jump to navigation

Iceland jadi perhatian lagi. Kali ini, gunung berapi. April 21, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Selepas meraih perhatian antarabangsa dengan kebankrapan bank-banknya yang bersaiz lebih besar daripada ekonomi Iceland sendiri, kini sebuah gunung berapi di sana telah menjadi punca kepada kekecewaan ramai pengembara yang terkandas di lapangan-lapangan terbang.

Gunung berapi Eyjafjallajokull meletus, mengeluarkan banyak debu-debu yang tersebar ke seluruh benua Eropah, lantas memaksa pihak kawalan trafik penerbangan membatalkan banyak penerbangan antara benua dan intra-benua.

Tindakan tersebut adalah perlu untuk mengelakkan risiko kerosakan enjin yang boleh menyebabkan pesawat terhempas. Peristiwa sedemikian pernah berlaku pada 1982, di mana sebuah pesawat British Airways kehilangan kuasa pada keempat-empat enjinnya selepas melalui kepulan awan gunung berapi di Lautan Hindi.

Dalam usaha untuk menghidupkan perjalanan udara di Eropah, Eurocontrol, agensi kawalan penerbangan di sana telah membahagikan ruang udara di Eropah kepada zon-zon tersendiri. Manakala syarikat penerbangan KLM Belanda telah berjaya dalam siri-siri penerbangan ujian, lantas telah memulakan penerbangan ke New York, Shanghai dan Dubai dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol.

Namun, ini hanya sebahagian daripada jumlah sebenar penerbangan di Eropah yang tergendala, iaitu 27,000 penerbangan sehari. Jumlah pesawat yang terbang di benua Eropah pada hari Isnin, 19 April 2010 baru sahaja pada tahap sepertiga daripada jumlah asal, iaitu 9000. Manakala untuk Selasa, 20 April, dijangka separuh daripada jumlah asal penerbangan akan berlepas daripada lapangan-lapangan terbang di Eropah.

Diharapkan, pemulihan ini akan berterusan, agar industri penerbangan dapat keluar daripada kerugian yang dijangka untuk tahun ini, dan juga kerugian tambahan AS$250 juta untuk setiap hari penutupan ruang udara.

Masih ada aktiviti letusan gunung berapi di Eyjafjallajokull, yang mana aktivitinya makin meningkat, dan juga boleh mengaktifkan sebuah gunung berapi yang lebih besar di Iceland, iaitu Katla, yang kali terakhir meletus pada 1918, dan akan meletus setiap 40-80 tahun.

Buat masa sekarang, para pengembara di Eropah terpaksa mencari alternatif pengangkutan. Antaranya keretapi laju Eurostar, yang tiketnya habis dijual. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bas ekspres untuk jarak dekat. Manakala Britain dan Amerika Syarikat menggunakan keupayaan tentera yang dilengkapi dengan kapal pengangkut pesawat untuk memastikan 150,000 warga Britain kembali, dan juga Amerika Syarikat sedang mencari jalan untuk membantu 40,000 warga yang terkandas di Britain.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: