jump to navigation

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan dibatalkan. April 23, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

Cadangan yang datang daripada kerajaan, untuk menaikkan kadar maksimum denda kepada RM1000 telah pun dibatalkan. Sebelum ini cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan tersebut telah dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Menteri di JPM, Nazri Aziz mengumumkan keputusan tersebut, setelah menerima surat bantahan daripada Kelab Penyokong Kerajaan BN.

Isu pindaan akta tersebut telah digunakan sebagai salah satu modal kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, manakala komen-komen yang diterima melalui rancangan-rancangan di stesen-stesen radio juga menunjukkan bahawa terdapatnya bantahan daripada majoriti rakyat.

Salah seorang pendengar di radio Hot FM menyatakan bahawa pindaan undang-undang ini hanya akan memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia yang akan dibebankan dengan kadar saman trafik yang dinaikkan.

Manakala mereka yang sebenarnya kerap melanggar peraturan jalan raya Malaysia, iaitu pemandu-pemandu Singapura akan terlepas, kerana tiada penguatkuasaan ke atas mereka untuk menbayar saman trafik sebelum keluar dari sempadan Malaysia. Logik juga kenyataan tersebut.

Dalam sidang media sama, Nazri juga menyatakan bahawa beliau akan mengesyorkan Kabinet supaya membatalkan sebarang pindaan undang-undang yang tidak munasabah.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali kedua pembentangan rang undang-undang dibatalkan, selepas GST pada beberapa bulan lalu.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: