jump to navigation

TM Active Protection Plus. Kempen tele-pemasaran terbaru dari TM. Mei 25, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Jam 3.30 petang 24 Mei, saya telah menerima panggilan telefon daripada sebuah nombor private. Di hujung talian, suara wanita operator menjelaskan mengenai pakej perlindungan peribadi TM Active Protection Plus, yang mana memberikan semua pelanggan Streamyx perlindungan daripada kecacatan kekal.

Manakala bagi perlindungan untuk kemalangan, bayaran bermula dari RM25 untuk perlindungan bernilai RM500,000. Saya ingin meneliti tawaran tersebut dengan meminta e-mel dihantar kepada saya, namun dibalas bahawa tawaran tersebut hanya untuk pelanggan Streamyx terpilih sahaja, jadi tiada e-mel yang akan dihantar selagi pakej tersebut belum saya langgani.

Menghampiri tamat perbualan, operator tersebut meminta saya untuk memberikan nombor 16-digit kad debit Visa Maybank saya. Saya mula curiga, namun tetap memberikan kepada operator tersebut. Operator menjelaskan polisi untuk panduan saya, dan selepas tamat perbualan, saya terus menghubungi pusat pengguna Maybank untuk membatalkan kad debit saya.

Lalu selepas itu, saya membuat carian di Internet mengenai pakej yang disebut, namun tidak berhasil, tiada pakej dengan nama tersebut yang ditawarkan. Rupanya saya hampir diperdaya oleh pihak yang punya maklumat yang lengkap mengenai akaun TM saya.

Suspek yang mungkin:-

  • pekerja atau bekas pekerja TM, yang mana saya merupakan pelanggan Streamyx selama hampir 2 tahun.
  • HP Mini 210 bernilai RM1700, saya peroleh secara percuma menerusi program netbook untuk pelajar dari TM.

    pekerja atau bekas pekerja HP, yang mana saya memperoleh netbook percuma yang diberikan oleh TM melalui khidmat penghantaran dari HP.

  • pihak ketiga lain yang tidak diketahui.

Semuanya mungkin, kerana model perniagaan TM sudah tentu melibatkan banyak syarikat subkontraktor, pembekal, dan anak syarikat yang sukar untuk dipastikan integritinya. Saya sendiri tidak ada penyelesaian terhadap masalah seumpama ini, melainkan kita warga yang prihatin, mengambil tindakan memberitahu dan melaporkan penipuan yang berlaku kepada seramai pihak yang boleh.

Di pihak syarikat-syarikat dan agensi sendiri, integriti maklumat seharusnya dijadikan satu cara perniagaan agar pelanggan dapat berurusan tanpa rasa ragu atau gentar. Pelbagai peraturan, undang-undang yang diwartakan, namun tidak dikuatkuasa gara-gara pelbagai kekangan. Nampaknya kita kini seolah-olah hidup dalam negara tanpa undang-undang.

Lihat, SPR turut membuatkan para pengundi benak (bodoh). Baca papan tanda dengan teliti.

Setakat ini, marilah kita hidup semula seperti di zaman batu dahulu, di mana kita sendiri yang harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang ancaman ke atas sumber pendapatan, mahupun aset yang kita miliki. Model negara bangsa, nampaknya tidak lagi efektif dalam melindungi nasib warganya.

Paling penting, tiada lagi panggilan daripada nombor private akan saya jawab selepas ini. Mari kita semua lakukan yang sama agar tidak ditipu, selain langkah-langkah lain yang bersesuaian.

Nota:

1) Saya ingin membuat permohonan maaf kepada para pembaca, serta pihak-pihak yang terlibat dalam penawaran pakej TM Active Protection Plus. Berdasarkan maklumat yang saya baru perolehi, pakej ini benar-benar wujud dan ditawarkan oleh Chartis Malaysia Insurance Berhad bersama Telekom Malaysia Berhad.

2) Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai pakej ini setelah saya memperoleh e-mel rasmi daripada Chartis Malaysia berhubung pakej khas untuk pelanggan TM ini. Sebelum ini saya tidak dapat memperoleh maklumat menerusi e-mel berhubung pakej ini daripada operator tele-pemasaran yang menghubungi saya menerusi talian private sebelum ini, kerana diberitahu bahawa saya harus melanggannya terlebih dahulu.

3) Saya telah menghubungi TM menerusi bahagian “feedback” dalam laman web rasminya, namun tiada sebarang balasan yang diterima oleh saya, menyebabkan saya terus mengekalkan tajuk tulisan yang sama dari 25 Mei 2010 yang lalu.

4) Sebagai tanda permohonan maaf, saya akan melakukan perubahan ke atas tulisan ini,  serta tajuknya bagi mengelakkan kekeliruan bagi semua. Sebuah tulisan khas juga bakal diwujudkan, sebagai maklum balas dan cadangan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi mengelakkan daripada berulangnya persepsi negatif  dan syak wasangka daripada seorang yang hanya bergelar “pelanggan” seperti saya.

Komen-komen»

1. donotdeletemycomment - Mei 28, 2010

just call the Chartis customer service at 1-800-88-8811 and ask directly kepada pihak Maybank: IS THIS FUCKING LEGAL??

i think you don’t understand how telemarketing works and you’re dumb shit who still live in stone age.

and because of your pretty dumb, you put a conclusion that they are scam. if you’re smart enough, call the Chartis, call the TM, call the bank dude. Check with Bank Negara Malaysia. Simple. then baru boleh buat conclusion BASE ON FACT.

do you know that all insurance policy/company is under BNM guidelines? i don’t think so because you’re bodoh dan pandai menuduh saja.

that’s it.

Firdaus Rosli - Mei 29, 2010

Oleh sebab saya dah hubungi Maybank Card Center, baru saya tahu bahawa nombor 16-digit kad debit Maybank tak boleh kita dedahkan walaupun ianya terpampang dengan saiz besar di atas kad. Operator itu yang beritahu, jadi bukti apa lagi yang lebih kukuh? Yang saya marah, kerana pendedahan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga.

2. donotdeletemycomment - Mei 28, 2010

once again, check this out moron.

http://www.malaysiainsurance.info/?p=3163

3. cijay - Mei 29, 2010

don’t worry, dude! The new Personal Data protection bill is already passed in Parliament. All Banks, insurance companies, utility companies and others… must comply with this eventaully enacted Act.

Firdaus Rosli - Mei 30, 2010

The Act would be a big help for people who have been disturbed by those telemarketers phone calls. As customers, it must be our basic rights because we are not getting services for free, but paying for it.

4. harun salim bachik - Jun 8, 2010

perkara yg sama sy alami sebentar td.
1 800 8888 11=customer service.
from private number.
kononnya sy pelanggan bertuah drpd streamyx

5. zai - Jun 11, 2010

Pagi tadi saya baru dihubungi oleh pihak ini. Pada mulanya saya belum mengesyaki apa-apa. Tetapi apabila ketika pihak operator itu meminta no kad debit maybank saya, saya mula curiga. Sedangkan sebelum itu operator itu meminta nombor kad pengenalan dan alamat rumah.

Setakat ini saya belum membuat apa-apa tindakan. Operator itu memberitahu email akan dihantar. Tapi nampaknya tiada sebarang email dihantar sehingga malam ini.

Saya sedang menunggu untuk menghubungi TM untuk kepastian tentang perkara ini.

Firdaus Rosli - Jun 15, 2010

Seeloknya rujuk Maybank untuk batalkan kad tersebut. Proses penggantian kad baru mungkin akan memakan masa, namun pastinya kita selamat daripada pencerobohan akaun mahupun pengklonan kad debit Maybank kita yang boleh digunakan di pelbagai premis perniagaan seluruh dunia.

Apa yang pasti, untuk tujuan keuntungan, sudah tentu tawaran ini tidak perlu untuk dirahsiakan, tak gitu?

6. -Ros Merah- - Jun 15, 2010

thnks tuk info nie..sye pun dh terkena…mmg cm hampeh..
sye mmg agk berhati2..xsngka termkn jugk ngn kta2 mnusia durjana nie…nasib sye dh kuarkn sume duit dr akaun..pas2 sye try search dlm internet..n jumpe info dr blog nie..sy terus cl maybank suh batalkn kad debit sye…huhu…biar rugi RM12 tuk new card dr rugi tertipu…

Firdaus Rosli - Julai 4, 2010

Kita dapatkan pandangan dari Maybank, dan mengikuti arahan mereka, kerana mereka ialah bank yang sewajarnya bertanggungjawab dalam menasihati pelanggan dan menjaga wang simpanan sebaiknya, bukan seperti syarikat insurans tertentu yang terdesak mendapatkan pelanggan (jika ini benar, kerana AIG dahulu hampir bankrap dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan Amerika).

Saya tekankan lagi, pihak-pihak yang mengendalikan maklumat pelanggan seharusnya bertanggungjawab daripada mendedahkan pelanggan kepada sebarang kacau ganggu sebegini.

7. zai - Jun 18, 2010

betul.. dan saya sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa email daripada pihak tersebut yang berjanji nak hantar maklumat.. saya ada tanya staff streamyx, dia mengatakan tm tak pernah tawar apa2 plan. kalau ada pun, staff akan di beritahu..

tuan firdaus pernah kehilangan kad pengenalan tak?

Firdaus Rosli - Jun 24, 2010

Alhamdulillah tak pernah lagi. Lagipun alamat dalam kad pengenalan saya adalah di Kedah, sedangkan saya kini tinggal di kajang.

8. mohyin atan - Jun 24, 2010

Bahaya ni, saya juga terlibat dalam plan ini. Minggu lepas, Jun 17, 2010
ada panggilan telefon daripada operaator wanita yang menawarkan pakej ini. Tiga hari kemudian wang premium telah dipotong dari MasterCard saya. saya tak pasti plan ini legal atau tidak.

Tolong beri cadangan, apa tindakan yang patut saya buat?

9. mohyinjoeco - Jun 24, 2010

Minggu lepas saya dihubungi nombor rahsia. Selepas mendengar penerangan dalam perbualan telefon, saya bersetuju join plan ini. Tiga hari kemudian premium saya dipotong melalui mastercard saya.
Mula-mula saya musyhkil tentang plan ini, selepas membaca blog ini.

Saya baru saja hubungi TM Customer Centre 100. Mereka sahkan memang ada TM Active Protection Plus Plan bagi pelanggan Streamyx
yang setia. Kemudian saya hubungi Chartis 1 800 8888 11, mereka juga mengesahkan perkara yang sama. Polisi akan dihantar dalam masa sebulan, selepas segala proses dokumentasi selesai.
Saya tidak bertujuan nak promo plan ini ( tiada apa-apa faedah pun saya dapat ). Bagi mereka yang rasa tertipu atau plan ini satu scam, buat tindakan seperti saya.

10. uzair - Jun 27, 2010

Saya telah menyemak baki akaun saya dan ia telah ditolak sebanyak rm35. Saya rasakan ini satu penipuan kerana pihak tersebut telah memberitahu bahawa tidak ada apa-apa perjanjian kerana ia memaklumkan maklumat akan dihantar ke email, dan akan dibaca dahulu sebelum saya bersetuju. Tapi sekarang, duit dah ditolak dari akaun tanpa ada sebarang perjanjian. Ini merupakan satu penipuan.

mohyinjoeco - Julai 4, 2010

TM Active Protection Plus Plan. Saya telah menerima policy bagi plan tersebut pada 18 Jun 2010 yang telah dihantar oleh Chartis Malaysia melalui email saya iaitu dalam SPAM. Policy tersebut terdapat dalam SPAM bukan dalam INBOX seperti kebiasaannya.
Cuba saudara2 check dalam SPAM. TQ

Firdaus Rosli - Julai 4, 2010

Walau bagaimana pun, perkara ini tiada hitam putih kontrak langsung. Tahu-tahu sahaja, wang telah ditolak dengan persetujuan secara lisan. Teringat pula kisah bagaimana Pulau Pinang terlepas dari Kedah kepada Inggeris, itu juga persetujuan secara lisan.

Yang kita persoalkan, ialah kebocoran maklumat kepada pihak ketiga. Untunglah jika pihak yang menawarkan pakej Chartis ini benar-benar jujur, tetapi bagaimana jika pihak lain pula? Paling penting, maklumat terjaga dan selamat dari tipu daya.

11. mohyinjoeco - Julai 7, 2010

Saya juga bimbang dengan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga. Saya akan lihat perkembangan dalam waktu terdekat ini. Jika terdapat ada tanda-tanda yang mencurigakan, saya tidak akan meneruskan pakej ini.
Kalau ada maklumat terkini, sebar-sebarkanlah.

12. Felix - Julai 8, 2010

Ok, dengan perkara ini. Saya hendak Encik Firdaus buat semua pengesahan baru comment dekat sini. Dan comment ini perlu dipadam segera. Bagi pihak TM dan Chartis telah baca apa Encik Firdaus yang telah comment dekat sini, dan ia akan ambil tindakan segera jika comment ini tidak dipadamkan. Kita boleh dapat check segala IP yang diguna dari sini untuk mencari orang yang cuba memburukkan nama Chartis.
Encik Firdaus boleh call TM 100, atau Chartis 1800-8888-11
untuk buat semua pengesahan. Ini adalah project telemarketing,
kalau Encik Firdaus tidak faham procedure pekerjaan ini, sila jangan
memburukkan nama pekerjaan ini dan juga TM & Chartis.

Firdaus Rosli - Julai 9, 2010

Projek telemarketing, seharusnya tidak perlu sehingga menggunakan nombor private, dan menipu pelanggan bahawa nombor kad Visa Debit itu hanya sekadar nombor keahlian.

Jika panggilan benar-benar dari Chartis, saya yakin ianya tidak akan menggunakan private number yang boleh menimbulkan prejudis pelanggan, ini sudah tentu dari mana-mana ejen tidak bertanggungjawab mahupun hanya satu penipuan daripada pihak yang berselindung di sebalik nama syarikat-syarikat besar yang menjalankan perniagaan secara bersih.

Berikut penjelasan saya:-

https://firdausrosli.wordpress.com/2010/07/09/betapa-mudahnya-wang-kita-dipotong-hanya-melalui-satu-panggilan-telefon/

Anti-Penipuan - Julai 7, 2011

FUCK U Felix…tak payah nak ugut-ugut orang la.

13. Felix - Julai 8, 2010

Bagi semua pelanggan-pelanggan yang dihargai,
TM Active Protection Plus Plan memang legal dan hanya ditawarkan oleh Pelanggan streamyx yang terpilih. Pelanggan yang telah jawab panggilan dahulu dan telah daftarkan diri dalam plan ini, jangan bimbang, Sebab procedure penghantaran polisi dalam 30hari untuk pemprosesan polisi. Kalau dalam masa 30hari tidak terima apa-apa polisi, sila hubungi pihak Chartis 1800-8888-11, untuk reconfirm alamat yang telah diberi.

Procedure bagi Telemarketing :
1. Agent call customer
2. Agent akan inform customer yg perbualan semua dirakam
3. Agent akan terangkan semua manfaat yg ditawarkan dalam program tersebut.
4. Agent akan jawab segala soalan yang customer tanya
5. Agent akan dapatkan kebenaran customer untuk daftar.
6. Agent akan reconfirm semua maklumat seperti Name,IC,Alamat
7. Agent akan tanya customer yg customer senang untuk guna kad credit atau pun debit card maybank untuk diauto debit setiap bulan.
8. Agent akan baca penutupan wajib bagi customer untuk dapatkan perhatian customer yg mengenai deduction untuk polisi, terma-terma dan syarat untuk polisi.
9. Agent akan tinggalkan nama dan nombor customer services.

14. Anda Sangat Berani - Julai 10, 2010

Assalamualaikum En.Firdaus Rosli..

Saya sudah membaca kedua-dua post anda iaitu :

1) TM Active Protection Plus. Penipuan terbaru menggunakan nama syarikat TM. https://firdausrosli.wordpress.com/2010/05/25/tm-active-protection-plus-penipuan-terbaru-menggunakan-nama-syarikat-tm/

2) Betapa mudahnya wang kita dipotong, hanya melalui satu panggilan telefon. https://firdausrosli.wordpress.com/2010/07/09/betapa-mudahnya-wang-kita-dipotong-hanya-melalui-satu-panggilan-telefon/

Apa yang saya boleh katakan di sini adalah :-

i- Program TM ACTIVE PROTECTION PLUS PLAN memang WUJUD. Ini merupakan program kerjasama di antara Telekom Malaysia Berhad & Chartis Malaysia Insurance Berhad. Walaupun En. Firdaus tidak menyebut atau menulis nama syarikat Chartis, secara tidak langsung pihak syarikat Chartis sendiri terlibat kerana pihak yang bertanggungjawab untuk menanggung program ini adalah Chartis sendiri.

ii- Untuk PENGESAHAN, En.Firdaus boleh hubungi nombor Pusat Khidmat Pelanggan Chartis di talian 1-800-8888-11 atau Telekom Malaysia di nombor 100, bukannya Maybank kerana Maybank hanya menyediakan fasiliti untuk pemotongan melalui auto-debit, sudah tentulah pihak Maybank sendiri tidak tahu menahu mengenai program yang ditawarkan.

iii- Untuk transaksi auto-debit, maklumat yang tidak perlu didedahkan adalah Nombor CVV (nombor di belakang kad kredit/debit), Nombor Akaun (nombor dihadapan kad adalah ombor keahlian), Nama Ibu (sebagai pengesahan) & katalaluan kad (password).

iv- Sebelum apa-apa post atau komen dihantar di dalam mana-mana media massa dan elektronik, En. Firdaus haruslah menyiasat atau menyelidik serta berfikir dengan mendalam, bukan semudah-mudah untuk menuduh sesuatu itu sebagai PENIPUAN. Dan siasatan bukanlah hanyalah tertumpu di sebelah pihak (Maybank) sahaja, pihak-pihak yang berkaitan mestilah terlibat.

v- Memang tidak adil untuk En. Firdaus membuat andaian dan kata putus yang melulu untuk mengatakan program yang ditawarkan ini sebagai PENIPUAN kerana program yang ditawarkan memang betul-betul WUJUD, cuma kerana kurang pengetahuan dan kesedaran mengenai INSURAN mahupun TELE-PEMASARAN membuatkan En. Firdaus sewenang-wenangnya mengirimkan post ini.

vii- Post ini secara tidak langsung melibatkan tiga syarikat besar, iaitu Telekom Malaysia, HP, Chartis dan Maybank. Setiap syarikat ada bahagian undang-undang, sejauh mana tindakan dan hukuman yang akan dikenakan di atas post anda ini bergantung kepada keputusan mereka mengikut langkah-langkah dan prosedur yang diamalkan. En. Firdaus bersedialah dengan tindakan yang akan diambil.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Firdaus Rosli - Julai 11, 2010

Saya harapkan encik dapat memberikan butir sebenar untuk memudahkan perhubungan, bukan berlindung di sebalik nama samaran, dan e-mel palsu.

Anda minta saya untuk menyiasat secara menyeluruh menerusi talian khidmat pelanggan Chartis dan juga TM. Seperti yang anda tahu, talian khidmat pelanggan TM amatlah sibuk dan respons mengambil masa panjang. Dalam keadaan kecurigaan tentang penawaran skim ini, sudah tentulah saya begitu khuatir mengenai wang yang akan dipotong menerusi auto-debit.

Sementara tentang nombor Chartis, memang ianya diberikan oleh pemanggil, namun atas sebab yang sama, saya beranggapan bahawa pihak yang pertama perlu dihubungi haruslah daripada pihak yang boleh menghentikan pemindahan wang tersebut jika perkara ini satu penipuan. Bolehkah Chartis menggantikan wang yang di”auto-debit” jika perkara ini benar-benar sebuah penipuan?

Jika mahu ambil tindakan undang-undang, dipersilakan untuk sesiapa membuat laporan balas kepada polis di atas tulisan ini, heretlah saya ke mahkamah, agar segala pekung “tele-marketing” ini terbongkar kepada semua. Saya rela diambil sebarang tindakan, memandangkan saya tidak mahu sesiapapun anggota masyarakat terpedaya dengan helah dari syarikat-syarikat besar ini.

Harus saya katakan, tulisan saya pada awal menyebut perkara TM Active Protection Plus ini sebagai satu penipuan, itu begitu jelas. Saya tidak menyimpulkan sebegitu secara sewenang-wenangnya, tetapi setelah diyakinkan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia serta pihak Maybank.

Jika program tersebut benar, sila bertindak dengan telus agar tiada syak wasangka akan timbul daripada sesiapa. Tidak kiralah nombor CVV, nombor keahlian mahupun nombor akaun, tujuan utama pastinya untuk tujuan meng”auto-debit”kan wang para pelanggan tanpa persetujuan bertulis.

Jika bukan penipuan, apakah ini? “Tele-marketing”?

15. Anda Sangat Berani - Julai 12, 2010

Saya rasakan tidak perlu pun mendedahkan identiti sebenar saya kerana En. Firdaus masih boleh berhubung dengan saya melalui post ini. Tiada masalah kan?

En. Firdaus mengatakan talian khidmat pelanggan TM sibuk adalah alasan semata-mata dan alasan ini langsung tidak kukuh untuk En. Firdaus menyimpulkan program yang ditawarkan sebagai satu penipuan. Entah-entah En. Firdaus langsung tidak cuba menghubungi pihak TM, oleh kerana terlalu rakus dan bodoh sombong, terus sahaja En. Firdaus membuat laporan polis. Bukankah itu tindakan yang tidak bijak. Mengikut penelitian saya mengenai post dan kenyataan En. Firdaus di dalam web ini saya melihat bahawa, En. Firdaus langsung tidak membuat siaisatan dan penelitian yang sempurna mengenai program ini. Bayangkanlah, En. Firdaus terima panggilah pada 24/05/2010 jam 3.30 petang dan pada jam 6.45 petang laporan polis sudah dibuat. Logikkah dalam masa 3 jam 15 minit En. Firdaus selesai untuk membuat segala penyiasatan? Langsung tidak masuk akal. Dan post ini dihantar pada 25/05/2010, sehari selepas panggilan dan laporan polis dibuat. En. Firdaus pun dengan rakusnya dan bongkaknya menghantarkan mesej di ‘twitter’ yang berbunyi ‘Pelanggan Streamyx,waspada jika terima call dari private number,mengenai pakej “TM Active Protection Plus”.It’s a scam,I’m going to report” pada 1.54 pagi bertarikh 24/05/2010. Apakah kesemua ini tindakan bijak seorang pelajar KLIUC yang masih belum tamat ‘Ijazah Kejuruteraan Awam’nya. Secara tidak langsung En. Firdaus menunjukkan ketidakbijaksanaan dan dalam masa yang sama memalukan diri En. Firdaus serta kolej KLIUC kebangaan En. Firdaus itu. Bertindak melulu tanpa sebarang pertimbangan dan jika ada pertimbangan pun adalah pertimbangan yang sangat berat sebelah, hanya merujuk kepada pihak PDRM mahupun MAYBANK sahaja. Kenapa TM & CHARTIS dilupakan?

Secara terang-terangan En. Firdaus mengatakan nombor pusat khidmat pelangan CHARTIS telah diberikan dan tanpa berbuat apa-apa pengesahan, En. Firdaus terus membuat ‘anggapan’ yang membabi buta. Hanya merujuk sebelah pihak. Saya ingin bertanya semula kepada En. Firdaus yang ‘sangat’ bijaksana, adakah En. Firdaus pasti yang program yang ditawarkan sebagai satu PENIPUAN & untuk apa CHARTIS perlu menggantikan semula wang En. Firdaus yang ‘banyak’ sangat itu sedangkan memang tiada transaksi yang berlaku ke atas akaun En. Firdaus kerana untuk sesuatu transaksi itu berjaya, ia memakan sekurang-kurangnya 3 hari, tapi tindakan yang kononnya ‘bijak’ telahpun ‘lengkap’ sebelum sampai 2 hari. En. Firdaus merasakan sebagai suatu PENIPUAN kerana En. Firdaus sendiri merasakan diri itu terlalu sempurna dan mahir mengenai segala-galanya.

En. Firdaus bersedialah dengan apa yang telah dilakukan, bukan saya ingin menakut-nakutkan En. Firdaus, tapi saya merasakan En. Firdaus berada di posisi yang SALAH, kerana orang yang bijak akan mengambil program ini sebagai satu bentuk PERLINDUNGAN dan orang yang ‘sangat’ bijak akan hanya berANGGAPAN program yang ditawarkan hanya sebagai satu PENIPUAN.

Harus?, WAJIB saya katakan yang En. Firdaus ‘terlalu’ bijak dalam membuat sesuatu keputusan dan kesimpulan, Pihak PDRM dan MAYBANK tahukah mengenai program yang ditawarkan? Sudah pastilah mereka langsung tidak tahu, ini program dalaman dan hanya pihak TM dan CHARTIS sahaja yang peka dan tahu mengenainya.

Program tele-pemasaran dikawalselia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia, jika sesuatu penipuan dan keraguaan timbul, tindakan keras akan diambil ke atas sesebuah organisasi yang terlibat. En. Firdaus menunjukan ketidakpekaan terhadap tele-pemasaran. Persetujuan tidak semestinya bertulis, tetapi melalui tele-pemasaran, persetujuan itu berlandaskan dan dirujuk melalui PERBUALAN YANG DIRAKAMKAN. Harus diperbetulkan kenyataan En. Firdaus itu, bukan ‘auto-debit’ tujuan utamanya, tetapi memberikan PERLINDUNGAN diri dari segala jenis kemalangan.

Ya, inilah Tele-Pemasaran.

Jelaslah En. Firdaus tidak mendengar dan memahami betul-betul apa yang dikatakan oleh konsultan yang bertugas. Saya telah pun menjadi pemegang polisi kepada program ini hampir 6 bulan dan saya tahu apa yang ditawarkan. Bukan dengan premium bulanan serendah RM25, En. Firdaus akan mendapat perlindungan RM500,000, sudah terang-terangan kesilapan FAKTA. Saya telah mendaftarkan polisi ini untuk diri saya sendiri dan untuk ibu saya, Polisi yang saya ambil serendah RM35 dan polisi untuk ibu serendah RM25. Faedah saya dan ibu berbeza seperti berikut :-

Saya (RM35) :
a) Pampasan untuk Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan sehingga RM300,000.
b) Pendapatan Hospital Harian sebanyak RM300/hari maksimum 120hari aklibat kemalangan
c) Pembayaran Balik Perubatan sehingga RM3,000 akibat kemalangan
d) Penyelesaian Bil Telekom Malaysia sehingga RM2,400 akibat kematian & hilang upaya akibat kemalangan.

Ibu (RM25) :
a) Pampasan untuk Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan sehingga RM200,000.
b) Pendapatan Hospital Harian sebanyak RM200/hari maksimum 120hari aklibat kemalangan
c) Pembayaran Balik Perubatan sehingga RM2,000 akibat kemalangan

Jadi, apa yang boleh saya katakan, berfikir dan bertindaklah mengikut akal dan fikiran yang waras, bukan dengan hati dan perasaan. Kerana saya tidak mahu masyarakat diluar sana termakan dan terhasut dengan kenyataan dan post En. Firdaus yang tidak matang dan hanya mahu menunjuk pandai semata-mata.

Sekia, terima kasih

Wassalam.

16. Ahmad Zamree - Julai 13, 2010

Assalamualaikum/salam sejahtera untuk semua,

Banyak info yg sy dpt drpd discussion di sini.. terima kasih. (credit to saudara Firdaus Rosli for starting this discussion).
Sy juga telah menerima panggilan yg sama (dari nombor 03-2722 xxxx) berkenaan TM Active Protection Plus, dan telah SETUJU dgn plan ini… dgn mode bayaran melalui kad KREDIT (bukan kad DEBIT).
Selepas membaca komentar di sini, kebimbangan sy agak berkurangan NAMUN sy masih lg runsing kalau2 berlaku perkara yg tidak diingini (berkaitan penipuan). Ini kerana dua perkara, iaitu;

1) Kenapa nombor tele-marketer itu 03-2722 xxxx sedangkan nombor yg sy dapat melalui web Chartis ialah;

* No. 99 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
* Tel: +603 2058 5000
* Fax: +603 2058 5500
* Email: ask.chartis@chartisinsurance.com
(taken from http://www.chartisinsurance.com/_295_191344.html)
Adakah perkara ini perkara biasa?

2) Adakah proses auto-debit melalui KAD DEBIT dan KAD KREDIT berbeza? Yg mana lebih merbahaya sekiranya berlaku penipuan?

Sy amat-amat berterima kasih sekiranya ada pihak yg boleh memberi penerangan kpd sy mengenai tersebut. Sekian.

Firdaus Rosli - Julai 13, 2010

Ada beberapa perkara lain juga yang ramai ingin tahu mengenai pelan ini. Namun oleh kerana ianya satu projek tele-pemasaran, ianya dianggap sebagai sesuatu yang istimewa dan tiada keperluan mendesak untuk maklumat mengenainya dipaparkan di laman web Chartis atau TM.

1) Nombor yang menghubungi saya pula, adalah sebuah nombor private. Adakah pakej ini ditawarkan oleh Chartis secara terus kepada pelanggan, atau melalui ejen mereka?

2) Proses auto-debit memang memudahkan bagi proses pembayaran, kerana pihak insurans memerlukan pembayaran pada masa yang tepat bagi membolehkan perlindungan diteruskan. Namun, seharusnya pihak bank terlibat diberitahu terlebih dahulu agar tidak berlaku kekeliruan pendapat antara mereka.

Hal ini kerana pihak Maybank terus dengan pantasnya mencadangkan saya untuk membatalkan kad Visa Debit sedia ada bagi mengelakkan sebarang risiko kehilangan wang tanpa kerelaan.

Seperti yang kita selalu lihat di mesin ATM, ada pesanan dari pihak polis agar kita tidak mendedahkan sebarang butir perbankan kepada pihak ketiga. Ini termasuklah kad kredit serta kad debit.

Diharapkan “jurucakap” Chartis yang kerap kali memberikan komentar di sini dapat terus setia bersama kita bagi membantu menjelaskan kepada kita segalanya mengenai pelan perlindungan ini. Namun jaminan daripada saya, pelan TM Active Protection Plus ini benar-benar wujud, cuma mekanismenya masih kabur pada pandangan kita sebagai pelanggan.

17. Felix - Julai 14, 2010

Saya harap Encik Firdaus boleh buka satu comment baru yang betul-betul meminta maaf tentang case ini. Untuk pihak pelanggan dan mana mana pihak yang berkenaan pun dapat tahu yang dahulu Encik Firdaus dah tahu bersalah dan tidak akan tuduh mana-mana pihak yang bersalah ataupun penipuan sebelum membuat apa-apa pengesahan. Harap dapat lihat comment yang terbaru Encik Firdaus yang akan post. Terima Kasih.

Firdaus Rosli - Julai 14, 2010

Biarkan komen itu terus wujud, supaya mereka dapat lihat bahagian yang mana terdapatnya kesalahan maklumat.

Sudah minta maaf dan ubah tajuk, apa lagi yang “jurucakap” Chartis ini mahukan? Mungkin lebih baik terus saman.

18. Rinah - Julai 15, 2010

in regards to your Questions..
Q1.Nombor yang menghubungi saya pula, adalah sebuah nombor private. Adakah pakej ini ditawarkan oleh Chartis secara terus kepada pelanggan, atau melalui ejen mereka?
A1. Pihak kami menggunakan perkhidmatan panggilan jimat kos kerana panggilan akan dibuat keseluruh Malaysia, bukan di Selangor sahaja. Sekiranya En firdaus aware terdapat sesetengah bank juga yang menggunakan perkhidmatan yang sama (Recovery / Promotion) dan no yang akan terpapar di skrin hp anda akan tetap Private Number.

Q2) Proses auto-debit memang memudahkan bagi proses pembayaran, kerana pihak insurans memerlukan pembayaran pada masa yang tepat bagi membolehkan perlindungan diteruskan. Namun, seharusnya pihak bank terlibat diberitahu terlebih dahulu agar tidak berlaku kekeliruan pendapat antara mereka.
A2) Di bahagian Pengurusan(Management) perkara sudah pasti cukup jelas, namun terdapat puluhan cawangan di seluruh malaysia dan bukan semua staf aware dengan promotion yang sedang on-going. Satu bank bukan hanya berurusan dengan satu pihak tapi multiple companies dlm masa yang sama. sekiranya you tanya dengan staf maybank samada Maybank ada melakukan Perlindungan kerjasama dengan Chartis, saya pasti jawapan yang you akan terima adalah tak, walhal memang ada. Sama juga untuk TM Active Pro Plus. bahkan ada juga staf TM sendiri yang tidak aware mengenai perlindungan in. Jadi tak adil sekiranya you menyalahkan Telemarketer yang menghubungi you cuba untuk menipu you or what so ever, sedangkan mereka hanya menjalankan tugas sahaja.

Firdaus Rosli - Julai 21, 2010

Saya minta untuk terima e-mel untuk lebih maklumat tentang pelan ini, sebelum saya bersetuju. Malangnya Rinah Raflee enggan, dengan menyatakan pelanggan perlu melanggan pelan insurans ini dahulu. Maaf, saya tahu anda bukan Rinah pun, entah-entah nama itu hanya samaran semata.

19. mohyinjoeco - Julai 18, 2010

Tahniah dan terima kasih kepada En Firdausrosli kerana malalui blog ini telah MENGHILANGKAN kegusaran dan kemusyhkilan saya terhadap PLAN ini. Kini saya percaya PLAN ini adalah SAH.

20. HIP - Julai 21, 2010

ko ni bodoh firdaus..lain kali banyakkan membaca.nama pun TELEMARKETING.TELE tu stand for TELEFON.MARKETING tu pemasaran..klu aku dah bgtau ni pun ko still tak tau lagi..buat malu KLIUC ko tu je.untuk pengetahuan kau,canada ngan USA,diorang beli insurans guna internet tau tak??langsung tak dengar suara.bongok..kalau ko rasa curiga,yang ko gi bagi no maybank debit ko kenapa?apa la bebal sgt ko ni??c’mon la..jgn malukan diri sendiri..tolong la bykkan membaca..malu aku sebagai org melayu ada org cam ko..serius..mo ni memalukan bangsa..nk tunjuk hebat di tempat yg salah..lawyer wannabe..

Firdaus Rosli - Julai 21, 2010

Yang nak marah lebih-lebih apasal? Kamu ni pun serupa, ejen Plan insurans ini jugak ke? Untuk pengetahuan, saya dah lakukan sekatan ke atas kad, dan satu sen pun tak melayang keluar. Sekurang-kurangnya kalau saya bodoh pun, wang saya tak di”auto-debit” tiap-tiap bulan macam sesetengah daripada kalian.

Mungkin ada yang perlukan pelan insurans ini, boleh sahaja untuk melanggan, tiada halangan. Tapi maaf, saya tak perlukannya langsung, dan menyampah bila orang di Malaysia nak gunakan cara USA untuk berniaga, semua dari Amerika itu betul bagi mereka?

Maaf la, kalau alamat e-mel pun dah tipu, jangan ada hati untuk tegur orang. Entah-entah kamu la Melayu yang rajin menipu saudara sebangsa.

21. Felix - Julai 22, 2010

Kalau u betul2 pandai, apasal u agree untuk daftar dalam program tu?
apasal u nak bagi verified detail dan u nak bagi nombor kad?
kalau u minat plan ni, kalau u tak suka, tak payah agree dan bagi detail u.. plan ini tiada paksaan, ini adalah tugas sebagai seorg ejen yg perlu jelaskan dan daftarkan customer.. kalau u tidak minat, letak telefon je..jgn nak buat hal banyak, buang masa u sendiri, buang masa kita,juga buang masa sesiapa yg terlibat.. rasa2 nya sendiri dah pandai sangat tu.. email i tau tipu, tak macam HIP tu.. tapi apa HIP ckp tu memang betul.. u ni otak dah “ter pandai”, org yg pandai belajar, pandai fikir , bukan macam ni buat lar adik… org yg tak belajar tu “kurang ajar” tapi u ni dah “terlebih ajar”~!

Firdaus Rosli - Julai 22, 2010

Nampaknya anda sebagai seorang “tele-marketer” dah melanggar etika tugas anda. Saya sebagai pelanggan, adalah hak saya untuk mengetahui maklumat secukupnya mengenai apa yang anda ingin promosikan.

Saya minta e-mail maklumat pelan, kalian kata perlu langgan dulu. Apa punya marketing yang kalian amalkan ini?

Jadi, lebih baik saya pura-pura berminat, agar saya dapat tahu sebanyak boleh maklumat tentang pakej ini, dan nilaikannya sendiri. Nak tipu wang kami? Jangan risau, bila-bila masa kami boleh batalkan kad, daripada dikenakan auto-debit sampai mampus.

22. Felix - Julai 22, 2010

kalau u berani, u cakap lar sekarang yang kita ni ejen dari Chartis yang jual perlindungan tu kepada pelanggan TM tu adalah penipuan..
Topic dah tukar, lepas tu nak lebih-lebih lagi pulakz..
sekadar rm35,rm25 je pun dah nak lebih lebih~~
kalau tak mampu nak bayar cakap la tak mampu..
tak payah la nak buat lebih lebih dekat sini..
kalau u betul2 berani, buka la comment lagi yg TM Active Protection Plus itu satu penipuan.. kalau u dah percaya ianya benar benar ada,
terima apa yg procedure tele-marketing ni.. kenapa perangai mcm budak kecil yg tak faham2 tu..

Firdaus Rosli - Julai 23, 2010

Wah, nampaknya satu paksaan kepada pelanggan untuk terima cara kalian dalam promosi pelan ini! Dahsyat betul, sampai sebarang feedback pun tidak dibenarkan, termasuk dalam blog sendiri. Sudahlah, biarkan yang di luar menilai. Kalau mereka perlu pelan insurans ini, tinggalkan saja butir peribadi kepada Chartis di 1 800 8888 11, kemudian akan ada ejen-ejen seperti mereka ini yang akan hubungi mereka.

23. Pemegang Polisi - Julai 23, 2010

weh budak..kenape la ko nie bengap n bebal sgt..ak pn ade amik program nie la..ko tu yg x fham prosedur..mmg la tele-markerting diorg pnye prosedur mcm 2..klu ko x nk, buat ape ko bg mklumat kad debit ko yg x tntu ade duit ke tak 2..jgn r nk brlagak sgt..aku gune credit kad lgi..x kisah pn..debit kad 2 adik aku darjah 5 pn ade la..buat malu je..hahahaa..rmai je mmber2 aku dh amik plan nie..siap dh leh buat claim lg..aku penting kan protection..duit boleh cari la..kalau ko dah cacat ke mampus ke..sape nk jage mak bapak ko?yg ko bangang sgt nk tgok email pelan nie knape..ko x dgr ke ape yg minah 2 ckp hri 2..ke ko nie mmg tuli..mtg2 la pompuan yg call ko..terus stim..hahahaa..lg stu..mne la ko boleh dpt email klu ko x daftar bodohhhhh..aduis..mnusia mcm ko nie pn ade ke..malu weiiii..baik ko blajar je la..jgn nk buat2 pandai..sume org thu ko 2 bodoh..mmber2 ak gelak2 la bca post ko nie..ko kne ingat, bljar pn x abes nk brlagak pndai..org mcm ko nie la yg slalu timbulkan msalah n menimbulkan prgaduhan..post ko nie boleh mngelirukan pmegang polisi pelan ni..aku x backup sape2..tapi kt sini npak sgt la kebodohan ko 2..x tahu nk berlagak pandai..kpada2 agent2 chartis..jgn la korang layan mamat nie..die dah masuk air kot or terencat akal agaknye..baik korang continue je korang nye GOOD SERVICE..n terima kasih sbb tawarkan sy program yg bagus..premium pun rendah..tapi coverag, not bad..btw, krim slam pada agent korang yg name Siti Marlina..die sgt polite n melayan kerenah sy hri 2 sbb byk soalan yg sy tnye..tpi die sabar je..ye la..klu x faham tanye la..bukan terus hntar post ‘bodoh’ nie kan..dah la..renung2kan la muke ko yg..malas la nk ckp..faham2 la kn..ok chow..!!

Firdaus Rosli - Julai 23, 2010

Seperti yang kita baca, komen kamu ni jelas datang daripada seorang ejen. Kalau tidak, masakan marahnya semacam je?

24. Agen Insuran PrudentialBSN Takaful - Julai 24, 2010

Firdaus, kenapa kamu sentiasa berfikiran negetif terhadap Agen Insuran? Asalkan komen berbaur negetif dan memburuk-burukkan kamu, kamu tunding jari kepada agen. Saya juga seorang agen, tapi kami mengamalkan etika & peraturan. Bukan semua agen tidak baik, cuma segelintir sahaja itupun mungkin seorang dua. Saya harap Firdaus janganlah menimbulkan konfik dan salah faham orang ramai terhadap Agen Insuran. Kami pun cari rezeki & bekerja. Bila saya baca post & komen Firdaus, saya sedih kerana Firdaus menganggap kerjaya seorang Agen Insuran sebagai kerja yang tidak baik. Renung-renungkanlah.

Firdaus Rosli - Julai 25, 2010

Untuk pengetahuan saudara/i, saya tidak prejudis kepada ejen insurans, yang saya tahu sebahagian besar daripada mereka bekerja demi mencari nafkah, sama seperti kebanyakan yang lain. Saya juga tidak segan apabila didekati oleh ejen-ejen insurans di tempat-tempat awam, kerana mereka lebih beretika serta mesra pelanggan.

Fokus saya adalah ejen yang berurusan dengan pelanggan menerusi “tele-marketing”, yang tidak memberi pelanggan masa secukupnya untuk mempertimbangkan tawaran yang diterima menerusi sumber-sumber yang mereka ada. Sudahnya, wang ditolak setiap bulan dan ini menjejaskan sumber kewangan para pelanggan dalam menghadapi keadaan kenaikan harga barangan sekarang.

Diharap para ejen “tele-marketing” ini dapat beralih cara pembayaran kepada yang konvensional supaya pelanggan dapat merancang pembayaran mereka berlandaskan kedudukan kewangan masing-masing. Prinsip mudah, tiada bayaran, tiada perlindungan.

25. Agen Insuran PrudentialBSN Takaful - Julai 25, 2010

Tidak kiralah Ejen Insuran mahupun Konsultan Tele-marketing, kedua-duanya berada di dalam skop kerja yang sama. Bukan semua konsultan yang tidak baik, saya sendiri pun ada mengambil progam PA (Personal Accident) melalui tele-marketing sebagai peghargaan kerana mengunakan kad kredit. Program tele-marketing mungkin baru bagi kita rakyat Malaysia, tetapi dunia semakin kedepan, kalau awak masih selesa berurusan dengan ejen atau cara konvensional, awak boleh berjumpa terus dengan mana-mana ejen, tetapi bukan dengan memburukkan mana-mana konsultan. Mereka pun sama macam saya, cari rezeki, dengan post ini akan menyebabkan pendapatan mereka akan terjejas teruk. Bayangkanlah kalau mereka sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan serta komitmen yang besar, bagaimana mereka harus meneruskan serta menyelesaikan segala-gala perbelanjaan dan hutang, sedangkan punca rezeki mereka disekat? Saya faham apa kesulitan dan kepayahan yang mereka hadapi dalam menyakinkan serta menarik minat pelanggan melalui telefon. Ada yang baik, ada juga yang meletakkan telefon, ada juga yang hanya mendengar, ada juga yang memaki serta marah-marah, ada juga yang ambil tetapi tidak faham apa yang diambil dan macam-macam jenis pelanggan dengan kerenah, ideologi dan persepsi masing-masing. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, sama ada awak mahupun konsultan, tetapi saya rasakan apa yang konsultan lakukan adalah mengikut prosedur dan syarat bawah kawalan Bank Negara Malaysia. Itu merupakan bidang tugas dan skop kerja mereka. Jika saya menjadi konsultan pun mungkin saya akan meluahkan apa yang sepatutnya demi menjaga periuk nasi saya dan kebanyakkan komen yang saya baca dari ‘konsultan’ (bukan ejen) program ini adalah betul serta tepat. Sekali lagi saya harap supaya awak dapat mengubah persepsi serta pandangan awak terhadap ejen mahupun konsultan insuran. Kami mencari rezeki bukan cari duit HARAM. Kalau awak tidak tahu serta tidak faham, silalah bertanya atau rujuk kepada orang-orang yang sepatutnya serta mahir mengenai sesuatu bidang, bukan dengan orang luar dari bidang yang sepatutnya, itu langsung tidak adil. Jika tidak awak akan hanya dipandang serta masyarakat akan menganggap awak sebagai ‘buat-buat’ pandai atau bahasa kasarnya ‘bodoh sombong’. Renung-renungkanlah.

Firdaus Rosli - Julai 25, 2010

Seperti yang anda kata, masyarakat akan memberi tanggapan negatif kepada saya oleh kerana tidak memperoleh ilmu daripada orang yang sepatutnya.

Jadi apakah yang konsultan tele-marketing ini perlu risaukan? Saudara meyakini bahawa mereka akan memperoleh kepercayaan dan respons positif daripada masyarakat di negara ini.

Satu tulisan oleh seorang penulis blog konservatif seperti saya, nescaya tidak mampu untuk mengubah keyakinan masyarakat kepada konsultan tele-marketing bukan?

Lihat ini pada sudut kebebasan bersuara, kerana saya benar-benar tidak menggemari cara konsultan tele-marketing ini beroperasi. Seeloknya mereka boleh sahaja mencari peluang kerja lain untuk menyuap anak, isteri/suami, daripada menjalankan aktiviti ini yang penuh dengan ranjau berduri.

Namun, godaan wang ringgit lebih indah di mata bukan?

26. Agen Insuran PrudentialBSN Takaful - Julai 25, 2010

Sila baca komen saya dengan mata dan hati yang terbuka, adakah saya menyebut bahawa ‘mereka akan memperoleh kepercayaan dan respons positif daripada masyarakat di negara ini’? Apa yang saya tulis adalah ‘Saya faham apa kesulitan dan kepayahan yang mereka hadapi dalam menyakinkan serta menarik minat pelanggan melalui telefon. Ada yang baik, ada juga yang meletakkan telefon, ada juga yang hanya mendengar, ada juga yang memaki serta marah-marah, ada juga yang ambil tetapi tidak faham apa yang diambil dan macam-macam jenis pelanggan dengan kerenah, ideologi dan persepsi masing-masing.’. Awak kelihatan sangat terburu-buru dalam melontarkan sesuatu perkara tanpa perlu memahami isi kandungan serta maklumat yang cuba disampaikan. Jadi saya tidak terkejutlah sekiranya post ‘seorang penulis blog konservatif’ ini mampu serta dapat memesongkan mahupun mengelirukan masyarakat di luar sana walaupun dengan post yang tidak berasas ini, kerana kita sendiri pun tahu, masyarakat hanya akan bersandar serta bergantung sepenuhnya kepada satu sumber sahaja yang ada di depan mata, apa yang mereka nampak atau baca, terus idea datang tanpa memikirkan dari sudut-sudut yang berbeza, ianya sama seperti awak juga, belum pun siasatan dilakukan dengan sepenuhnya, terus membuat kesimpulan mudah. Awak langsung tidak sedar mengenai kesilapan serta kesalahan awak dalam post ini. Ucapan maaf hanya dibibir, tetapi tidak di dalam hati serta awak langsung tidak mengaku kalah, jika ada komen balas, ada sahaja yang awak inigin balas atau lawan. Tinggi mana pelajaran awak, sejauhmanakah pengetahuan awak mengenai insuran, pakar ke awak dalam prosedur tele-marketing?

Kebebasan bersuara itu memang dibenarkan, tetapi jika ianya mampu mendatangkan kekeliruan serta percakaran dalam masyarakat, ianya hanya akan memakan ‘tuan’ punya tulisan mahupun idea. Tidakkah awak sedar berapa ramai orang yang telah ditahan atau direman oleh kerana blog atau pun tulisan mereka dan ada juga hanya sekadar meletakkan komen di Facebook ditahan. Berbicara dan menulis tanpa berfikir, inilah jadinya.

Kalau tidak suka dengan cara mereka, kenapa perlu diteruskan perbualan itu, kenapa perlu segala maklumat diberikan, kenapa perlu bersetuju tanpa berfikir, kenapa dan kenapa?

Alahai Firdaus (seperti rancangan Alahai Fafau, TV9)..mudahnya awak bercakap, awak masih belajar, tidak tahu bagaimana sukar mencari pekerjaan yang stabil, kalau hanya menjadi krew makanan segera seperti awak memanglah bersepah-sepah boleh cari, tetapi ini berkaitan dengan kelangsungan hidup. Kenapa perlu mereka mencari kerja ataupun peluang kerjaya yang lain, apa masalah dengan kerja mereka sekarang, adakah hanya dengan ‘nila setitik’ mereka harus meninggalkan kerjaya mereka? Tidak semudah itu. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan awak terhadap konsultan insuran, apa salah mereka, apa yang mereka lakukan sehingga awak langsung memandang keji dengan kerjaya mereka, adakah awak ada hati dan perasaan dalam membuat sesuatu perkara?

Wang ringgit bukan godaan, tetapi bolehkan awak hidup tanpa wang, kenapa awak perlu bekerja di restoran makan segera? Bukan kerana wang kah? Cakap janganlah sembarangan. Apa-apa pun banyakkanlah membaca serta mengkaji kalau dirasakan diri itu cukup sempurna. Ingat pesan nabi, ‘menuntutlah inlu sehingga ke liang lahad’. Kalau ilmu tidak cukup jangan hendak memandai-mandai atau bodoh sombong. Akui kesilapan dan mohon kemaafan kepada yang terlibat. Janganlah awak tutup dan sumbat pemikiran anak bangsa terutama masyarakat Melayu dengan ideologi dan pemahaman negetif terhadap sesuatu perkara. Renung-renungkanlah.

Firdaus Rosli - Julai 25, 2010

Apa yang saya mohon maaf, hanya kerana keraguan terhadap kesahihan “TM Active Protection Plus” ini sahaja.

Nampaknya saudara juga dalam diam cuba menutup mulut saya daripada bersuara untuk menzahirkan rasa tidak selesa dengan konsultan tele-pemasaran dan model pemasaran mereka. Salahkah saya untuk memiliki perasaan sedemikian?

Harus diingat, ini blog saya dan tempat saya meluahkan rasa. Taburkanlah lagi pelbagai penghinaan dan kritikan, saya terima dengan terbuka, dan tetap dengan pendirian saya bahawa aktiviti konsultan tele-pemasaran benar-benar mencurigakan kita dan mengganggu urusan peribadi masyarakat.

Ada komen seterusnya? Dipersilakan.

Rinah Raflee - Ogos 16, 2010

Syabas atas susun atur kata-kata Agen Insuran PrudentialBSN takaful yang cukup jelas.

En. Firdaus..
seperti kata En. Agen Insuran tadi, berhati-hati bila berkata-kata, jangan sampai menyusahkan diri anda sendiri pula kemudian. Anda masih lagi dengan status pelajar, jadi saya pastu anda belum lagi merasa kesukaran mencari pekerjaan. Kalau tidak, manakan pula beratus graduates pemegang ijazah mahu bergelar sebaai tele-marketer juga.

Perbuatan anda sedikit sebanyak akan mempengaruhi periuk nasi orang lain. Tuhan memberikan kita mulut dan anugerah kata-kata untuk kita bertanya sekiranya tidak paham. Bukan untuk kita membuat tuduhan melulu tanpa berfikir panjang apa kesannya kepada orang lain. Empathy…

27. Pemegang Polisi - Ogos 13, 2010

Wey BONGOKKKK..!!

“Sebagai tanda permohonan maaf, saya akan melakukan perubahan ke atas tulisan ini, serta tajuknya bagi mengelakkan kekeliruan bagi semua. Sebuah tulisan khas juga bakal diwujudkan, sebagai maklum balas dan cadangan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi mengelakkan daripada berulangnya persepsi negatif dan syak wasangka daripada seorang yang hanya bergelar “pelanggan” seperti saya.”

JANJI TINGGAL JANJI..MUNAFIK..!!

Firdaus Rosli - Ogos 14, 2010

Tak habis baca ke? Saya kan masih tunggu e-mel dari Chartis yang masih tak kunjung tiba.

Firdaus Rosli - Ogos 14, 2010

Kalau ejen tetap ejen jugak. Hamburkanlah kata-kata hina, semoga Ramadhan anda berkat ya!

28. dkas - Ogos 16, 2010

salam…kpd semua pembidas2..

blh panggil awk daus??
sy dah lm follow dis blog, tp br hr ni sy terbuka ati nk comment. apa yg daus wat mmg btl. u receive a call frm telemarketer n offer u a program. n u minat tp u nk prove ur sumting utk reference..tp xde kn. tp sy hairan if u xcaya dis program knp u nk bg crd no..n at d end u dah cancel kn crd tu n alhamdulillah xde pa2 lg. ini nasihat sy kat sapa2 if u dont trust don’t ever2 giv ur crd no…it simple as dat.
u dah buat apa yg u perlu buat..tp knp u nak onarkn lg perkara ni.

sy xsalah kn awk or sapa2..tp cara tu kn btl..n d way u act is nt shown like u n educated person..ur statement naikkan darah segilintir pihak.. biasa la 2, manusia selalu wat keputusan terburu2 tanpa berfikir..

sy bercakap melalui pengalaman cz sy penah keja in dis field..f.y.i most of insurance comp n bank use dis type of program cz cut cost. chartis insurance collabrate wit TM..n maybe other comp join wit other sponsors.n kebanyakan yg bekerja dis field is educated person..MASTER pun ada. sekarang susah nk keja, drpd tnm anggur.
mmg la telemarketing ni dr oversea…n m’sia br tp bbrp2 thn gak. BLOG exist utk kt bg feedback yg bernas bkn utk hentam org. n if bnd ni kt blh terima cz dtg ny dr sana tp knp x ni!!!!

n 1 ting sy musykil…setau sy daus ckp dah cancel kn crd n u dah cancel kn dis program ni x?? daus penah bl brg on9 tk??u hv to pay 1st, br dpt brg kn camni jugak ni..u must pay d premium 1st br la u dpt policy cz dat 4 ur own protection…if nt watpe diaorg nk buang ms reply ur email. n apa yg diaorg hantar adalah policy bkn ny kertas kosong…n guna cost gak. u blh tny ejen ins kat luar sana gak…camne nk dpt policy…blh rujuk dulu br byr x??

kepada semua pembidas2 kat luar sn..especially 4 daus.
ckp la menghentam, cz ramai yg kat luar sana cr rezeki in dis field..jgn krn NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. sempena ramadhan bermaaf2 la…selamat puasa…

29. Aina&aiman - Ogos 20, 2010

Assalamualaikum….Selamat berpuasa…
TM Active Protection Plan
Polisi yg bagus. Insyallah..
tetapi sebelum setuju pahami dgn teliti.
Tak paham Bertanya.
Insyallah semuanya BAIK2 belaka.
AMIN.
Thanks Cik Firdaus.. kerana blog ini, sy yakin dgn WuJudnya TM Active Protection Plan. Thank to Tm &Chartis.Wish All The BEst.
Amin.
Allahuakbar.

30. Ore Gedebe - Ogos 24, 2010

Good Job Firdaus Rosli, This Post Is Really Helpful.

Apa yg aku buat bila dapat panggilan cari agen ni, aku search kat Google “TM Active Protection Plan”…tang terpampang blog ni.
Kenapa bukan link dari TM or Chartis yg kluar?
Agen TM or Chartis, buat la satu statement pasal benda ni kat internet kalau benda ni betul2 SAH. Semua org tahu yg TM is the biggest Internet Service Provider (ISP) kat Malaysia, x kan benda simple mcm 1 page statement pasal benda ni pun korang x leh nk buat.

Cakap pasal Tele-Marketing ni, dah ramai org kat Malaysia ni kena tipu dengan benda2 macam ni. Jadi x salah bila seseorang itu berhati-hati bila mendapat panggilan dari egen yg x dikenali.

Kepada agen, korang pilih short cut, “Tele-Marketing” this is the challenge that you guys should take. Aku tgk agen insuran yg lain edar flayers , buka booth kat pasaraya, buka booth depan bank, etc memerah keringat untuk dapatkan & meyakinkan pelanggan. Kenapa korang tidak buat cara yang sama?

Apa-apa pun, selagi TM x kluarkan statement pasal benda ni. Selagi itu aku x kan join benda ni. Selamat Berpuasa and Wassalam…

31. Felix - Ogos 24, 2010

Ore Gedebe

ini adalah salah satu pekerjaan yg baru di M’sia, kat luar negara dah berterabuh dah! mungkin you org ni ketinggalan zaman, x dpt ikut generasi baru.. dan lagi sorry lar.. i rasa you pun tak layak.. sebab ini untuk sesetengah TM customer.. kalau ada call you nasib nasib la..

lu pikir lah sendiri - November 12, 2010

Felix

Ini memanglah salah satu cara baru di Malaysia, tapi adakah MEMAKSA masyarakat untuk ambil POLISI INSURANS ni juga cara baru untuk tarik pelanggan????

Di sini saya nyatakan situasi saya.

Saya baru saja menerima panggilan dari private number yang bagitau dia adalah agen insurans dari Chartis dan menerangkan pelan Insurans yang ditawarkan. Saya bagitau dia yang saya tak berminat untuk menyertai insurans tersebut. tapi saya dipaksa untuk mengambil plan tersebut dan dia masih lagi nak minta nombor kad saya. so, saya terus letak telefon, dia call balik. bila saya tak angkat call dia, dia call pulak pejabat saya. dari mana dia dapat maklumat ni pun saya tak tau. akhir sekali, saya bagi je nombor kad palsu supaya di tutup mulut dan tak kacau saya lagi.

so, saya tanya satu soalan kepada Agen Insurans yang buat “tele-marketing” ni. Adakah pelanggan yang korang call WAJIB ambil insurans yang korang promote tu? kalau tak WAJIB, kenapa asyik MEMAKSA kitorang bagi nombor kad dan kenapa asyik telefon bila orang dah bagitau tak berminat?

Adakah kaedah MEMAKSA ini kaedah baru dalam mempromosi INSURANS korang yang korang rasa TERBAIK tu?

32. uzair - September 5, 2010

Kesimpulan yang boleh saya buat selepas mengikuti komen-komen daripada ‘agen-agen’ yang menyokong Chartis, bahawa ini adalah satu PENIPUAN. Sikap yang ditunjukkan semasa memberi komen membuatkan orang boleh melihat bahawa mereka hanya berselindung untuk menyokong penipuan ini.

Komen yang kononnya datang dari orang yang berpengalaman dan matang, sebenarnya hanya makin ‘membuka pekung di dada’.

Kami sebagai pengguna berhak untuk menyelidik tentang hak kami. Tetapi kalau ini sikap ‘agen-agen’ insuran tele-marketing, ia menambahkan ketidakpercayaan kami.

terima kasih Firdaus di atas usaha baik ini. Jangan takut untuk menyebarkan kebaikan.

wa’alaikumsalam

33. apa ada pd nama - November 7, 2010

firdaus rosli thank bebanyak sbb info dri anda.
Yg x suka firdaus rosli tu fuck off and die je.

34. Lianal - Disember 16, 2010

Salam Firdaus, boleh bg ur email tak…nak chat with you and to know more about this topic. Boleh email kan kat sy ya. Thks.

35. rin - Disember 25, 2010

got a call this morning from someone that wanted me to subscribes for the tm protection plus. i almost gave my debit card 3 digit security number (which they claim my id number.hahahha…so funny)thanks again for the post.

36. name - Disember 25, 2010

thanks firdausrosli..sume tu mmg scam..saya rasa org yg same beri post utk hentam anda..jgn terpedaya sbb saye rase u did the right things..
pls people, dont fall for this scam..kalo diorg keep calling just bg no kad yg salah (macam sorg commentator tu buat)..then kalo nk layan diorg call pon leh gak..tanye the details (tp jgn terpedaya) n reveal the conversation to the public..

37. baru nak ter'kena ni ha.. - Januari 27, 2011

betul juga tu,klu pelanggan yg terpilih apasal tepon sampai banyak kali plak….emmm..macam ada yg tak kena jer…strategy marketing la ni untuk tarik perhatian,lagi satu kena melanggan dlu bru dapat detail,masa tu duit dah kena kebas dulu dah,klu nak stop pun dua bulan punya bayaran dah debit/kredit siap dah..kiranya tak menang-menang la camni punya deal..memang tak dinafikan plan ni bagus,cuma cara promo tu jer berat sebelah skit kot…

38. cik yan - Februari 2, 2011

thanks for the info firdaus…realy helps.

last month i bru je dpt call from a telemarketer but die xde pulak bgtau die dr CHARTIS. he promote the plan and xde pulak inform i to join and there is a charge for that. so i thot he’s from the bank who call to promote the plan la and dgn senang hati jgk la i bgtau my cc no(my own fault)
recently pulak,i just got the cc statement. i’m so shock that RM152 was deducted from the account.tht amount even too small to certain people but it’s a quite big amount utk i.imagine…i can pay it for other bills and hutang yg melambak2 lg.
i bru je call hotline dieorg…but the only thing they can do is give me the ref no to check the status of my complaint aft 14 days. They said, dieorg akn playback the record of the conversation and see whether their side yg salah ataupn i sendiri. hopefully…sape yg benar will win. just wait and see***

Firdaus Rosli - Mac 31, 2011

Rasanya bila wang cik yan dah ditolak, pastinya susah untuk mereka beri balik. Melainkan cik yan ganti kepada Maybankard baharu, memandangkan mereka hanya caj menerusi nombor kad terkini cik yan.

39. mrvista88 - Februari 26, 2011

HAHAH..syukur saya xterkene…
baru je sejam lepas operator pompuan yg menwarkan khidmat perkhidmatan kononnya dari TM…

sye musykil bila die meminta no atm kad..
ap yg sye dpt mklumat ttg operator tersebut
dia mgnakan nama

SITI MARLINA BT MEOR.

pihak yg berwajib sila membuat tindakan
ttg jenayah cyber yg smakin menjadi2 skunk ni..

mrvista88
tidak akn mudah tertipu.

thanks kpada anda smua..
sedkit sbyak membantu..

^_^

40. SITI MARLINA BTE MEOR - Mac 4, 2011

terkena?
biarlah Allah saja yang membalas kepada mereka yg menutup periuk nasi orng.. Saya doakan Allah akan tunjuk kpd kamu..

musykil janganlah setuju nak daftar..
kami pun bekerja secara HALAL.
bukannya kami menipu kamu..

RENUNG-RENUNGKANLAH…
ALLAH MAHA BESAR…
AMIN.

uzair - Mac 30, 2011

kami tak tuduh anda buat kerja haram. melainkan kalau anda yang telefon kami untuk suruh kami langgan benda ni.

mamaciki - Disember 14, 2011

insan yg menelefon tu bkn 100% salah tp dalang disebaliknye dan mereka ini pula mcm bersubahat mengelirukan pelanggan plak.. sbnrnye situasi ini terjadi akibat banyak kes-kes menipu di Malaysia ni.. tu yg org ramai ssh nk percaya. lantak lh nk kata kt negara luar dh pkai lama tp sejauh manakah keberkesanannya? sy tgk kt malaysia ni terlalu banyak pihak yg suka mengambil kesempatan dan akhirnya tiada pihak yg betul2 membela nasib org2 yg teraniaya nie.. itu lah sebab kenapa ada sifat prejudis.

41. lupa daratan ko ni!!! - Mac 4, 2011

Nota:

1) Saya ingin membuat permohonan maaf kepada para pembaca, serta pihak-pihak yang terlibat dalam penawaran pakej TM Active Protection Plus. Berdasarkan maklumat yang saya baru perolehi, pakej ini benar-benar wujud dan ditawarkan oleh Chartis Malaysia Insurance Berhad bersama Telekom Malaysia Berhad.

2) Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai pakej ini setelah saya memperoleh e-mel rasmi daripada Chartis Malaysia berhubung pakej khas untuk pelanggan TM ini. Sebelum ini saya tidak dapat memperoleh maklumat menerusi e-mel berhubung pakej ini daripada operator tele-pemasaran yang menghubungi saya menerusi talian private sebelum ini, kerana diberitahu bahawa saya harus melanggannya terlebih dahulu.

3) Saya telah menghubungi TM menerusi bahagian “feedback” dalam laman web rasminya, namun tiada sebarang balasan yang diterima oleh saya, menyebabkan saya terus mengekalkan tajuk tulisan yang sama dari 25 Mei 2010 yang lalu.

4) Sebagai tanda permohonan maaf, saya akan melakukan perubahan ke atas tulisan ini, serta tajuknya bagi mengelakkan kekeliruan bagi semua. Sebuah tulisan khas juga bakal diwujudkan, sebagai maklum balas dan cadangan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi mengelakkan daripada berulangnya persepsi negatif dan syak wasangka daripada seorang yang hanya bergelar “pelanggan” seperti saya.

42. Cahaya - Mac 5, 2011

dah lame aku dok bace blog ni…ini adalah hak memasing laa nak komen ape2 kan….tp ape yg aku buleh katekan mostly komen negatif datang dr mereka yg belum masuk ke dunia pekerjaan lg…jd jgn nak berbangga anda masih belajar nnt kluar dpt keje best…dah mcm keja aku buat after grad dulu…m

tele-marketing mmg boleh dikatakan baru lg kat M`sia nih…so agak tough utk yakinkn rakyat malaysia utk membeli…kalo dah malas layan jgn angkat phone tu atau just ckp x minat nak dgr langsung….tele-marketer tu manusia…ade perasaan…diorg bukannye mesin and diog buleh faham ape yg korg ckpkan….

kat call floor aku nih bersepah bdk2 degree yg x dpt keje lain..last dtg keje cni…most company di sini will not hire org without any experience…jgn nnt saudara pon dtg mintak keje nak jadik tele-marketer…jilat ludah sendiri…..sesiapa yg dah bekerja mmg tahu betapa azabnye nak dpt satu2 pekerjaan tu….

anda masih muda…its quite normal bila darah muda akan buat sesuatu tanpa berfikir panjang….so jadikan ini sebagai tauladan yer…TM & CHARTIS adalah antara company yg ade kuasa mutlak ambil tindakan ke atas awak…..

Bykkan membaca…paling koman pon bace newspaper bahagian business utk tmbh pengetahuan anda…kalo anda da bagus sgt..langgan majalah berunsurkan business supaya anda x tertggal keretapi…

ini utk membantu anda yer…..itulah gunanya otak diletak kan tmpt teratas di bdn kite…utk digunakan sebaiknya….mungkin anda pandai dr segi akademik…..but from the other side you still need to improve….

to mrvista88….pihak berwajib juga mungkin boleh ambil tindakan ke atas awak juga kerana memburukkan nama org…tele-marketing bukan cyber yer…itu telefon yer cik….

jgnlah nak tabur pasir dlm periuk nasik org…bende ni sensitive…pikirlah sebelum anda bertindak…

Firdaus Rosli - Mac 31, 2011

Anda boleh terus cuba memperoleh pelanggan lain. Lagipun blog Kelapa Muda ini, bukanlah ramai pun pengikutnya.Jadi, tak ramai yang tahu.

Tanggungjawab saya, untuk menyampaikan mesej memberitahu pembaca blog saya yang sedikit mengenai strategi tele-marketing ini, dan supaya para pembaca menghindari daripada pujuk rayu para petugas tele-marketing.

Tidak timbul soal tutup periuk nasi, kerana anda sekalian masih boleh mencari makan dengan ayat-ayat manis petugas tele-marketing.

43. mel - Mac 26, 2011

saya belum menerima sebarang email dari pihak yg menawarkan polisi ini, mereka meminta no.ic dan no acc maybank saya. adakan selepas saya manerima email dari mereka baru saya disahkan menerima polisi ini? sekiranya saya tidak mahu polisi ini, mcm mana hendak batalkan? call terus kpd customer service? adakah mereka akan memotong wang saya dari acc saya?

44. azlin ashari - Mac 31, 2011

saya pun baru dpt panggilan “private no” sebentar tadi apa yg saya dapati mereka2 ni (telemarketeers) ni mcm tak pergi kursus,tak mau mendengar apa yg kita nak cakap seolah2 as long as dia boleh close kita cukup.Bila kita nak bagi tau sekian2 mesti dipotong percakapan kita. To be an insurance agent one got to be a very good listener, ini tidak, dia keep on bla..bla,bla and bila org dah kata tk berminat, cukup la. Selagi dia belum closed kita selagi tu la dia sanggup talipon beberapa kali dlm satu hari!

Firdaus Rosli - Mac 31, 2011

Ada juga tele-marketeers yang beretika, dan akur kepada kehendak pelanggan agar tidak diganggu. Tahniah kepada mereka yang bersikap sedemikian, cuma mungkin bayaran yang mereka terima takkan setinggi mana jika keupayaan menarik pelanggan untuk melanggan menjadi pertimbangan.

45. Tumpang lalu - April 14, 2011

Macam tak ade plan macam you all dok berbahas, cuba lihat sendiri http://www.chartisinsurance.com.my/Chartis/en/per/download.html

Firdaus Rosli - April 14, 2011

Plan ini merupakan kerjasama Chartis dan TM, dan memang benar-benar wujud. Cuma yang dibahaskan adalah kaedah yang digunakan bagi memasarkannya oleh para petugas tele-pemasaran, yang mana meragukan pelanggan serta bertindak memperdayakan pelanggan bagi memberikan butiran perbankan mereka.

MistaZam JS - Ogos 17, 2012

mmg sgt mencurigakan, tp sy kecundang jgk dan beri no kad tu, pastu settle sume bru cam sedar, risau jgk kenapa beri no kad tu. yg best xterlintas pun nk g check suddenly dpt msg dari chartis psl outstanding 2month payment. walowe.. diaorg ckp nk poskn policy sume tp smpi dh 2month outstanding pun xterima lg. nk kate pos laju raya bende ni dh 2 month charge dh. haish =.=’ pastu search google, jumpela blog firdaus ni. melihat dgn kata² reply dari pihak \’pembangkang\’ diaorg ni terlalu agresif btul ek. ckp je la bende ni wujud n betul, perlu ke duk ckp org idiot sume, xprofesional btul, dh tu pki plak name² sindiran, takut ke? xde telur? haha. klu sy jd en firdaus sbg PELANGGAN pun sy akan curious. lame jgk nk bace comment sume ni, even dh thu bende ni sah pun sy msh ragu² sbb kt google pun msh tiada lngsng official site/page yg ceritakan tentang plan ni. sy cari kt laman web TM, msh xjumpe, xtau la klu² sy yg xpndi cari. sy check blk kt chartis, xde pun plan ni. still de lg x? cz diaorg dh deduct dr akaun sy. nk kne call CS diaorg la esk ni. haishs..nywy, trima kasih kpd en firdaus atas ulasan & perdebatan antara pihakpelanggan & penganjur. kurang la skit kegusaran di hati ini.

46. Nur Zamani - April 20, 2011

Pagi tadi saya juga mendapat panggilan daripada Chartis yang mendesak saya memberikan nombor kad kredit.

Memang benar pelan insurans itu wujud. Tetapi saya tidak berpuas hati tentang bagaimana pegawai mereka cuba mendesak saya untuk memberikan nombor kad kredit lebih-lebih lagi apabila saya telah menerangkan saya TIDAK MAHU MEMBELI APA-APA INSURANS.

Dengan hati yang sangat tak berpuas hati, saya kemudian menghubungi Bank Pembekal Kad Kredit saya untuk penjelasan mereka. Mereka juga telah menerima banyak aduan tentang perkara ini dan menasihati saya supaya jangan memberikan nombor kad kredit sewenang-wenangnya.

Walaupun insurans itu wujud, mereka cuba membuat jualan dengan memperdayakan pelanggan. BLACKLIST CHARTIS!

47. rzif - Mei 31, 2011

Ptg td saya baru mendapat panggilan dr private no yg offer for that insurance scheme. Saya xde masalah ngan produk insurance nih sbb produk yg ini agak affordable.byk jugak yg saya tanya utk kepastian.Mcm biasala, after agree to buy their product, dia akan mintak kredit card for payment transaction. semasa dia summarize personal particular saya,semua maklumat da betul tp yg peliknya dia sebut no ic saya salah. saya mintak dia ulang and saya pun bgtau la salah then dia mintak no ic yg betul, start dr situ saya mula syak something and automatically saya bg ic no tipu and then terus call bank to block any transaction of my card.safety first maa.so bukan salah saya ye. pengguna ada hak to act safely. kalau dia bg info semua tepat maybe saya da beli td…nmpaknya bukan rezeki si dia hr ni…

48. Fazil - Julai 7, 2011

Saya sangat bersetuju dengan pendapat penulis. Plan ni memang la wujud tapi ia MENGATAKAN diberikan percuma perlindung selama 6 bulan kepada pelangan TM terpilih…

Tapi apa yang saya tidak puas hati caranya seperti perangkap…Jika percuma kenapa perlukan nombor visa/master/debit.

Telelemarketeers ada menyebut Plan 1 & Plan 2..

Plan 1 percuma dari TM selama 6 Bulan.
Plan 2 adalah permium berbayar.

Di sini saya boleh rumuskan ia seolah-olah PERANGAKAP..

BAGI SESIAPA YANG MEMDAPAT PANGILAN DARI MEREKA HARAP BERHATI-HATI…JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN NOMBOR VISA/MASTER/DEBIT KAD ANDA.

Dah percuma bagi saja la. ni seperti sambil menyelam minum air.

Penulis tak perlu takut dengan ugutan untuk menangkap anda. Kita ada hak sebagai pengguna.

49. Noor - Julai 25, 2011

Kalau ada tele marketing berckap di telefon takpa la kes bercakap dengan orang. Ni saya tak pernah bercakap dgn pihak chartis pun pada 6hb 7 2011, tetiba ada surat kata saya setuju. MEmang penipu besar la Chartis ni. Sampai masa nanti tau la.Sampai tahap mana lagi nak menipu orang . Dah sah sah palsu.

50. wan_hanani@yahoo.com - Julai 28, 2011

nak tergelak baca komen2 dr agen-insuran-yg-guna-nama-samaran..ayat sume lebih kurang sama je..cara diorg komen ni dh tunjukkan mcm mana sikap diorg. kalau mcm ni la cara diorg deal dgn customer, saya pun xnk amik insuran diorg ni.

smlm dapat call dr diorg. pastu terus diorg paksa suruh register. mula2 ckp percuma..lepas tu saya agree je la. tp bila kata ada nk kene bayar, saya dh mula syak mesti mcm offer call dr insuran2 lain yg saya selalu dapat. saya minta diorg bg saya masa nk pikir. tp diorg paksa saya agree terus. lagi diorg paksa, lagi susah saya nk percaya.

saya bgtau diorg yg saya nk semak kt tm point. diorg ckp benda ni xde kt sana (tp sebelum tu diorg ckp diorg call dr TM). pastu saya tya office diorg kt mana. diorg ckp kat taman tun. diorg bg num tel. kata saya boleh call bila2 je kalau ada pertanyaan. then saya ckp la saya xleh buat decision terburu2. nanti saya call la blk. diorg xbagi…tetiba kata number diorg bg tu xboleh buat call masuk. hanya diorg je yg boleh call keluar. diorg ckp saya perlu buat keputusan dgn bijak dgn ambil insuran diorg.pastu xbg saya letak telepon.

wahai agen2 insuran, kalau customer xnak beli product anda, itu hak peribadi diorg. jgn la marah2 pulak. duit diorg, suka ati diorg la nk buat apa pon. anda buat mcm anda ni kaki pow. betul kata anda, rakyat malaysia tak familiar lg dgn tele-marketing. tp mungkin anda boleh perbaikinya. jgn la tiru negara luar sebijik2. mungkin anda boleh tukar cara bisnes, biar kene dgn cara penerimaan org malaysia ni.

then yg psl emel tu…anda ni nape la kedekut sgt nk hantar emel. bukan kene bayar pon. takat share details psl insuran tu je.. (sgt la saya x faham). pastu bila saya tya ada apa2 website x saya boleh refer, dia kata insuran diorg ni xde dlm internet. diorg kata mmg saya xakan jumpa dlm internet pon. kamon la. kita bukan dlm dunia zaman pendekar la. sume zaman fb, twitter. anda pon mesti ada kan. xkan la xde sikit pon info kt internet. punye la xnak bg saya masa nk fikir.

betul, jual insuran tu bukan mudah. saya pon xmampu nk buat mcm anda. tp cuba perbaiki cara tu. insuran tu mcm menarik. cuma cara anda je saya x berkenan. henti2 kan la anda marah blogger ni. kalau anda xpuas ati, anda bukak la blog sendiri. kan senang..

51. andy siti - Julai 28, 2011

Tahniah kepara Daus. Anda sangat berani.

Anyway, saya baru terima call dari agen tadi mengenai TM Active Protection Plus. Sambil dia menerangkan, sambil saya membuka internet dan terbaca blog Firdaus ini. Seperti biasa beliau bertanya sama ada saya menggunakan kad kredit ataupun debit card. Saya dengan terang-terangan mengatakan saya tidak menggunakan kedua2 perkhidmatan itu dan si pemanggil terus berjanji untuk menelefon saya semula untuk mengenal pasti jika terdapat cara pembayaran lain utk pengguna yang tidak menggunakan perkhidmatan kad.

Secara logiknya, jika agen tersebut sudah lama berkhidmat dan sangat arif tentang plan ini, beliau sebetulnya perlu bersedia dengan pelan atau cara pembayaran lain bagi mereka yang tidak menggunakan kad kredit. Ini tidak, sebaik sahaja diberitahu tidak menggunakan kad, beliau terus menyatakan dalam keadaan kecewa. Sebaiknya mereka patut tahu gunakan payung sebelum hujan. Bukankah banyak cara lain untuk membuat pembayaran?

Kepada pembahas-pembahas yang hanya tahu mengutuk dan menggunakan perkataan kesat kepada Daus, janganlah kerana luahan perasaan pelanggan yang khuatir ditipu kalian teruk menghentamnya. Tidak perlu dikaitkan sekiranya Daus yang masih belajar telah dihina sebegitu dengan menyatakan beliau tak pakai otak dan berlagak pandai.Tidak ada kaitan dengan orang yang masih belajar atau tamat belajar. KLIUC patut berbangga mempunyai pelajar yang berani seperti ini. Orang yang tak pakai otak takkan berwaspada seperti ini sehingga membuat penyelidikan teliti. Sebagai seorang pengguna, dia ada hak untuk menyatakan apa yang dia rasa. Semua juga tahu, duit bukan senang nak cari, jadi, perlu berhati-hati dengan segala pengeluaran duit. Saya menganggap Daus menggunakan cara yang berhemah dalam menjawab soalan. Tidak seperti pembidas-pembidas lain yang menggunakan bahasa kasar, perkataan kesat yang boleh menjatuhkan maruah orang lain. Lagi pun, apa fungsinya blog kalau tidak menulis apa yang beliau rasa.

Kepada para agen insuran yang menggunakan sistem telemarketing, ini adalah salah satu cabaran dalam industri ini. Mahu tidak mahu, semua ini terpaksa diterima. Daus bukan cuba menutup periuk nasi agen insuran, tapi ini adalah luahan perasaan beliau. Sebagai agen insuran, terangkan dengan baik sebab-sebab atas segala kemusykilan beliau. Bukan menghentam beliau. Sebaliknya bersama – sama membantu menangani masalah ini agar kekeliruan tidak lagi berlaku. Dengan itu, pengguna dapat manfaat, agen insurans juga dapat manfaat.

Jadi kepada semua, sama ada mahu terima atau tidak, semuanya terpulang kepada anda. Hanya anda yang tahu menilai sama ada betul atau tidak. Masing-masing ada akal.

Sekian.

52. omara - September 29, 2011

as’salam

sejak semlm saya pun terima call dr operator.ari ni saya dah sertai plan tu…cuma saya pun ada keraguan mcm yg len2 juga.plan tu bagus cuma cara saja yg mencurigakan.saya dh confirm ngan TM dn cartisinsuran…mmg ada tawaran dr mereka mcm tu. so tgu polisi lam 30 ari. klu takdak kena pi maybank la tutup acc atau tukaq kad baru..

kenapa la pihak yg terlibat tidak hantar form application terus kpd pelanggan terpilih..

Firdaus Rosli - September 30, 2011

Semoga pelan insurans tersebut bermanfaat kepada saudara. Saya tidak memerlukannya, kerana majikan telah pun menyediakan pakej insurans untuk para pekerja.

53. Halim - Oktober 14, 2011

Pelan Insurans ni ikut cara islam atau tidak……. saya pun nak tahu juga.

54. zahran fazli - Oktober 14, 2011

En.firdaus saya difahamkan en firdaus seorang yang berpelajan??
en firdaus da selidik dulu pe yg en tulis kat blok en ni?? en taw x sbb dan kesan2 ny nanti?? ats ape yang saya baca tadi saya tengok cik firdaus bukan menulis kerana pendapat,ape yg saya perhatikan en firdaus cuba mencari publisiti murahan,x cukup kasih sayang??
dan law cik rasa cik tak perlukan plan tersebut knp cik bersetuju untuk mendaftar,,knp perlu bagi no “membership” kadang2 ad orng kita yang nak berlagak pandai macam da taw semua.sape ggt cili terasa pedas,,dan x ada orang yang da ludah jilat balik,,
kalu en nk tulis pendapat en silakan,,tapi jangan sampai mengubah persepsi orang lain,,jangan jadi seperti ” orang buta yang ingin memimpin” kalau x taw ape2 sebaiknye selidik dulu.kenapa perlu call pihak maybank?? kenapa x cal pihak yang tawarkan en plan ni? saya harap ini penulisan en yang terakhir yang membawa mudarat @ fitnah,,wartawan pun law nk tulis pape diorg akn buat research,,lain kali nk tulis pape buat selidk dulu,,jangan nak rasa da taw semua benda ats dunia ni,ilmu tu wajib dituntut,,perlakuan seseorang itu mencerminkan berapa banyak iq die,,salamm

Firdaus Rosli - Oktober 15, 2011

Bla bla bla. Nombor di kad Maybank tu sekadar membership ID? Mengarutlah korang ejen-ejen penipu ni.

55. 'CONSULTANT' - Oktober 14, 2011

saya consultant insurans,,sangatt bagus tindakan en,menutup periuk nasi orang lain dengan tulisan en yang xda akarnye,,dari mana datangnye penyelidikan en ni?? dari mana info atau fakta2 yang en ambil? kalau x taw ape2 sebaiknye bertanya,, 1-800-8888-11 kepada yang musykil hubungi no ini,,ambil nama “consultant yang menghubungi en” kalau nk check dengan TM hubungi 100,,kalau en tidak memerlukan pelan tersebut kenapa perlu bersetuju kenapa perlu memberikan no keahlian,en zahran saya agak bersetuju dengan en,,seharusnya warga muda seperti en firdaus x perlu hendak membuat spekulasi sendiri yang boleh memudaratkan komuniti,,kalau diorg nak tipu kenapa pelan ini ditawarkan dengan hanya rm 35? boleh kaya ke kalu tipu rm 35,,kenapa nk tawarkan insurans ? baik bagi rumah banglo dengan harga rm 35? logik akal juga diperlukan en firdaus sebelum nak tulis pape yee,,pelan ini amat membantu golongan yang kurang berupaya untuk memiliki perlindungan kewangan di dalam saat kecemasan,,mungkin en da banyak duit sangat sebab tu xnampak kelebihan pelan ini dari sudut positif.

Firdaus Rosli - Oktober 15, 2011

Komen encik zahran tak keluar lagi, tiba-tiba dah kenal? Kalau dah penipu tu, susah nak lari dari perangai sebenar.

56. salah nombor - Oktober 15, 2011

nice..saya baru je dpt call dari mereka ni..
1 je yg pelik..kenapa operator tu bagi saya nomo customer service
1-800-8888-22?
saya tanya 2 kali kot..sill 1-800-8888-22
pelik kan?

Firdaus Rosli - Oktober 15, 2011

Mungkin mereka sangka pelanggan mudah ditipu, jadi nombor diberi juga tipu.
Atau salesperson baru, tak ingat nombor customer service.

57. leanne - Oktober 20, 2011

salam. topik ni bagus.
sekadar nak share pengalaman. awal bulan ni saya dapat call juga from private number. pakej yang ditawarkan berjaya tarik minat saya untuk membeli insurance ni. tapi saya actually dah ada join insurance lain sebelum ni. so bapa saya suruh saya cancelkan la skim insurance yang banyak2 saya join. so keesokkan harinya saya call number customer service 1-800-88-88-11 untuk tanya bagaimana saya nak cancelkan skim insurance TM Active Protection Plus Plan ni. Saya tak dapat jawapan yang saya nak. Mereka call saya semula petang tu and dengan nada marah2 tanya kenapa saya nak cancel. Saya jawab saya tukar fikiran tak nak masuk. They insist for me to wait for the policy melalui post dan email. tapi sampai sekarang masih tak email2 or post lagi. buatkan saya ragu2 je. saya tak berani pun nak bank in duit kat account bank saya sebab risau skim ni satu fraud. harap- harap by the end of this month, policy tu sampai untuk yakinkan saya ini bukan penipuan. and hopefully mereka tak banyak kerenah bila saya nak cancel insurance ni.

Firdaus Rosli - Oktober 20, 2011

Usah risau, perlindungan yang ditawarkan memang wujud. Cuma yang saya bengang dengan cara mereka mendapatkan pelanggan menerusi cara yang cukup mencurigakan.

58. Kebodohan Ibu? | Keluarga Mifzal Arsyad© - November 2, 2011

[…] korang nak lg jelas ttg apa yg ibu alami ni..korang leh klik SINI.. dan juga SINI n sampai skang ibu x sure..betul ke program tuh..n betul ke tindakan ibu […]

59. mamaciki - Disember 14, 2011

Alhamdulillah, sy baru saja menyekat perkhidmatan credit kad sy.. sy yg selama ini begitu tegar tidak melayan panggilan2 mcm ni tetapi hari ni tewas juga dek kerana tawaran yg sy rasa sgt berbaloi-baloi (jatuh tergolek,tgn luke etc) semua boleh claim di mane2 klinik. tawaran ini mmg lumayan tetapi fikir-fikir balik, dengan hanya bercakap di telefon, tidak kenal (of course la kn..) malah tidak tgk wajah boleh berurusan wang yg kita kena bayar dgn titik jerih perih. walaupun hanya rm35! (sy x faham kenapa ajen boleh merendahkan saudara firdaus.. walaupun rm35, itu adalah wang kita, hak kita). kenapa tawaran ini tidak dilakukan terang-terangan kalau ianya benar2 telus? fikirkan… tapi jika mahukan perlindungan yg lebih terjamin, itu hak masing2.. terima kasih atas tulisan saudara. sy sangat2 lega..

60. Hati's - Disember 22, 2011

Hari ni saya mendapat panggilan melalui no 1-800-8888-11 menawarkan BSN 1 Dinamik. Nama pegawai yang menghubungi itu Ahmad Faris Kamarudin katanya dari BSN Jalan Ampang. Mungkin kerana terlalu terpengaruh dengan kata-katanya saya telah memberi no kad pengenalan (4 digit belakang) dan tarikh lahir. Kemudian, saya telah menghubungi BSN centre dan mereka mengatakan bahawa BSN tidak menawarkan skim ini.

Ada sesiapa yang boleh membantu saya.

leya - Mac 7, 2012

sy pun terkena tadi, sy rasa baik awak cancelkan kad atm awak, tkt bila dia da start potong duit, sy mmg tak percy, tp tertipu jugak, asyik2 mengelak, kena jugak sekali. lusa sy nak pi cancelkan kad atm bsn sy, dan buat yg baru. kalu dpt perempuan tu. abis sy kerjakan. sy rasa ne satu penipuan. mmg menipu. taid sy tel bsn headquarters, dia ckp ader menawarkan skim itu, sy dah mmg tkt, dan mintak dia cancelkan, tak nak sy, kalu btl2 nak insurans, sy ambik je dkt bank, bukan terima mcm tu je, tp,dlm berhati2,terkena jugak kan.

61. wong cy - Januari 16, 2012

saya jawap telephone “tiada nomber” ini..yang mempromosikan banyak banyak insuran kpd saya…..
sungguh bodohnya aku, juga saya berikan nomber kad atm saya kpd dia….
lepas tu i rasa tak senang hati, terus saya call bank dan batalkan kad atm itu…

62. yat - Januari 25, 2012

assalamualaikum…
pertama sekali sy ucapkan terima kasih kpd en firdaus kerana mmbuka thread ni

nmpknya sy terlmbt..tp pg td sy pn ada dpt call dr private number..pelan yg sama spt en firdaus ketengahkan…sebetul n selalunya sy akan ckp tidak bermint dgn menda2 mcm ni plus sy mg dh ada join plan insuran yg lain sblm ni. tp nth kenapa sy layan pggilan tu hr ni..mula2 mcm nk dengar xdengar..tp at last tu sy mcm terpk nk terima sb sy ingtkn my hubby blom ada insuran..
lgpn consultant tu ckp this plan akn cover husband,and also ank2..
cumanya..byrn stiap buln utk plan ni bukn rm35.tp rm70. sbnrnya sy ada ckp ngn consultnt tersbut sy nk tnya husbnd sy dulu then br bleh decide yes or no.tp cr consultnt tu ckp spt xperlu tnya sb mnde ni sgt baik.n after tgk polisi tu of course husbnd mst agre,,.stat dr situ sy mcm xseng la jugak kenapa xleh letak dulu phone bg sy masa utk kol husband n kol semula whter stuju or x terima mnde ni.
tp dalam duk boleh xboleh..akhirnya sy stuju gak ngn plan ni..dan sy tawakal je.hrp mnde ni bt n bukn fraud..husbnd pon ckp kita tgk dulu.klo polisi tu btl smpai then proceed..if xde.kena cncel kn la mcm tu..sdikit sbyk maklumat yg sy dpt cnfrm dr blog ni.alhamdulillah.mg tm active protection ni mg wujud la.tp
boleh sapa2 tergkn kenapa polisi tu bukn rm35 tp rm70?

MistaZam JS - Ogos 17, 2012

btul tu, sy pun slama ni xlayan pun tp knp tah kli ni cm layan plk. adoiii~ dioarg pki manderem pe ni. haha. sy juga de minta mse untuk bertnya pada rakan² tp dilarang keras, dan seolah² memakse utk kite daftar jgk that time (so annoying). yg rm70 tu utk bln pertama je kot. sbb sy dpt 2month outstnding rm70 dan telah selamat di deduct dr akaun, paling best, policy sy msh xdpt. adoi.

yat - September 28, 2012

jadinya skrg ni..apa progress polisi yg enZam subscribe tu??
dh dpt or masih blom dpt polisi tu..
or dh cancel plan ini????

63. TM 'lucky' customer - Mac 5, 2012

Got their call today…mintak diorg call esok which aku plan nk tolak lepas baca blog ni. Good work firdaus!! 🙂

64. leya - Mac 7, 2012

SY Lg lah tidak percya insurans2, walaupun sy dalam bidang akaun dan finance, jika betul kita nak ambik insurans, baik kita terus ke mana2 bank yang menawarkan polisi insurans yang sesuai, bukan guna tele-marketing, sekarang dunia byk sangat penipuan, sy sempat cancel kan permohonan charits, konon lah sy ne org orang terpilih di bawah simpanan bank simpanan nasional. ne bukan maybank je kena tempias, bsn pun, sy tel bsn, pihak bank ckp ada premium tersebut, sy mmg takut dgn insurans2 seperti ini, tak pasal2 duit lesap mcm tu,… biarlah kita mengikut kaedah biasa lagi baik sebab kita lebih percya tntg perkhidmatan yang ditawarkan .berhait2 selepas ini,

65. Basyir - Mac 14, 2012

Assalamualaikum,

(LATEST) Saya baru sahaja menerima pangilan untuk menjadi customer TM yang bertuah dan mendapat pelan insurance Takaful Protect Plus under AIA-AFG Takaful BHD. Pelan RM69.60 per month and cover RM150000 for any long term accident and nature death.

Saya terus setuju sebab saya pun ada join program insurance sebelum ini (agent) dan mungkin sebab bayaran PA agak tinggi berbanding caruman per month… Kemudian every 3 years, akan dapat pulangan 30% daripada jumlah caruman…

Mana-mana pelan takaful/insurance mmg memerlukan account bank or 16 digits bank card… I used MBB, but don’t give them the 3 numbers back of the card.

Plan ini akan menerima certificate terus ke rumah dan bukan melalui email… Jika ada apa ingin komen… boleh tanya saya.

Hazman Harun - Julai 9, 2012

basyir .. bley dpt maklumat lanjut tak .. saya pun baru reg 2 minggu lepas tapi cam was was lagi la .. duit dah potong rm 110.25

busu - Julai 23, 2012

Saya juga menerima panggilan insurans AIG Aia . Sama dengan
en basyir. Tetapi saya belum beri jawapan. Dia kata nak call balik. Apa pendapat tuan.

66. nafisah - Mac 14, 2012

Selamat ada info ni..klw x,xde tmpt nk rujuk..thanks firdaus..

67. azri - Mei 16, 2012

saya azri ade jgk trime call mcm nie..sy nie staff telekom malaysia kt area kuala lumpur..yg sy hairan yg call sy pompuan name NOR DIANA BT MUHAMAM NORDIN STAFF ID BADSAG 0029,pompuan tu ckap dia staff tm menara rebung (HQ)..persoalan??kenapa sy chek dlm sistem telekom xde nama pompuan tu???dan lg satu no staff telekom dia berlainan dri staf2 telekom malaysia,yg ade kt malaysia nie??sy staf telekom MAAAAAA…..kalu betol ade plan protecplus nie sy sendiri nk pergi jumpe dieorng kt menara telekom tu..tapi apa pasal sy call no 03-26009200 yang pompuan tu call sy asyik busy..BENGONG JUGOK RASO KALU GINI..

68. shiba - Mei 26, 2012

Semalam dapat call, memang minat. Tapi aku tak sempat nak kira budget cukup ke nak di tolak setiap bulan memandangkan expenses banyak.Maklumle keluarga besar. Aku tak pakai kad kredit.

Tapi aku musykil la sbb mula-mula call, dia kata dari TM kl. dia kata aku akan dpt reward tm.Tapi lepastu dia offer TM Active Protection Plan.Aku ingatkan dari TM.

Mula tu kata potongan setiap bulan RM45. Pastu bila aku dah bagi no bank card, dia kata bulan pertama potong 2 bulan RM 45. Tu yang aku tak suka tele-markeing.

Lagi satu aku tanya plan ni Seems like takaful ker? Dia kata lebih kurang…Tapi berkelompok. Aku terus tak faham.
lebih baik aku jumpa agen face to face.

Aku ni dah la tak mampu, tapi teringin nak insurans..kena pulak mcm ni..huhuhu

apa-apa pun aku nak batalkan. esok nak call Cartis sbb aku tak mampu nak bayar la….sorry

Any agen from Cartis Insurance..please help me.

69. Farid - Jun 11, 2012

Salam. Thank you so much Firdaus. Just now i also received a call from a private number that offer the same plan, a TM Active Protection Plus. Bayaran untuk monthly plan is RM50. Dalam pada explaination diberikan, saya mula berminat sebab cover banyak and bayar cuma RM50 per month.

Dalam tengah percaya tu, that lady minta i confirmkan my ic number, nama & alamat rumah (dah terbagi pulak). But when it comes to kene register while on phone tanpa boleh tunggu or let me think 1st, i mula curiga. Bila saya tanya kat website ada info pasal plan ni tak? Then dia kata kat website memang tak ada sebab i salah seorang yang bertuah selected by TM Streamyx, lagi la saya curiga. Then i berkeras juga nak dia provekan, bcoz i afraid of being cheated. Ye la kan, nowdays macam² boleh jadi.

Then she agreed to send me an email tentang detail of the plan at 4.00pm, she said. Satu jam dah berlalu, but still nothing. Mujur dia tak tanya tentang my credit or mybank card number macam most of commentors kat sini kena.

Dalam comments yang panjang² ni, satu pun tak ada dari applicants yang berjaya apply this plan.

70. cikinot.minot - Jun 15, 2012

Salam…

hari 16/4/12 jam 9.25am…sy juga terima call dari satu caller “private number” seperti mane cerita2 yang lain2..n tindakan sy juga sme macam saudara…call bank utk block my card…sgt bagus post ni…cara utk diorg dapatkan pelangan sgt mencurigakan dan mendesak…bile kt mnta masa fikir..diorg tak bagi…mmg jumlah nmpk sedikit hanya RM35…tp caranya sgt tak masuk akal…seolah2 macam menipu!!!….bile saya call balik company tu…die tak nak pass line to caller..sebab caller tu siap bagi name penuh die..n die kate diorg akan call semula…tapi sampai sekarang takde…so, kalau pade mane2 company insurans…kena la guna cara yg betul utk dapatkan pelanggan…thanks a lot firdaus…info yang sgt brguna…

71. Liza - Jun 28, 2012

Salam, suami saya juga menerima panggilan dari tm- chartis…kesimpulan yang saya blh buat mrk ni byk guna psychology utk paksa customer beri nombor kad kredit.mrk call lebih kurang 9pg hingga nk dekat jam 11 pg..so kami putuskan utk membuat pembatalan sejam selepas panggilan dibuat…no. Rekod pembatalan polisi juga telah diberi iaitu 2446188..ini apa yg mereka maklumkan…jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, wang akan dipulangkan semula.tadi saya check kad kredit dah ditolak rm102 dari chartis ni… Kalau dlm tempoh 5 hari ni mereka masih juga meneruskan auto- debit….kami akan buat report rasmi kepada bank negara…Harapan agar customer lain juga lebih berhati2… Terpulang apa mereka nk kata tau buat apapun penyamaran yang dibuat kita mmg blh kenalpasti…hak pengguna ttp ditegakkan…

72. zalee - Julai 11, 2012

Terima kasih En Firdaus .. usaha tuan amatlah saya hargai , memang ada pihak call melalui nombor 03-2726xxxx saya sebentar tadi .. tapi melepas saya .. disebabkan dek “memaksa” dan “jelak” saya berikan maklumat kurang tepat kepada mereka.
Walau RM1 sekalipun .. untuk yang dah bekeluarga mcm saya amatlah bernilai .. boleh menentukan anak saya ke sekolah atau tidak, berlapar atau tidak. Agen tele-marketing, anda memang mencari rezeki halal dan tugas anda telah meletakkan anda di situasi begitu.

Tetapi adakah pernah anda “put your self in our shoes” dalam erti kata pernah anda alami sebegini? Adakah anda tertanya dimanakah pihak pihak tertentu ini mendapatkan maklumat telefon anda, no acc anda dan semua ini ? Ada pihak ketiga cuba menjualkan maklumat ke pihak lain? Cabaran mencari rezeki semakin tinggi, carilah rezeki melalui cara yang lain selain dari ini.. kami juga mencari rezeki untuk keluarga dari hasil titik peluh jerih kami .. tak rela rasanya untuk kami redhakan pemotongan kalau cara pun dah tak betul. Pakej betul tapi cara mendekati tak betul, fikir fikirkan.

Terima kasih En Firdaus, saya akan sekat kad bank saya, malang sekali saya, dah terhantuk baru nak terngadah.. ujian dan peringatan untuk saya di lain kali.

P/S : Toksah kata saya anak kecil baru belajar, saya telah dewasa dan berkeluarga . Saya juga mencari nafkah dan rezeki untuk 3 cahaya mata saya .. adakah anda sanggup demi memuaskan sasaran anda, masa depan dan kesihatan cahaya mata saya menjadi taruhan? Tidak .. apa pun terima kasih .. maklumat sungguh berguna.

73. me - Ogos 17, 2012

report kat sini. aku pon igt baru nak report ni. Sbb masa buat panggilan tu derang ckp derang dr tm. Kalau dari tm bermakna tm jual maklumat aku kat chartis or AIA. Baca sini personal data protection. http://www.kpkk.gov.my/akta_kpkk/Personal%20Data%20Protection.pdf

http://kpkk.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: