jump to navigation

Persamaan: 1Malaysia dan One Israel Mac 23, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Semenjak Malaysia memperoleh Perdana Menteri ke-6, Najib Razak, sebuah gagasan telah dibentuk bagi menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan beliau, dengan prinsip Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Keberkesanan gagasan ini belum dapat dibuktikan lagi, memandangkan usianya yang masih muda, baru sahaja mencecah usia setahun.

Pada majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama Anwar Ibrahim di kediamannya di Bukit Segambut pada Ramadhan lalu, beliau ada menyebut nama sebuah firma iaitu APCO Worldwide yang dikatakannya sebagai memainkan peranan dalam merencanakan gagasan 1Malaysia Najib.

Bermulanya sesi perbahasan Parlimen bulan ini, Anwar mendedahkan perkara tersebut dengan disambut oleh kritikan hebat daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional serta penafian daripada APCO Worldwide mengenai peranannya dalam gagasan 1Malaysia dan One Israel.

Di bawah, terjemahan dari laman web APCO Worldwide.

____________________________________________________________

APCO Responds to Statements Made in Malaysian

Parliament

Respons APCO kepada kenyataan dibuat di Parlimen Malaysia

Kuala Lumpur (March 18, 2010) – In the course of Parliamentary debate in Malaysia on March 17, 2010, inaccurate statements were made regarding APCO Worldwide and its role in Malaysia, as well as its work, past and present, in relationship to other governments.

Kuala Lumpur (18 Mac 2010) – Merujuk kepada debat Parlimen di Malaysia pada 17 Mac 2010, kenyataan kurang tepat telah dibuat mengenai APCO Worldwide dan peranannya di Malaysia, termasuk tugasannya, masa dahulu dan semasa, dalam hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain.

In 2009, the Government of Malaysia retained APCO, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.

Pada 2009, Kerajaan Malaysia mengekalkan APCO, sebuah syarikat komunikasi strategik antarabangsa dengan 29 pejabat seluruh dunia, untuk membantu membuat penilaian terhadap kemampuannya untuk berkomunikasi menerusi media baru. APCO juga telah diminta membantu kerajaan Malaysia dengan berkongsi perkembangan terkini komunikasi strategik yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. APCO is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.

Tugas APCO juga termasuk sokongan komunikasi terhadap pelbagai inisiatif perubahan oleh kerajaan Malaysia, terutama dari segi mewujudkan peluang kerja, mempromosikan pendidikan, dan mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. APCO amat berbesar hati diberikan peluang membantu kerajaan dalam tugas penting ini.

However, contrary to statements made in Malaysia’s Parliament, 1Malaysia was conceived of by the Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak prior to the government of Malaysia retaining APCO. APCO had no role of any kind in creating the 1Malaysia concept, which was fully formed, and made public, prior to APCO’s engagement.

Walau bagaimana pun, berbeza dengan kenyataan dibuat di Parlimen Malaysia, 1Malaysia telah digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum kerajaan Malaysia mengekalkan APCO. APCO tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, yang telah dibuat sepenuhnya dan didedahkan kepada umum, sebelum penugasan APCO.

It is also incorrect that APCO represented the Government of Israel or Israeli Prime Minister Ehud Barak as has been alleged in Malaysia’s Parliament. At no time has APCO been involved with a public relations campaign relating to a “One-Israel” concept. The statement in Malaysia’s Parliament that APCO was involved in such a campaign is false.

Yang juga kurang tepat, bahawa APCO mewakili Kerajaan Israel atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak seperti dituduh di Parlimen Malaysia. APCO tidak pernah terlibat dalam kempen perhubungan awam berkaitan konsep “One-Israel”. Kenyataan di Parlimen Malaysia bahawa APCO terlibat dalam kempen sedemikian adalah tidak benar.

APCO is proud of its work over the past 25 years providing strategic communication services to many governments, including the Government of Malaysia. APCO has also provided services to many of the world’s leading companies and to international institutions such as the World Bank, United Nations, the European Commission and ASEAN, among others.

APCO berbangga dengan hasil kerja selama 25 tahun memberikan perkhidmatan komunikasi strategik kepada pelbagai kerajaan, termasuk Kerajaan Malaysia. APCO juga telah memberikan perkhidmatan kepada banyak syarikat utama dunia dan juga institusi antarabangsa seperti Bank Dunia, Pertubuhan Negera-Negara Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN, antaranya.

___________________________________________________________

Juga dari laman web APCO Worldwide, yang menguatkan lagi perkaitan antara APCO dengan Israel:-

APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges.

APCO Worldwide di Tel Aviv membantu pelanggan mengharungi arena perniagaan antarabangsa dan peraturan yang kompleks di Israel. Kami juga membantu syarikat multinasional dalam memahami keadaan politik dan perniagaan Israel yang unik, yang beroperasi dalam persekitaran dinamik dan menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran.

Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.

Pasukan kami menawarkan pelanggan, jenis-jenis perkhidmatan yang komprehensif. Pemahaman kami terhadap pasaran tempatan termasuk kepakaran antarabangsa memberikan pelanggan kelebihan yang penting dalam mencapai objektif perniagaan mereka.

Key services include:

Perkhidmatan utama termasuklah:

  • market entry (kemasukan pasaran):
    With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.

Dengan pejabat-pejabat di hub-hub perniagaan dan politik dunia, APCO di Tel Aviv membantu syarikat Israel yang berkembang pesat dalam memastikan pelancaran yang lancar di pasaran baru. Ini termasuk penilaian teliti terhadap struktur peraturan, peluang kerjasama dan pasaran berpotensi, serta khidmat nasihat dalam struktur pelaburan yang tepat.

  • corporate responsibility (tanggungjawab korporat):
    The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.

Pejabat Tel Aviv dikenali sebagai salah sebuah firma peneraju tanggungjawab korporat dan membantu klien dalam membangunkan program-program alam sekitar, sosial dan pentadbiran.

  • issues management (pengurusan isu):
    Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.

Mengambil manfaat zon waktu Israel dan keupayaan bertutur pelbagai bahasa, kami memberikan pelanggan APCO di seluruh dunia dengan pemantauan media, kajian pasaran dan perkhidmatan analisis isu.

  • Jewish community networking (pembinaan rangkaian komuniti Yahudi):
    APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.

Pejabat APCO Tel Aviv membantu pelanggan mengharungi dunia Yahudi. Staf kami memiliki pengalaman luas dan hubungan erat dengan organisasi utama Yahudi dan Israel dengan kewujudan di peringkat global. Kami menawarkan pemahaman komprehensif terhadap hubungan awam Yahudi dan membantu klien membuat hubungan yang tepat dan menyampaikan mesej secara kreatif dan efisien kepada pelanggan dan komuniti Yahudi seluruh dunia.

_________________________________________________________________

Jika anda ingin mengetahui siapakah ahli-ahli majlis penasihat antarabangsa APCO Worldwide, boleh sahaja anda klik pautan ini.

Antara ahli-ahlinya:-

Elliott Abrams

Bekas Timbalan Pembantu kepada Preisden dan Timbalan Penasihat Keselamatan bagi Strategi  Demokrasi Global di bawah pentadbiran George W. Bush.

Doron Bergerbest-Elion

Bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan, serta pegawai keselamatan tertinggi di Agensi Keselamatan Israel.

Itamar Rabinovich

Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat, bekas Presiden Universiti Tel Aviv.

Shimon Stein

Bekas Duta Israel ke Jerman, bekas menteri dan pengarah Jabatan Kawalan Senjata dan Gencatan Senjata untuk Kementerian Luar Israel di Jerusalem.

________________________________________________________

Nampaknya memang ramai tokoh Yahudi yang terlibat dengan APCO yang diberi tugas “membantu” transformasi kerajaan. Mengapakah peluang sedemikian tidak diberi sahaja kepada anak tempatan?? Trauma mendengar istilah “Budak Tingkat Empat”? Nilaikanlah sendiri bagaimana anak tempatan terpinggir dalam mentransformasi negara sendiri.

Bukankah 1Malaysia itu juga melibatkan transformasi dalam kerajaan? Peyokong 1Malaysia pasti tidak lupa dengan isi gagasan yang disokong sendiri. Nampaknya memang jelas sekali ada kaitannya dengan pembabitan APCO.

Saya tidak begitu pasti dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyamakan 1Malaysia dengan One Israel. Mungkin juga, beliau boleh menggunakan isu terbaru ini sebagai satu modal politik.

Namun, dengan terdedahnya isu ini, terdedahlah juga pekung kerajaan Najib, yang jelas sekali bergantung kepada bantuan asing dalam melakukan perubahan ke atas kerajaan yang dipimpinnya. Dari situ sahaja, aspek utama 1Malaysia telah dilanggar sendiri oleh beliau. Masihkah ada “Rakyat Didahulukan”??

Gambar terbaru daripada Facebook Anwar Ibrahim, beliau bersama Al Gore, bekas naib presiden Amerika Syarikat yang kini aktif dalam usaha mengekang pemanasan global.

Nampaknya jika ada yang berkata Anwar Ibrahim mengikut telunjuk asing gara-gara bersahabat dengan Paul Wolfowitz (dan pernah bertekak dalam soal perang Iraq dan Afghanistan), bagaimana pula dengan Najib yang terang-terangan berada di bawah telunjuk orang-orang asing tersebut? Nilaikannya sendiri para penyokong 1Malaysia.

___________________________________________________________

Sekadar tambahan, saya juga menemui dua laman web ini untuk dikaji persamaannya.

1) Yayasan 1Malaysia

Yayasan 1Malaysia (Y1M) adalah sebuah yayasan bebas, bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan khusus untuk membangun, menyokong dan menerajui kegiatan dan program yang akan melibatkan semua rakyat Malaysia dalam usaha ke arah mencapai perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia.

Yayasan ini ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang sealiran berminat untuk melihat konsep 1Malaysia, yang dipandu oleh Perlembagaan Persekutuan menjadi tunjang kepada kehidupan semua rakyat Malaysia.

Y1M diketuai oleh Chandra Muzaffar, yang kini aktivis bebas selepas keluar daripada parti KeADILan. Setakat yang saya lihat, Yayasan 1Malaysia jelas sekali tidak dipengaruhi oleh sebarang motif politik. Pandangannya bebas, dan sesekali berbeza dengan pandangan kerajaan sedia ada.

2) One Israel Fund

One Israel Fund works to fill the gaps in essential security, medical, educational and social services that are conspicuously lacking in YESHA, as well as providing much needed support to the families who were expelled from their homes in the summer of 2005. Whether we build schools, install playgrounds, or provide life-saving security systems, we are committed to the modern-day pioneers who call YESHA their home.

One Israel Fund bertujuan untuk mengisi ruang keselamatan asasi, perubatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial yang jelas sekali kurang di Yesha, termasuk sokongan kepada keluarga Yahudi yang dihalau dari rumah mereka pada musim panas 2005. Kami membina sekolah, taman permainan, dan sistem keselamatan untuk menyelamatkan nyawa, kami komited kepada peneraju zaman moden yang menggelarkan Yesha rumah mereka.

Yesha merujuk kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, yang mana turut dianggap sebagai sebahagian wilayah asal Israel yang telah ditawan oleh tentera Mesir dan Jordan pada Perang Arab-Israel 1948 dan Perang Enam Hari pada 1967, yang kini berada di bawah pentadbiran Palestin.

Nampaknya turut ada persamaan antara dua yayasan ini, untuk membantu dalam pembinaan negaranya masing-masing. Diharapkan idea Yayasan 1Malaysia bukanlah datang daripada APCO juga ya.

_____________________________________________________________

Kesimpulannya, bukan sekadar Anwar perlu menjawab di Parlimen mengenai kenyataan perkaitan 1Malaysia dan One Israel, malah Najib juga perlu menjawab kepada rakyat tentang perbelanjaan dan justifikasi pemilihan APCO yang jelas sekali melanggar konsep yang beliau rangka, iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Lagipun, ramai siswazah kita yang memperoleh kelulusan dalam bidang Komunikasi Massa, malah kita ada wartawan-wartawan serta pengamal media berkaliber yang bekerja di dalam dan luar negara, mengapalah APCO juga yang menjadi pilihan?

Anwar sendiri tidak pun menyalahkan pemilihan tersebut oleh Najib, cuma beliau tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau seorang yang pro-Barat walaupun dalam banyak keadaan, beliau tidak sehaluan dengan para pemimpin dari Barat, dan tegas dengan pendirian yang beliau tegakkan dalam isu-isu antarabangsa.

Jika Anwar ejen Barat, kita harus katakan bahawa Najib di bawah telunjuk Barat. Okey tidak?

Komen-komen»

1. Nani Cheras - Mac 23, 2010

Sila Wiki ‘1Malaysia’ dan ‘One Israel’, tujuannya berbeza.

Firdaus Rosli - Mac 23, 2010

1Malaysia – menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di bawah satu kepimpinan oleh PM Najib Razak.

One Israel – menyatupadukan seluruh rakyat Israel dalam kempen pilihanraya untuk menyokong Ehud Barak.

Memang nampak beza di situ, namun persamaannya jelas sekali ketara. Namun tiada masalah kerana konsep 1Malaysia itu memang bagus.

Tapi boleh tolong jawabkan kepada saya mengapa APCO yang dilantik, bukan daripada syarikat milik anak tempatan? Lagipun pasti saudari sudah baca siapa yang menjadi lembaga penasihat APCO.

2. perantau - Mac 23, 2010

Bilakah lagi kita semua satu hati? bilakah lagi keamanan akn dikecapi?bilakah lgi islam akn dijulang tinggi?bangunlah wahai ummah kita satu hati..(lirik lgu nasyid ‘satu hati’) hehe sorry comment xde kne mengene kot.sje nk msuk line😉

3. Rivelino Carter Moinin - April 5, 2010

syabas DSAI kerana membongkarkan segala penipuan najib dan 1malaysia selama ini. dan hrp2 banyak lagi akan dibongkar menjelang PRK Hulu S’gor pd 25 april. najib kena lantik apco utk jadi PR consultant nya kerana nak guna mereka utk money laundering hsl cukai m’sia ja. rugi btl pegawai PTD tdk digunakan sepenuhnya dlm program PR M’sia. membazirkan wang rkyt. apapun, PR harus memilih calon yg benar2 berkualiti pd PRK di Hulu S’gor dan PRU-13 yg akan dtg. calon terpulang kpd pimpinan PR pusat utk menentukan. Majoriti org2 Sabah sdg meninjau dan menunggu apa yg akan berlaku di Semenanjung, dan virus utk merobah umno/bn sdg bergelora… sempena Hari Paska di Sabah, org2 Kristian dan agama lain d Sabah ingin mengucapkan agar Pakatan Rakyat harus mng di Hulu Selangor.

4. Shamsul Bahrin - April 24, 2010

hm…mcm2 brand and keep branding dah Malaysia ni sejak dulu… Bersih, Cekap Amanah… Islam Hadhari… ni 1 Malaysia pulak…. Dasar Ekonomi pun byk… Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan Negara… New Economic Model…lepas ni apa lagi….?

Jgn ckpla… setiap kali branding and rebranding ni… sapa yg berani cakap xde dpt khidmat agensi2 consultant yg terdiri dr kaum yahudi ni terlibat?

Isu 1 Malaysia or One Israel x de kena mengena… Tp…

1. Kenapa dah lebih 50 thn MERDEKA pun still nak pakai APCO? Lembab sgt ke otak anak2 Malaysia yang ada skang nih sampai percaya dgn org lain?
2. Sapa nak tanggung kos consultancy tu? Kalau Najib tanggung sendiri boleh la jd HERO 1 Malaysia… tp kalau guna wang negara…?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: