jump to navigation

Di manakah anda menonton bola sepak Piala Dunia? Jun 22, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Kini ianya bermula. Suatu pesta yang akan berulang setiap empat tahun, yang memusatkan perhatian seluruh dunia ke arah sebuah bola. Lupakan masalah ekonomi, peperangan mahupun kekeluargaan kerana tiada apa yang lebih menarik melainkan melihat aksi para pemain profesional menggerakkan bola ke gawang gol demi satu kemenangan.

Bola yang meresahkan pemain-pemain handalan dunia.

Piala Dunia FIFA, merupakan kejohanan sukan yang paling ditonton di dunia. Kini diadakan di Afrika Selatan, 32 pasukan yang masing-masing pernah merasai kancah perlawanan Piala Dunia bakal bersaing untuk menjadi juara.

Stadium tercantik untuk Piala Dunia FIFA 2010 kali ini. Diharapkan rakyat Afrika Selatan dapat memperoleh hasil baik daripada acara ini.

Malaysia, mungkin tidak dan tidak akan menyertai 32 pasukan akhir Piala Dunia dengan pengurusan sedia ada yang tidak progresif. Namun seperti juga Liga Inggeris, rakyat-rakyat kita buat seketika “bertukar kewarganegaraan” demi menyokong pasukan kegemaran.

Tempat-tempat yang menyediakan siaran televisyen, pastinya menjadi tumpuan ramai untuk duduk santai sambil berbual dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga, malang sedikit jika keseorangan seperti saya.

Tajuk tulisan saya ini, merupakan satu pertanyaan saya kepada anda. Sekadar mahu mengetahui bagaimana cara kita masing-masing meraikan pesta bola dengan cara tersendiri.

Di sini saya berikan pilihan untuk anda, yang mungkin jemu dengan cara yang tidak berubah untuk menonton bola sepak, dan inginkan suasana baru yang lebih menarik.

1) Restoran Mamak

Sebenarnya inilah pilihan paling popular untuk masyarakat kita menonton bola sepak. Letakkan kenderaan anda, dan pilih sama ada duduk di kawasan ruang luar restoran untuk skrin besar, atau ruang dalam untuk menonton melalui TV Plasma.

Inilah Shisha. Sedut asap gaya orang Arab.

Paling mudah, kerana sebarang keinginan untuk makan, mahupun mahu membeli sekotak rokok, panggil sahaja pekerja-pekerja yang ada yang tidak jemu melayan anda. Jika anda penggemar shisha, lebih indah rasanya menyedutnya sambil melihat pasukan kegemaran beraksi.

2) McDonald’s

Ada yang berkata, bahawa saya asyik menyebut nama tempat saya bekerja ini. Sudah tentulah, kerana inilah tempat saya bekerja dan mungkin juga mencipta peluang masa depan.

Saya tetap mahu menyebut nama restoran ini, memandangkan ianya adalah Restoran Rasmi untuk Piala Dunia FIFA.

Untuk Piala Dunia tahun 2010, ada pelbagai tawaran menarik disediakan McDonald’s bagi bersaing dengan Mamak di luar sana untuk menarik penonton datang dan menonton siaran Piala Dunia.

– Siaran format HD, iaitu definisi tinggi menerusi TV Plasma dengan siaran Astro B.yond. Imej lebih jelas dan nyata.

– Kentang goreng Large separuh harga pada waktu rehat 15 minit. (Hanya RM1.90 untuk memperoleh kalori setinggi 431 kcal setiap hidangan. Pastikan anda bersenam secukupnya selepas menikmatinya.)

– Kupon Sausage McMuffin with Egg percuma selepas setiap gol permulaan.

– Mainan Happy Meal dengan hiasan Zakumi, maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010. (Malangnya ada 2 jenis mainan yang ditarik balik gara-gara kesilapan cetakan bendera pasukan bertanding.)

– Gelas eksklusif edisi Piala Dunia FIFA 2010, percuma dengan pembelian hidangan Gelas Kontur Coke.

– Penebusan percuma minuman Coke saiz kecil dengan setiap penutup tin dan botol Coca-Cola bertulisan “McD”.

>> Namun saya lebih menikmati suasana Mamak dengan skrin besar dan kemudahan mengambil pesanan terus dari meja. Hidangan Mamak juga lebih murah.

>>Maggi Goreng Mamak + Nescafe panas gelas besar + 2 keping Roti Kosong banjir + Teh Ais = RM7.30.

(Jika di McD, anda hanya mampu memperoleh Happy Meal Cheeseburger.)

3)  Rumah anda sendiri

1Malaysia, Satu Siaran Tertunda. =)

Jika anda tiada Astro, jangan risau. RTM menyiarkan perlawanan-perlawanan siaran langsung atau tertunda untuk Piala Dunia FIFA 2010. Siap dengan lagu iklan khas “Sorakan 1Malaysia 1Dunia”.

Jika anda penyokong England, Argentina, Itali, Sepanyol, Belanda, Jerman, atau Brazil, maaf dipinta. Tiada siaran langsung RTM untuk beberapa perlawanan peringkat kumpulan bagi pasukan-pasukan tersebut.

Namun tidak perlu risau, kerana adanya siaran tertunda untuk perlawanan-perlawanan terlibat.

Juga, empat perlawanan Pusingan Kedua, turut disiarkan secara tertunda. Tidak dilupakan, dua perlawanan pusingan Suku Akhir, juga secara tertunda. Keseluruhan, hanya 11 perlawanan secara tertunda.

Namun, masih dikatakan selesa kerana boleh menonton dengan pelbagai gaya di rumah sendiri, bebas dengan pakaian masing-masing, serta bebas juga mengambil sebarang makanan enak yang disimpan di peti ais.

Tontonlah Piala Dunia kali ini dengan sederhana, tanpa mengabaikan kehidupan sedia ada. Kepada yang bekerja awal pagi, cuba cari masa untuk tidur lebih awal supaya dapat bangun pada 2.30 pagi untuk menonton perlawanan-perlawanan yang pasti menarik. Jangan lupa, perlahankan suara televisyen untuk mengelakkan kesan bunyi bising vuvuzela.

Komen-komen»

1. hisyamuddincheali - Jun 27, 2010

Yg pntg jgn main judi bola..tu jer,,,hehe mhn link blg sy, shbt

2. anonym - Julai 9, 2010

Tsamina mina eh, eh
Waka waka eh, eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa..

salam kenal aja gan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: