jump to navigation

2 Tahun Pakatan Rakyat: Khalid hampir letak jawatan, dibadai isu lembu dan servis kereta. Mac 7, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengakui bahawa beliau hampir meletakkan jawatan Menteri Besar apabila dilanda isu sumbangan lembu korban di Masjid Bandar Tun Razak sempena Aidiladha 2008, serta kontroversi penyelenggaraan kereta Toyota Harrier WQR 779 milik beliau.

Banyak lagi dugaan yang dihadapi beliau sepanjang menduduki kerusi Menteri Besar, antaranya pembelotan ADUN Pelabuhan Klang, penyebaran gambar salah seorang Exco, Elizabeth Wong, kegagalan usaha pengambilan syarikat-syarikat bekalan air dan juga kes Teoh Beng Hock.

Menurut Khalid lagi, jumlah pegawai SPRM di negeri Selangor jauh lebih ramai berbanding negeri-negeri lain. Ini menggambarkan tumpuan terhadap negeri Selangor, yang dianggap sebagai negeri paling kaya di Malaysia dengan jumlah penduduk paling ramai. Jadi penempatan ramai pegawai memang dilihat bertepatan, dan boleh juga membantu dalam usaha mengurangkan gejala rasuah di negeri Selangor.

Namun, tumpuan kepada kes-kes terpilih sahaja, memang menggugat para wakil rakyat di Selangor, yang mana perkara ini yang dikecam hebat oleh para penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya selepas pelbagai penyelewengan kerajaan Khir Toyo didedahkan satu-persatu oleh Selcat yang beroperasi di bawah Dewan Negeri Selangor.

Tetap tabah walaupun dihambur kata kesat oleh segelintir yang kononnya "pembela Islam", yang langsung tiada sahsiah orang Islam.

Sehingga kini, Pakatan Rakyat di Selangor dan Khalid masih bertahan selama 2 tahun walaupun dilanda pelbagai dugaan. Keterbukaan dalam menghadapi isu berbangkit, malangnya telah disambut dengan pendekatan “ala gangster” oleh sebilangan golongan anti-Pakatan, yang menggunakan kekerasan dan bahasa kesat dalam forum dan perbincangan yang diadakan. Mereka yang dahulunya berkata demonstrasi bukan budaya, kini begitu kerap berdemonstrasi membantah hampir setiap yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Provokasi dan kekasaran sedemikian mungkin telah menarik sokongan sebilangan orang Melayu yang kabur pandangannya terhadap perjuangan bangsa, dan beranggapan bangsa mengatasi segalanya. Namun, ramai yang sudah kenal belang sebenar UMNO dan BN di negeri Selangor, yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan bertopengkan perjuangan bangsa. Mereka sanggup memecahbelahkan perpaduan sedia ada, demi mencapai matlamat untuk mendapatkan kuasa, ramai rakyat Selangor yang tahu akan perkara itu.

Kunci yang memberi kegembiraan kepada rakyat yang ditipu oleh kerajaan BN terdahulu, yang membutakan mata dan memekakkan telinga daripada rintihan mereka, mangsa rumah terbengkalai.

Dengan kebijaksanaan pengurusan ekonomi dan pentadbiran, seluruh rakyat Selangor menjadi pemegang saham negeri, yang memperoleh manfaat serta keuntungan daripada polisi mesra rakyat yang telus lagi efektif. Projek-projek perumahan terbengkalai dihidupkan semula, bantuan diberikan kepada pelajar cemerlang dan keluarga miskin, serta infrastruktur dinaiktaraf dengan kos yang lebih rendah berbanding pentadbiran terdahulu yang begitu sarat dengan pembaziran.

Bunyinya seperti pujian melambung, namun hakikat sebenarnya Selangor semakin cemerlang, walaupun ekonomi negara mengalami kemelesetan sepanjang tahun lalu. Peluang-peluang kerja diwujudkan, warga yang terjejas pula diserapkan dalam program pekerjaan semula dengan skim-skim latihan yang turut diadakan. Semuanya dengan usaha kerajaan Selangor dan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan Persekutuan, dalam satu hubungan mesra di sebalik perbezaan politik yang menebal.

Diharapkan Selangor juga dapat menjalankan program-program bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain, seperti kerjasama ekonomi, dan perkongsian kepakaran dalam pentadbiran, yang begitu ditagih oleh kerajaan negeri seperti Kedah dan Kelantan yang memerlukan usaha lebih gigih untuk berada setaraf dengan negeri-negeri yang lebih maju.

Diharapkan usaha cemerlang ini berterusan, dan Khalid Ibrahim bakal memahat nama sebagai Menteri Besar Selangor paling cemerlang, dan bertahan lebih lama di sebalik persekitaran politik Malaysia yang kian mencabar dan sukar dijangka. Kami warga Selangor menyokong usaha-usaha anda demi kebajikan seluruh rakyat negeri Selangor.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: