jump to navigation

2 lebuhraya baharu, bakal dibuka! Mei 18, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), telah dibuka mulai 18 Mei 2010. Kadar tol belum ditetapkan lagi, bermakna lebuhraya tersebut boleh dilalui secara percuma buat sementara waktu.

Terdapat satu plaza tol (Plaza Tol Sri Muda) sepanjang perjalanan antara Kota Kemuning ke Shah Alam, yang turut menghubungkan antara dua lebuhraya, iaitu Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya Persekutuan.

Jambatan yang merentasi Sungai Kelang.

Dijangka kerajaan akan menetapkan kadar tol yang adil dan berpatutan untuk lebuhraya kod E13 ini, memandangkan respons negatif yang diperolehi setiap kali kenaikan kadar tol diumumkan setiap tiga tahun.

Di sebalik perkembangan tersebut, sebuah lagi lebuhraya juga bakal dibuka, namun agak lewat berbanding LKSA, dan amat lewat berbanding jadual asalnya.

Lebuhraya SKVE yang saya pernah sentuh dalam tulisan terdahulu, bakal dibuka pada 29 Jun ini. Masih lambat lagi, dan hanya satu fasa bakal dibuka, iaitu fasa 1B antara Cyberjaya dari Persimpangan SKVE-LDP sehingga ke lebuhraya ELITE.

Mungkin respons daripada tulisan saya terdahulu, LLM telah pun mengemaskini data lebuhraya di bawah kelolaannya, dan maklumat terbaharu menunjukkan fasa 1B telah siap 88% pada Februari 2010.

Maklumat terkini SKVE dari laman web LLM.

Kemajuan Projek Berakhir Februari 2010

Pakej km Mula Siap % Kemajuan Kerja
Jadual Sebenar Beza
Pakej 1A

(P/B UNITEN – B15,LDP)

7.1 Dis 2000 SIAP
Pakej 1B

(B15,LDP – NSECL)

12.6 1.2.08 31.5.10 88.09 88.20 0.11
Seksyen 2

(NSECL Teluk Panglima – Garang)

12.4 1.7.08 31.5.11 14.91 14.94 0.03
Seksyen 3

(Teluk Panglima Garang – Pulau Indah)

18.9 1.9.08 31.12.11 4.95 5.07 0.12
%Kemajuan Keseluruhan 42.84 42.93 0.09

* Kemaskini pada 10/05/2010

Kajian Perkasa Kualiti Kontraktor Dalam Peringkat Terakhir

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses terakhir kajian mengenalpasti mekanisme terbaik untuk memperkasakan kualiti kontraktor terutama kontraktor kelas F di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kementerian itu juga dalam peringkat terakhir menambahbaik dasar agihan 10 peratus projek bernilai lebih RM10 juta kepada kontraktor Kelas F yang telah dimansuhkan tahun lepas.

“Pemberian lesen kontraktor kelas F ini dulu adalah untuk mereka menjadi kontraktor yang berjaya, tetapi ia tidak berapa menjadi kerana ramai kontraktor kelas F lebih suka duduk ditahap sama untuk jangka masa yang panjang.

“Sebab itu kementerian sedang memikirkan bagaimana untuk melahirkan bukan sahaja kontraktor biasa tapi kontraktor yang boleh menguasai bidang tertentu yang ‘niche’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek bayaran saguhati berjumlah RM602,472 kepada 22 Orang Asli dari Kuala Langat, Selangor yang merupakan pemilik tanah yang terbabit dengan projek Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini pada Isnin.

Shaziman berkata kontraktor juga perlu meningkatkan ilmu mereka dan tidak hanya tertumpu kepada bidang yang umum.

“Kebanyakan mereka lebih berminat dalam bidang yang umum sahaja, contohnya civil work seperti bangunan dan jalan tetapi kerja-kerja yang memerlukan latihan seperti ‘flooring’ (lantai), plaster siling dan ‘design’ (reka bentuk) terlalu kurang mendapat perhatian kontraktor.

“Kontraktor yang ‘general’ (umum) ini sudah terlalu ramai kerana untuk jadi kontraktor kelas F ini dulu begitu mudah, asalkan pergi kursus dan ujian saja boleh jadi kontraktor,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 19 projek yang bernilai RM10 juta dan ke atas akan diagih kepada kira-kira 350 kontraktor Bumiputera kelas E dan F pada tahun ini.

“Bagi tahun 2010 iaitu tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), baki agihan ini dianggar berjumlah RM65 juta yang mana kita akan keluarkan tender dalam masa terdekat ini iaitu sebelum hujung tahun. Kita harap ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan kontraktor kelas ini supaya lebih kompetitif, berdaya saing dan berkemahiran tinggi ,” katanya.

Sementara itu, Shaziman berkata pemberian pampasan kepada 22 masyarakat Orang Asli itu merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 29 orang menerimanya pada Mei tahun lepas.

“Rata-rata jumlah yang diterima oleh 22 Orang Asli hari ini ialah dari serendah RM1,400 sehingga yang tertinggi iaitu RM100,000 mengikut jenis tanaman dan dari segi kehilangan pendapatan masyarakat di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata lebuhraya SKVE sepanjang 40km dari Pulau Indah ke Kajang itu dijadual siap hujung tahun depan dan sebahagian daripada lebuh raya berkenaan iaitu sepanjang 20km akan dibuka pada 29 Jun ini.

— BERNAMA

Dua berita gembira untuk rakyat Selangor, kerana perjalanan yang lebih singkat, terutamanya untuk laluan Kajang-Shah Alam, dan Kajang-Pulau Indah pada tahun hadapan.

Diharapkan kadar tol SKVE dan LKSA yang bakal diumumkan nanti dapat memberikan kegembiraan kepada warga Selangor yang sudah lali dengan tol yang terlalu banyak di sepanjang lebuhraya-lebuhraya yang dilalui.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: