jump to navigation

Apa yang sebenarnya berlaku? Mei 4, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Isnin 26 April lalu, seorang remaja berusia 14 tahun telah meninggal dunia selepas ditembak mati oleh polis Shah

Kredibiliti Polis Diraja Malaysia kembali dipersoalkan.

Alam. Pada peringkat awal kemunculan berita, mangsa disangkakan sebagai penjenayah yang dikehendaki pasukan polis, sehingga keraguan timbul setelah ibu mangsa, Norsiah Mohamad mendedahkan mengenai kisah sebenar anak beliau yang keluar dari rumah untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Chelsea.

Sehingga kini, kes tersebut menjadi tumpuan ramai pemerhati dan pelbagai pihak menghulurkan bantuan dari segi khidmat guaman, dan juga bantuan terhadap penyiasatan kes pembunuhan tersebut.

Ada satu bentuk “persaingan” antara para ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam meraih perhatian keluarga mangsa. Akhirnya, Karpal Singh, peguam yang juga pengerusi DAP, sebuah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat telah dilantik oleh keluarga mangsa untuk mewakili mereka dalam prosiding dan urusan undang-undang yang akan menyusul.

Grafik diterbitkan oleh The Malaysian Insider. Lebih mudah untuk memahami cerita bukan?

Aminulrasyid Amzah, seorang remaja yang bersekolah di tingkatan tiga, bakal calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini baru sahaja keluar dari rumah, memandu Proton Iswara milik kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak antara Chelsea dengan Stoke City pada tengah malam 26 April 2010.

Ketika mencari tempat letak kereta di Seksyen 7 Shah Alam, beliau terlanggar sebuah kereta yang diletakkan di tepi laluan yang beliau lalui tersebut.

Akibat ketakutan, Aminul memandu kereta tersebut kembali ke rumahnya di Seksyen 11, dengan dikejar oleh beberapa motosikal berhampiran Restoran Ali Corner.

Di Bulatan Kayangan, sebuah motosikal yang cuba memotongnya terjatuh. Semasa menghampiri jalan masuk ke Seksyen 11 pula, beliau telah memotong sebuah kereta peronda polis yang seterusnya mengejar beliau dan melepaskan puluhan das tembakan sepanjang aksi kejar-mengejar tersebut.

Menghampiri rumah beliau, akhirnya kereta yang beliau pandu hilang kawalan, kerana Aminulrasyid telah pun ditembak mati di kepala.

Azamuddin Omar, rakan Aminulrasyid menceritakan kisah sebenar kejadian.

Rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar pula punya cerita berbeza. Beliau yang melarikan diri selepas kemalangan tersebut, telah memberikan kenyataannya mengenai kejadian tersebut.

Aminulrasyid yang sudah ditembak, telah terkulai di riba Azamuddin dengan kaki masih di pedal minyak kereta yang dipandunya. Kereta terus bergerak, polis terus menembak dan kereta tersebut melanggar tembok.

Azamuddin keluar dari kereta untuk menyerah diri kepada polis, namun dibelasah oleh anggota polis yang dianggarkan berjumlah 5 orang. Kemudian Azamuddin melarikan diri ke SMK Seksyen 11 kerana ketakutan dengan keadaan yang berlaku, dan hanya membuat laporan polis pada jam 9.40 malam, 26 April.

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad dan bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan.

Keluarga Aminulrasyid kini menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes tersebut sebaiknya demi keadilan untuk arwah Aminulrasyid, berbeza dengan Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mencadangkan penubuhan inkues untuk menyiasat punca kematian, seperti yang dilakukan untuk kes Teoh Beng Hock yang ditemui jatuh dari tingkat 13 Plaza Masalam Shah Alam, tidak jauh dari tempat kejadian.

Kenyataan Musa Hassan juga, bahawa beliau sedia mengundurkan pasukan polis jika orang ramai tidak mahu mereka menguatkuasakan undang-undang, telah dibidas oleh ramai anggota masyarakat. Kenyataan tersebut seolah-olah mahu melarikan diri daripada tanggungjawab yang sedia ada diamanahkan, selain daripada peruntukan yang amat besar sudah disediakan untuk pasukan polis yang seharusnya dibayar dengan khidmat yang cekap kepada rakyat.

Dakwaan pihak polis bahawa terdapatnya parang ditemui dalam kereta mangsa juga disangkal oleh keluarga Aminulrasyid dan peguam yang mewakili mereka, N. Surendran.

Seluruh anggota masyarakat mengharapkan agar pasukan polis tidak berselindung untuk menutup kesilapan yang berlaku. Kini pelaku tindakan tersebut harus diambil tindakan, serta permohonan maaf juga haruslah dilakukan ke atas keluarga mangsa. Semakin lambat tindakan pembetulan dilakukan, semakin hilang kepercayaan masyarakat kepada pasukan polis.

Satu perkara yang harus ada dalam ingatan. Jika masyarakat tidak mempunyai sebuah pasukan polis yang diyakini, nescaya kita akan hidup dalam anarki dan ketakutan, siapa lagi yang boleh diharapkan?

Tidak mungkin kita boleh menghalang warga daripada keluar malam. Champions League pun selalunya bermula jam 3 pagi, keadaan sama juga untuk Piala Dunia tidak lama lagi. Saya juga kerap pulang daripada kerja di waktu lewat malam. Itu tidak termasuk aktiviti dating sebilangan kita, selain tugasan-tugasan sekolah dan universiti yang memerlukan pelajar meluangkan masa yang seharusnya digunakan untuk berehat dan tidur selepas seharian belajar.

Pakej Sukan semakin mahal kerana yuran bidaan hak penyiaran yang kian meningkat, terutama untuk Barclays Premier League.

Tidak mungkin juga kita boleh memasang Astro di setiap rumah, kerana tidak semua orang mampu meluangkan masa menonton televisyen sepanjang hari, dengan kerja-kerja yang sedia menimbun, selain membayar bil yang makin mahal untuk Pakej Sukan. Jawapan mudah, baik tonton di restoran mamak, mahupun McDonald’s sambil menikmati makanan kegemaran. =)

Rakyat tidak punya pilihan, melainkan tetap dan terpaksa bergantung harap kepada pasukan polis sedia ada. Kepada polis, laksanakan tanggungjawab sebaiknya, pulihkan semula reputasi yang tercalar. Semoga semua pihak dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang sudah berlaku agar yang seumpamanya tidak berulang lagi.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: