jump to navigation

Sedikit tentang AF8. Mei 25, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Berbanding dengan AF7 tahun lalu di mana saya menulis dengan agak kerap mengenainya, AF8 kali ini pula langsung saya tidak beri perhatian. Hanya tahu bahawa seorang yang bernama Shahir telah menjadi juara, itu pun melalui blog-blog hiburan yang saya ikuti, yang juga kekeringan isu untuk gosip terbaharu.

Ketika menulis, saya sedang meluangkan masa di McDonald’s Taman Teknologi Malaysia, Serdang untuk merancang langkah seterusnya bagi mendedahkan lebih banyak mengenai “TM Active Protection Plus”. Keletihan selepas perjalanan ke Kajang untuk menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut di IPD Kajang.

Yang berdiri itu, namanya Shahir, juara AF8.

Jam 12.00 malam, tiba sekumpulan lelaki dan wanita yang berpakaian agak bergaya makan selang beberapa meja dari kami. Husna terserempak dengan seseorang yang beliau pernah lihat, dan ianya Shahir dari AF8, dan rupa-rupanya seluruh kumpulan yang makan di meja tersebut adalah bekas-bekas pelajar AF8. Ada yang finalis, ada yang tersungkur.

Husna yang mengkritik lagu terbaru daripada semua finalis AF8, tiba-tiba teruja untuk mengambil gambar para pelajar tersebut. Mulanya secara candid, akhirnya secara bersemuka apabila mereka keluar daripada restoran.

Paling cantik dan kecil antara mereka yang makan di McD tadi. Tonton klip video lagunya yang lebih menyerlah =)

Malang sekali, tiada gambarnya bersama Adira yang boleh dijadikan tatapan. Sedih sedikit di situ. =) Terlepas peluang menatap gadis Sabah yang sebaya.

Namun, semua itu bukanlah fokus utama bingkisan saya kali ini.

Kenapa tiada lagi bukan Bumiputera dalam AF? Jawapannya tonton semula AF musim pertama. Gambar sekadar hiasan.

Ianya tentang betapa tidak popularnya AF8 di mata para penonton TV di Malaysia. Mungkin penyokong AF8 akan berhujah, bahawa di McDonald’s ini, pengunjungnya lebih ramai daripada kelompok bukan Melayu yang pasti tidak akan ambil peduli dengan acara seperti AF yang kini seperti UiTM, Hak Melayu dan Bumiputera. =P

Namun, tetap ada insan-insan seperti krew-krew McDonald’s, pengunjung Melayu, mahupun pekerja stesen Petronas di sebelah yang mampu mengikuti AF8, namun tidak melakukan demikian gara-gara meleret-leret hingga 8 musim berturut-turut. Tiada pun yang mahu mengambil gambar, mahupun bertegur sapa, kecuali Husna Amira, itupun untuk tujuan gambar Facebook semata-mata.

Graduan paling cantik dari AF keseluruhan 8 musim, yang masih belum dapat ditandingi hingga kini =) Linda, manakah kau menghilang??

Pandangan saya, bukanlah pelajar AF8 tidak bagus. Boleh dikatakan kali ini antara batch terbaik, namun tidak akan dapat menandingi AF2, yang dilengkapi Zahid, Adam, dan Linda (entah ke mana menghilang). Misalnya Adira dan Shahir yang berpotensi untuk diserlahkan lagi oleh pengetua Norman KRU, oleh kerana pakej yang lengkap dan suara yang mampu ditambah baik.

Hanya kerana terlalu kerap berulang, serta latar musim yang cukup cliche dan berorientasikan komersial seperti AFMASUK, membuatkan penonton kian jemu walaupun dijamu dengan format HD untuk tatapan yang lebih teliti ke atas setiap peserta.

Lebih baik fokus AF dikaji semula.

Adakah untuk tujuan komersial semata, mahupun untuk meningkatkan mutu industri hiburan kita (termasuk seni suara dan seni lakon)?

Adakah hanya mahu berpuas hati dengan sambutan dalam kalangan komuniti Melayu/Bumiputera dan berpura-pura seolah Malaysia ini tiada bangsa lain?

Atau mungkin sekadar melengkapkan kalendar acara ASTRO yang nampak berhempas-pulas mahu mencari idea bagi meningkatkan perolehan?

Siapa kata rancangan realiti hanya mampu lahirkan artis segera? Tanya Leona Lewis, beliau pasti takkan bersetuju. Gambar ketika beliau menang X Factor UK.

Pada saya, pastikan graduan yang keluar daripada AF itu boleh memenuhi keperluan industri. Bandingkan dengan nasib program-program realiti di negara lain, di mana contoh kejayaan boleh dicedok dengan acuan sendiri. Keuntungan pasti akan tiba, lagipun Pakej Sukan terbukti menyumbang pendapatan yang lebih lumayan.

Tidak perlu lagi terkejar-kejar, rehatkan sahaja AF untuk tahun mendatang supaya pasukan produksi punya masa cukup untuk menjalankan kajian pemasaran, dan juga menjelajah seluruh negara bagi mencari bakat-bakat terpendam yang mungkin pendiam dan ingin menjauh diri daripada kancah populariti yang membinasakan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: