang berlaku jika saya tidak tandatangani apa-apa.

Malamnya, saya terus melayari Internet, dan terlihat satu tawaran dari laman web Proton.

Promosi ini akan berakhir 28 Februari ini. Itu pun jika kereta anda sempat didaftarkan sebelum tarikh itu.

“Drive for Prosperity”, bunyinya macam McDonald’s Prosperity Burger. Ya, kedua-duanya promosi Tahun Baru Cina. Jika McDonald’s menawarkan harga yang murah untuk burger yang sedap, begitu juga dengan Proton yang menawarkan kereta yang cantik pada harga yang amat menarik.

Seperti terpapar, diskaun untuk Savvy adalah RM7000, dan nampaknya seolah-olah jurujual Proton Bangi sebelah Petronas telah menipu saya. Tidak mengapa, saya pergi semula ke bilik pameran yang tidak mahu melayan kami pada hari Tahun Baru itu, dan jawapan keraninya, “Diskaun untuk Savvy, memang kami berikan RM7000,”.

Nampaknya, jari bersilang untuk Proton Bangi sebelah Petronas. Kebetulan jurujual Proton COE berada di Bangi, beliau menelefon saya untuk mendapatkan dokumen penting. Lantas saya pulang ke rumah, dan mencetak dokumen-dokumen yang saya boleh perolehi secara dalam talian. Saya ketemu beliau, dan menyerahkan dokumen berserta deposit tempahan RM100. (Yang mana bilik pameran Bangi sebelah Petronas sebut sebagai caj tempahan).

Restoran “terbaik dari ladang”!

Petangnya, saya menikmati hidangan yang enak di D’Limau Nipis, dan dengan selambanya menghantar mesej pembatalan tempahan kepada bilik pameran Bangi sebelah Petronas itu. Saya seorang yang mudah bersimpati, namun tidak patut jika saya mengorbankan RM2000 untuk simpati saya. Harus saya ingat, jurujual yang menipu saya itu boleh memperolehi ramai lagi pelanggan lain yang lebih berbaloi berbanding saya, kerana boleh membeli kereta yang lebih mahal daripada Savvy saya itu.

Saya menunggu tidak begitu lama untuk memperoleh Savvy saya, memandangkan urusan pengangkutan dari depoh Tanjong Malim ke bilik pameran, urusan kastam seterusnya JPJ boleh dikatakan pantas. Harus difahami bagaimana yang perlu dilalui para jurujual untuk memperoleh kereta baru, terutamanya di pasaran yang sengit sekarang, selain prosedur yang agak merumitkan walaupun semuanya sudah dalam talian.

Genap 20 Januari, saya memperoleh Savvy saya. Penumpang pertama adalah jurujual saya bernama Ridhwan Hadi. Penumpang kedua, teka sendiri. Pastinya Cik Husna Amira yang sangat chubby=P. Pada saya Uncle Ridhwan memang memahami kehendak pelanggan, mungkin kerana latihan yang diperolehi sebagai staf di COE yang pastinya menjadi tumpuan kerana ianya adalah ibu pejabat Proton sendiri.

Tahniah encik Ridhwan, kereta saya okey, Alhamdulillah dan syukur di atas nikmat rezeki kurniaan Allah.

Saya akan meneruskan dalam tajuk tulisan seterusnya: Apa yang bagus tentang Savvy?

Perkara ini, ambil perhatian:

1) Sikap jurujual Proton yang sesetengahnya menipu, harus dikekang demi penjagaan imej Proton sebagai sebuah syarikat kereta nasional. Ada juga jurujual yang bersikap “double standard”, jenis ini juga perlu diambil tindakan.

2) Jangan jadi seperti Kelapa Muda, mudah benar bersimpati walaupun rugi duit. Nasib baik ada D’Limau Nipis, bila makan sedap, tiada yang dapat menghalang saya daripada melakukan apa-apa🙂

3) Jangan jadi seperti Kelapa Muda (sekali lagi), tak sabar betul nak ambil kereta. Pening Uncle Ridhwan dengan pelanggan yang seorang ini🙂


Komen-komen»

1. norr shahila - Disember 7, 2010

salam awk..saya pun slah seorg penguna keta savy..bru je beli dlam 4 bln lbih la…keta terpakai..tp alhamdulilah kereta still dlm keadaan elok la..nak tnya la klau kita berenti di trafik light n kita x tukr kepada N..bleh ada msalah x pda sistem dia..lg 1 minyak itam yg elok tok keta jenama savy ni yg mana yg sesuai ek..

Firdaus Rosli - Disember 7, 2010

Hurm…kalau ikut panduan pengguna, pastinya lebih baik kita neutralkan gear di lampu isyarat, bagi tujuan penjagaan klac dan gear juga. Ini pastinya pengguna versi AMT bukan?

Minyak pelincir, mana-mana jenama pun bagus, cuma disarankan menggunakan semi sintetik atau sintetik sepenuhnya (misalnya Petronas Syntium).

2. proton - Januari 6, 2011

apa jua kenderaan apabila kenderaan berhenti hendaklah ‘Neutral’ atau Gear Bebas, ini kerana boleh memanjangkan jangka hayat transmisi kenderaan anda dan boleh menjimatkan poket, jika tidak ianya akan menyebabkan gangguan transmisi anda untuk jangka panjang agar tansmisi kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan lancar….

berkenaan dengan penggunaan minyak enjin, seeloknya kita perlu lihat kepada budget dan penggunaan kenderaan. sekira anda inginkan jangka hayat enjin lebih baik pada masa akan datang gunalah SEMI SINTETIK atau FULLY SINTETIK, jika buget anda kurang ‘selalu la…lebih baik minyak enjin yang biasa tapi kenala ikut tempoh servis..5000 KM sekali..semi-sintetik maksimum boleh pegi pun 10000km (walau mahal,ianya jimat dan bagus untuk penjagaan enjin. harga minyak yang bagus dan berpatutan ialah PETRONAS SYNTIUM, CASTROL manakala minyak fully sintetik yang baik ialah MOBIL 1…memang menjimatkan dari segi jarak perjalanan anda dan jangka hayat enjin anda…

3. abu bakar - Februari 6, 2011

best baca cerita pasal savvy ni… ramai gak yg kutuk… tp savvy is the most tough car made by proton… and trully saving your money…..

4. savvTHEbest - Mac 21, 2011

saya dah setahun guna savy (M) beli pd awal 2010 tapi model 2009 ( dis: rm7K).
puas hati (bangga) memiliki kereta yg org UK suka, cuma service kat proton rasa cam mahal jer tipa kali serv dalam RM 160 jer , major hampir RM 500 ohh! atau itu biasa ??

5. savvTHEbest - Mac 21, 2011

Firdaus Rosli – nak geng sebab sama minat savvy

6. neko - April 30, 2011

saya bercadang nak beli savvy tapi 2nd hand jelah.so nak tanye ape masalah yang selalu ada pada savvy

Cahaya - Februari 9, 2012

neko, kalau u nak tau try bukak website kereta Savvy….
saya dah guna keta ni 4 tahun dah……..yang aku tak tahan spare part terlalu mahal…menyesal gak beli keta ni…..tapi apa nak buat nk trade in orang dah tak mau dah keta nih….jual separuh hargapun tak laku…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: