jump to navigation

MRSM Langkawi, apa sudah terjadi? Mac 14, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Menurut sumber yang saya perolehi, iaitu laman BeritaSemasa.com, dikeluarkan senarai kedudukan 10 sekolah-sekolah terbaik Malaysia, dan juga senarai satu lagi yang berasingan, iaitu senarai 10 MRSM terbaik.

Sekolah indah, dengan kenangan terindah =)

Harus saya katakan, biar bagaimana pun pengalaman saya selaku bekas pelajar MRSM Langkawi, saya pastinya berbangga dan ingin melihat sekolah saya yang tercinta memperoleh pelbagai lagi kejayaan demi kejayaan.

Untuk pengetahuan, semenjak peperiksaan SPM tahun 2002, sekolah kami mula mencipta kegemilangan, selain diletakkan antara 4 MRSM Program Khas Pembelajaran (PKP) yang pastinya diberikan perhatian maksima oleh MARA demi memastikan ketahanan dan keutuhan prestasi.

Semenjak tahun 2002, para senior kami mengungguli 3 tempat teratas antara MRSM (kecuali tahun 2005: tempat ke-4) setiap peperiksaan SPM. Kumpulan kami seramai lebih kurang 313 pelajar (batch paling besar dalam sejarah MRSM Langkawi) memperoleh tangga ke-2 untuk peperiksaan SPM 2006, di belakang MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin.

Prestasi SPM 2007 dan 2008 turut menyerlahkan lagi kejayaan MRSM Langkawi, dengan mengekalkan kedudukan antara teratas.

Namun tidak bagi kali ini. SPM 2009 menyaksikan MRSM Langkawi jatuh ke tempat ke-8 antara MRSM SeMalaysia, kedudukan terburuk dalam sejarah.

Mungkin sebilangan rakan pembaca tidak akan merasa sebarang kesedihan, memandangkan anggapan bahawa menduduki tempat 10 teratas masih satu pencapaian. Namun bagaimana rasanya jika sudah biasa berada di tempat 3 teratas, tiba-tiba terperosok jatuh ke tempat ke-8.

Copacabana, pantai tempat rakyat Brazil bersuka ria.

Keadaan sedemikian, adalah seumpama pasukan Brazil tewas, walaupun di Pusingan Kedua bola sepak Piala Dunia, walaupun jika itu berlaku, Brazil masih antara 16 pasukan terbaik dunia. Pastinya jurulatih akan dipecat, skuad akan dirombak, dan paling penting rakyat Brazil akan turun ke jalanan untuk berdemonstrasi, pasti pantai Copacabana dilitupi kesedihan selama 7 hari 7 malam. (Seingat saya paling teruk pun Brazil akan memasuki Suku Akhir setiap kali Piala Dunia FIFA.)

Berdasarkan pengalaman saya selaku pelajar selama 2 tahun di MRSM Langkawi, berikut merupakan pemerhatian saya kepada perjalanan operasi MRSM Langkawi, yang akan menceritakan masalah yang dihadapi pelajar dan guru-guru di sana.

1) Jarak yang terlalu jauh dengan tanah besar.

Bas mana-mana MRSM rekaannya semuanya sama, kecuali MRSM PDRM Kulim, yang menggunakan bas milik PDRM.

Sebagai satu-satunya MRSM yang berada di seberang laut Selat Melaka, MRSM Langkawi punya masalahnya yang tersendiri. Bas rasmi maktab selalunya akan berpusat di Jeti Kuala Perlis, memandangkan pelbagai acara yang diadakan di tanah besar Semenanjung.

Jadi kepada kami yang di sini, setiap perjalanan lawatan terpaksa meminta khidmat daripada Kenderaan Bas Mara yang juga perlu menumpukan kepada pelanggan yang membayar, selain pihak agensi-agensi kerajaan yang perlu didahulukan daripada kami yang hanya pelajar yang mahu mengembara di pulau yang indah, Langkawi Pulau Mahsuri (sengaja saya berikan gelaran sedemikian, penghormatan kepada sekolah jiran kami SMK Mahsuri, yang mana saya ada kenangan tersendiri).

2) Kesukaran memperoleh tenaga pengajar yang sanggup bertahan lama.

Di kala pelbagai sekolah hebat mendapat pelajaran bahasa asing seperti Mandarin, Jepun dan Perancis, kami di Langkawi tidak dapat memperolehinya walaupun pelbagai tawaran cuba ditaburkan kepada guru-guru yang berminat. Masalah itu belum lagi dicampurkan dengan barisan guru yang bertukar ganti, terutama selepas mereka mendirikan rumah tangga, yang mana kos amat besar diperlukan untuk setiap perjalanan jauh menggunakan feri mahupun kapal terbang, beban besar untuk musim perayaan.

Ada ibu bapa yang tidak mahu membesarkan anak di Langkawi, kerana dikatakan anak tidak dapat berkembang di persekitaran pulau, selain para remaja dan kanak-kanak Langkawi yang dikatakan lebih sosial berbanding tempat lain. Akhirnya golongan sebegini berpindah, dan yang masih kekal pula cuba sedaya upaya untuk memperoleh peluang untuk keluar daripada pulau yang terpencil itu.

3) Kos hidup yang mahal di Langkawi.

Untuk membeli pelbagai keperluan asas di Langkawi, harganya memang agak tinggi berbanding tanah besar kerana kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung. Keadaan ini turut mempengaruhi kualiti makanan di Dewan Selera, yang mana kontraktor makanan terpaksa menjadi lebih kreatif bagi menampung kos penyediaan makanan bagi memastikan keuntungan, di kala jumlah peruntukan setiap pelajar sama sahaja dengan MRSM di tempat lain yang kosnya tidak tinggi sedemikian rupa.

Tentang pengangkutan pula, hanya teksi yang boleh diharapkan, yang mana pelajar seperti kami dapat menjimatkan perbelanjaan untuk bergerak jika naik beramai-ramai. Sebuah teksi van boleh memuatkan 10 penumpang, dan mengenakan RM2 seorang untuk perjalanan sedekat MRSM Langkawi ke BSN cawangan Langkawi, tempat kami mengeluarkan wang yang dihantar oleh keluarga. Untung jadi pemilik teksi Langkawi? Saya rasa sebenarnya tidak, kerana kunjungan pelancong yang terjejas teruk, dan kewujudan terlalu ramai pengusaha teksi dan bas persiaran.

Jika tiada telefon bimbit untuk diseludup ke asrama, kemudahan yang ada hanyalah telefon awam yang amat cekap dalam menghabiskan syiling atau Kadfon RM10 kepada sifar baki dengan kadar rata 25-50 sen seminit. Bandingkannya dengan DiGi Campus, Hotlink Youth Club dari Maxis, mahupun Celcom U.O.X. Nampaknya Telekom Malaysia meraih pendapatan amat besar dari kami, sehingga boleh menaja Manchester United pula sekarang.

4) Kekurangan peluang untuk mengembara Pulau Langkawi, dan juga untuk hiburan.

Larangan mandi pantai atau air terjun, selain kos mahal, mengekang kami daripada memanfaatkan keindahan pulau Langkawi untuk dinikmati. Ditambah lagi dengan persekitaran dikelilingi bukit dan buku, dan kesukaran perhubungan. Tambahkannya lagi dengan kesukaran memperoleh hiburan apabila jarangnya siaran TV dibuka, tayangan filem DVD sekali sekala setiap malam Jumaat. Kepada yang tidak dapat bertahan, pasti tidak sabar untuk keluar. Kepada yang bertahan, pastinya bersorak gembira pada hari terakhir peperiksaan SPM.

Batch kami sangat besar, 313 orang. Sukar untuk dibawa berjalan. Kem pembelajaran terpaksa dibuat dalam 3 fasa, satu fasa untuk lima kelas. Jumlah kelas yang ada ialah 15, saya berada di kelas bernombor 14, namanya 5 Selenium. Teringat Head & Shoulders dan Selsun Blue yang kaya dengan Selenium Sulfat yang melebatkan rambut yang hampir botak suatu ketika.

Pelbagai mekanisme kreatif harus diambil oleh MARA untuk memastikan kewujudan sebuah MRSM di sebuah pulau terpencil, terus membawa hasil yang bermanfaat kepada MARA, bangsa Melayu khususnya, dan juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saya kerja di McDonald's, AGS itu kependekan untuk Ayam Goreng Spicy. Mungkin Nizar suka makan ayam McDonald's ya? Hihi..

Saya sedang memikirkannya sementara bersugul memikirkan masa depan sekolah tercinta, sambil menikmati Ayam Goreng Spicy dari McDonald’s, bersama Husna Amira tercinta, bekas pelajar MRSM Pasir Salak.

(Untuk perhatian, MRSM Pasir Salak #6, buat pertama kalinya dalam sejarah, berada di ranking lebih tinggi dari MRSM Langkawi. Ketawalah sepuasnya ya Husna! )😦

Komen-komen»

1. shafifah - Mac 15, 2010

1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

2. batch elevation 09/10 - April 11, 2010

kami plajar mrsm lngkawi dis year insya-allah akn ulang balek kjyaan yg batch snior yg dlu pnah buat.doakn kami..

S - Disember 11, 2010

insyaallah, kami akn lakukan yg terbaik utk MRSM Langkawi. Doakan batch kami, amin.

3. Mohammad Asyraf Md Yusoof - September 3, 2010

Selaku batch pertama ambilan 1999 saya doakan junior2 sekalian mampu meraih kembali kejayaan2 yang para pioneer & senior telah usahakan. No pain no gain! No guts no glory!

4. ELEVATION 09/10 - September 6, 2010

kami janji akan buat yang terbaik dan sehabis baik untuk mrsm langkawi !! kami tak janjikan kejayaan sebagaimana yang anda semua pernah lakukan dulu tapi kami menjanjikan usaha yang tak berbelah bahagi demi mencapai cita2 tersebut .

5. batch 2009 - September 9, 2010

haram tul la… korang xpela…bdak pkp…kitorang bdak biase jer

S - Disember 11, 2010

jgnlah marah.
knp hampa x wat btul2 time SPM dulu.
dahlah lupakanlah sume tu. jadikannya sbg pengajaran dlm hidup.

6. bOss Teacious(firdaus) - September 9, 2010

sdey nyer….32 kepada 8 …2 dh ckup baik utk kami tenacious….come on tenacious…yg lps 2 kita jadikan sempadan…marilah sama kita berganding bahu,mantapkan iman dan betulkan niat untuk berjaya dlm hidup masing2….kepada junior ku,buktikanlah bahawa batch elevation boleh lakukan…

7. Muhammad Hafizuddin - September 10, 2010

HEH! xder kaitan ngan ak langsong!

8. sumpah ak hebat!!(ctan 08/09) - September 10, 2010

qdisebabkan pihak atasan mahukan eksperimen..batch kami dipndang rendah..disebabkan kami di pndang rendah kami tiada keyakinan..disebabkan tiada keyakinan..prestasi mktb mrudum..sedangkan pucuk pangkalnya bukan salah kami..tetapi kami yg dianak tirikan,,mktab laen mnggelar kami tikus eksperimen..sedangkan bkan kemahuan kami…jadi sapa yg perlu disalah kan??kalau masih buta..xtawlah..hmm..

9. budak maktab - Oktober 16, 2010

heh,statement dan juga isi kandungan blog ini saya begitu setuju,
insyaAllah kami batch sixcess(PMR 2010)
akan dptkan rank yang baik utk MRSM Langkawi. 🙂

10. shawn tenacious... - Oktober 21, 2010

ala duniawi jer suma nie….korang tahu x yang aku ‘didera’ habis-habisan…. kalau salah sikit…mesti bandingkan kami dngan batch dulu… korang xpala..masuk dulu…dah dengan flying colour result…kami lainla…tapi kamu x mahu mengenang nasib lalu…so kami tlah melakukan anjakan pardigma…iaitu drpd second last drpd mrsmMlaysia ke no 8….x cukup ka dengan apa yang kami bagi tu?

11. Megat Mohd Faris - November 18, 2010

salam..sy ex-stud mrsm langkawi..6th batch(SPM 2005)..tahun ni pulun balik..biasala suma benda ada naek turun..kalu kita xturun sapa nak naek atas..haha..tp xpa..pulun balik..bolos balik rank 1st tu form 5 present batch..y’all can do it…

12. Xth Lover - Disember 12, 2010

setiap prkra dlm dunia nyh ad trun naeknya..
snang utk mncpta kejyaan, tp bkn mdah utk mngekalknnya.. tmbahn stiap tindakan sering dbanding2kan…
persoalannya:
apakah perasaan anda jika brada dtmpat kami?

13. nureez - Disember 15, 2010

assalamualaikum….
sy plajar dr perak memohon masuk ka mrsm lgkawi…
boleh citer skit psl mrsm lgkawi???
hanya sbgai psediaan skiranya sy ditrima di sana nnti

14. Megat Mohd Faris - Disember 18, 2010

waalaikumussalam…mrsm lgkawi ni memang bagus..environment suma ok..cikgu2 bagus…tringat balik time2 dulu…dulu n sekarang sama ja..tetap the best lah..tapi apa2pun suma dtg dari diri kita..Insyaallah..niat tepat, kejayaan pasti dapat..

15. Batch 6 MRSM Langkawi - Januari 18, 2011

Berita dari MRSM Beseri.

Ranking MRSM in SPM 2005
1) MRSM Jasin
2) MRSM Taiping
3) MRSM Langkawi
4) MRSM Beseri

Source: http://groups.yahoo.com/group/anseri/message/22229?var=1

16. Ex-MRSM - Mac 1, 2011

Xlama lg result SPM 2010 akan keluar. Harap2 result MRSM Langkawi bertambah baik.🙂

MRSM Langkawi= Brazil?
Amat xsesuai perumpaan tu. MRSM langkawi masih baru lagi jika nak compare dgn MRSM lain. Lain la seperti Jasin, Taiping & PC. So nilai2 legendary mcm Brazil tu xde.
Mungkin boleh compare mcm rep. chech, Slovakia etc (good team but still new).

17. renin - Mac 8, 2011

helo,batch 2009 mrsm langkawi bukan bitara lah. batch 07 merupakan batch bitara terakhir, dan batch terbesar, 328. batch 08 still berjaya dapat num 1 malaysia walupun bukan bitara, tp bukan batch 09. tahun 2010, status bitara sudah diberikan semula ke mrsm langkawi. jangan tanye saye kenape,

18. syouqz - Mac 23, 2011

asssalamualaikum..saya ex student MRSM Langkawi batch 2007..infeineight…kepada adik2…usah gusar..kami senior akan sentiasa menyokong MRSM Langkawi..kami sedar pelbagai dugaan ditimpakan oleh MARA sendiri selepas kejayaan batch kami..well..insyaAllah..senior2 batch 2007 sedang merancang untk pergi ke MRSM Langkawi utk membakar semangat adik2..masih dlm plan tp xjanji sbb ssh nk berinteraksi dgn students yg bergelimpangan seluruh dunia ni..doakan kedatangan kami..hehe…

19. Aina Sabreena (@Aina_Sabreena) - September 12, 2011

eh,sy nk tnye ni sbb sy nk mohon masuk MRSM Langkawi~betul ke aunty sy ckp mrsm ni 1 bilik 2 org~then ade swimming pool~betul ke?!kalau nk reply saya,reply kt ainasabreena!gmail.com🙂

20. FsZ - November 29, 2011

ambo raso hepi lerrrrr duk mrsm langkawi…………arap2 dapat duk mrsm langkawi lerrrr selama 5 thn……huhuhuhuhu……….doakan saya……….agar berjaya di akhirat dan di dunia………all the best……

21. azrul - Januari 20, 2012

Saya dapat mrsm langkawi…Bley cita apa yg special kat sini

22. nur auni syazwina - Januari 24, 2012

mrsm lagkawi ni skola terbaek ke ?? pastu klo nk masuk brape a ?? 5a je ke 4a1b??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: