jump to navigation

Boikot tak menyelesaikan masalah pun. Jun 4, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Semenjak kapal Mavi Marmara diserang oleh pasukan pertahanan Israel di perairan antarabangsa dalam perjalanan ke Gaza, sebahagian besar rakyat Malaysia semakin membuka mata dengan usaha mengagumkan oleh konvoi Flotila Keamanan. Konvoi tersebut dianggotai oleh warga pelbagai negara, antaranya 12 orang dari Malaysia, membawa bekalan makanan, perubatan dan pelbagai lagi untuk membantu warga Gaza yang dikepung oleh pihak tentera rejim Israel.

Ada rakan-rakan yang berura-ura mahu memboikot jenama-jenama yang berkaitan Amerika (memandangkan tiada eksport dari Israel ke negara ini), dan yang paling popular antara jenama Amerika ialah McDonald’s. Restoran makanan segera (QSR) yang lain tidaklah sebegitu berpengaruh, malah sudah menyesuaikan hidangan mereka dengan selera Malaysia, jadi mereka tidaklah sebegitu “Amerika” berbanding McDonald’s.

Okey, sebelum mula memboikot, pertimbangkan fakta-fakta ini:-

Gambar krew McDonald's Sibu, Sarawak.

1) McDonald’s Malaysia mempunyai 7000 pekerja, semuanya rakyat Malaysia (kecuali beberapa anggota pengurusan tertinggi).

Para pekerja memperoleh:-

Gaji yang baik dan kenaikan gaji setiap tahun.

Waktu kerja fleksibel, dan penjadualan waktu kerja untuk menyesuaikan dengan keperluan pekerja.

Perkhidmatan kesihatan percuma.

Hidangan waktu bekerja.

Peluang untuk kenaikan pangkat ke peringkat pengurusan dan perkembangan kerjaya.

Program-program latihan dan peluang untuk mempelajarai kemahiran baru dan berbeza.

Pelbagai aktiviti menarik untuk pekerja, dijalankan secara bulanan.

Maklumat dari laman web McDonald’s Malaysia.

2) Manfaat yang diberikan oleh McDonald’s kepada pelanggannya.

– Terdapat 172 buah restoran McDonald’s di Malaysia (jumlah sebenar terus bertambah)

Sebahagian besarnya dibuka 24-jam, memudahkan para pelanggan memperoleh hidangan kegemaran mereka.

Lebih banyak lorong pandu-lalu (Drive-Thru) dibuka untuk membolehkan pelanggan membeli hidangan dari tempat duduk kereta masing-masing, sebagai persinggahan dalam perjalanan.

89 restoran yang menyediakan perkhidmatan penghantaran (McDelivery) ke lokasi yang diliputi.

Pelbagai tawaran hidangan menarik. McValue Lunch, setiap hari 12 tengahari hingga 3 petang. Weekday Breakfast Special, Isnin hingga Jumaat, 4 hingga 11 pagi.

– Tawaran McValue Buka Puasa, telah dimulakan pada bulan Ramadhan 1430H. Insya-Allah akan diteruskan setiap bulan Ramadhan. (Jangan lupa berterawih pula selepas berbuka puasa)

– Jika masih ada yang tidak mengetahui, pelanggan yang makan di restoran boleh menambah minuman ringan serta teh dan kopi mereka sekerap yang diingini. (Sampai pecah perut pun tidak mengapa)

Jadi, tanpa memboikot, tiada tanda sokongan kepada Palestin? Pasti ada cara lain yang lebih sesuai tanpa perlu mengorbankan sebiji burger Big Mac atau Filet-O-Fish. =)

1) Lekatkan pelekat-pelekat sokongan kepada Palestin di kereta dan motosikal anda. (Selain dari pelekat Passo dan jenama-jenama Jepun di kereta-kereta Perodua Myvi sekarang)

2) Tukarkan gambar profil Facebook, Myspace, Friendster, Yahoo Messenger, mahupun Tagged anda kepada bendera Palestin untuk menunjukkan kepada semua bahawa anda penyokong setia Palestin.

3) Kemas kini status Facebook dan Twitter serta laman sosial lain kepada kata-kata sokongan kepada Palestin.

4) Ini cara yang saya paling suka. Tunjukkan kuasa rakyat Malaysia, dengan menghadirkan diri di demonstrasi-demonstrasi bantahan terhadap tindakan Israel yang dijalankan di merata-rata tempat.

PDRM telah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak hadir ke demonstrasi. Namun, siapakah mereka untuk menghalang rakyat menyuarakan bantahan ke atas isu-isu semasa?

Pasti himpunan sebegini, tidak akan menjadi ganas kerana asasnya yang tidak berasaskan politik, malah berpotensi untuk menyatupadukan kumpulan politik yang berbeza.

Diharapkan juga himpunan ini bukannya menjadi milik orang Islam semata-mata, kerana perjuangan Palestin itu sendiri adalah sebuah perjuangan rakyat tertindas dalam kalangan orang Islam dan Kristian. Malah terdapat juga banyak kumpulan orang Yahudi yang turut memperjuangkan Palestin, iaitu yang percaya kepada nilai kemanusiaan dan risau dengan hukuman yang akan dikenakan oleh Tuhan ke atas kekejaman kepada sesama manusia.

Bawa sejadah masing-masing. Tikar masjid pasti tidak mencukupi hari ini.

Sebenarnya ada dua demonstrasi yang akan dijalankan, iaitu yang pertama bermula di Masjid Jamek Kampung Baru yang bakal berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak. Yang kedua pula hanyalah di Masjid Negara, dan diharapkan juga agar menyertai kumpulan Kampung Baru untuk ke Kedutaan Amerika.

Saya bakal menyertai kumpulan Kampung Baru. Hal ini kerana Kampung Baru adalah sebuah manifestasi penindasan. Penindasan golongan niaga terhadap rakyat, dengan pemaksaan pengambilan tanah yang bakal bermula. Isu ini, ada yang beranggapan sebagai isu orang Melayu semata-mata.

Itu salah sama sekali, kerana Kampung Baru adalah sebuah kawasan tradisional yang dipenuhi dengan pelbagai latar belakang penduduk, satu-satunya yang tinggal di Kuala Lumpur. Tiada lagi yang lain, dan seharusnya dikekalkan sebagai satu tarikan pelancongan, serta menjadi contoh sinergi antara pemodenan dan ciri-ciri tradisional yang boleh menjadi indah apabila digabungkan bersama.

Berbalik kepada isu Gaza, marilah kita sama-sama di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini 4 Jun. Bersembahyang Jumaat dengan membawa sejadah sendiri, bekalan air yang mencukupi, serta semangat untuk berarak bersama ke Kedutaan Amerika Syarikat. Kepada yang memiliki kereta, letakkan kenderaan di stesen KTM Komuter/LRT terdekat dan gunakan pengangkutan rel awam dan tiba di stesen LRT Kampung Baru (Aliran Kelana Jaya).

Masihkah ada ikatan APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia? Jika ya, jangkakan keganasan yang merbahaya daripada polis petang ini =)

Semoga acara yang dirancang ini diberkati Allah S.W.T dan selamat daripada ancaman dan keganasan Israel dan konco-konco Zionis-nya. =)

Komen-komen»

1. amAn - Jun 9, 2010

bnyk ag kje len,,kte jgk bley wt kdai mkn sniri,,produk kte sniri,, bknnye kte x bley,,MALAYSIA BOLEH!knape kte mst brgntg dkt pr0duk dy0rg??
kalo x bley sgt xpe larr,,tp kalo kte bley b0ik0t npe x b0ikot??ble kte x b0ikot se0lah-0lah kte mnderma sebutir peluru..tembak sne cneyh..x ksian ke??trutama knk2!!yg kite??ed0p sng lenang disaat saudara2 kte kne tmbk, b0m & sbgnye..x mti p0n kalo kte x mkn mCd..selagi kte bley b0ikot,, b0ikot larr,,kalo kte s0rang mmg x jd pape,,sbb tu sume org kne bersatu!!kte x bley hnye ksian tp kte kne brtndk jgk!!~maaf kalo trksr bhs~

2. Al-Mujahidah - Jun 17, 2010

assalamualaikum..

salam 1 aqidah..

benar… syaitan amat gemar mengindahkan perkara yang tidak baik. Contohnya, tak apalah pakai baju ketat-ketat, janji pakai tudung. Tak apalah make up tebal-tebal. Dan kita sebagai manusia kerap kali mencipta ‘fatwa’ sendiri demi menegakkan apa yang kita suka..

Suka ana berkongsi fatwa dari ulama’ tersohor yusuf al-qardhawi : 1 riyal (ringgit) untuk produk israel ibarat 1 biji peluru untuk membunuh saudara kita di palestin.

Benar, kita tidak berada di tempat mereka.. Mereka hanya mampu makan rumput dan kita tidak mampu untuk membendung nafsu dari membeli barangan boikot, sekurang-kurangnya demi merasai keperitan mereka.. sedih, kan?

tak apalah.. kita punya pendapat masing-masing dan ana hormat pendapat enta. Cumanya, mari kita sama-sama hayati kata-kata dari penduduk palestin ini sendiri. Mereka berkata, “Bila tiba hari akhirat nanti, kami akan bangun dan bertanya apakah yang dilakukan oleh saudara seislam kami ketika kami berada di dalam kesusahan?”

Cukupkah sekadar berdemonstrasi? seolah-olah kita bercakap mengenai palestin tetapi tangan ‘menghulu derma’ kepada tabung israel. Nauzubillah….

semoga sentiasa di dalam redhaNya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: