jump to navigation

Banteras judi sukan, langkah pertama ke arah pembanterasan total. Julai 1, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , ,
trackback

Ascot Sports merancang untuk menawarkan pertaruhan bola sepak di ratusan cawangan sedia ada Sports Toto Malaysia.

Syabas kepada kerajaan Malaysia apabila membatalkan kebenaran yang diberi kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk mengadakan pertaruhan untuk liga-liga bola sepak antarabangsa bermula musim baru selepas Piala Dunia ini.

Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) pada asalnya merancang untuk mengadakan demonstrasi pada Sabtu 3 Julai ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk membatalkan kelulusan yang telah diberi kepada Ascot tersebut.

Namun himpunan yang diadakan tetap diteruskan dengan sikap waspada terhadap percubaan seterusnya bagi menghentikan percubaan daripada sebarang usahawan dari mana-mana kaum untuk memperkenalkan judi sedemikian, yang telah terbukti memusnahkan institusi keluarga di negara ini.

Cuma, himpunan yang bakal diadakan bakal dikecilkan sedikit skalanya, memandangkan tiada memorandum yang akan diserahkan kepada Istana Negara. Venue himpunan belum ditetapkan, namun antara tempat yang berkemungkinan ialah Masjid Negara dan Kelab Sultan Sulaiman yang memang dimiliki kerajaan negeri Selangor, antara yang serius dalam usaha membanteras judi.

Benar-benar keputusan UMNO, atau tunduk kepada tekanan rakyat? Tidak mengapa, asalkan Ascot Sports tak berani lagi untuk minta lesen lagi di masa depan.

Penarikan balik kelulusan lesen judi, telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, komponen induk dalam Barisan Nasional yang memerintah negara ini, dengan sebahagian besar ahlinya terdiri daripada menteri-menteri kabinet Malaysia.

MCA yang menyokong pengenalan semula judi sukan di negara ini, tidak dapat melihat hakikat sebenar bahawa masyarakat Cina, walaupun menerima perjudian, tetap tidak mahu ianya diadakan secara terlalu menyeluruh, malah mahu akan aktiviti sedemikian dikurangkan lagi.

Harga saham Berjaya Sports Toto pada 18 Februari 2010. Kita mahu harganya jatuh lagi ke tahap lebih rendah di masa akan datang.

Jelas sekali bahawa terdapatnya sebahagian masyarakat Cina yang terjebak dengan hutang, dan menghadapi krisis keluarga sebagai akibatnya. Trend sama turut berlaku pada kaum-kaum lain juga. Kita tidak mahu firma-firma perjudian menjadi semakin tamak haloba dan meminggirkan kepentingan masyarakat dalam usaha memperoleh keuntungan, yang sebenarnya tidak mulia di sisi mana-mana agama.

Harga saham selepas penarikan balik kelulusan lesen judi sukan. Jatuh hampir 10%.

Di sinilah peranan kita, sebagai anggota masyarakat Malaysia untuk membanteras aktiviti perjudian dengan masa sekarang sebagai tapak mulanya.  Selepas ini, pastinya kita dapat menggunakan kuasa sebagai rakyat untuk mendesak pentadbir negara kita untuk melumpuhkan sebarang bentuk perjudian di negara ini, sama ada yang terang-terangan mahupun di belakang tabir.

Biarkanlah Singapura meneruskan pelaburan besar untuk kasinonya. Lihat sahaja nanti, apabila semakin ramai yang jatuh miskin, siapa lagi mahu berkunjung ke kasino?

Sekurang-kurangnya inilah permulaan kita, selepas jauh tenggelam dan membiarkan aktiviti judi berleluasa sehinggakan kita punya kasino yang cukup besar, lebih awal daripada jiran kita Singapura. Eloklah kita cuba sedaya upaya sehingga tahap boleh menyahkan kasino-kasino besar itu, berpindah terus ke seberang tambak yang semakin agresif dengan zon perjudian di Marina Bay Sands.

Semoga impian sedemikian menjadi kenyataan, dengan kita bersama-sama berpakaian jersi pasukan kegemaran pada 3 Julai ini.

Sebarang kemungkinan pun, jersi Jerman tetap yang paling cantik dan mendahului zaman, setiap kali Piala Dunia.

(Saya baru sahaja berhasrat mahu membeli jersi pasukan Jerman. Walaupun mungkin ada bayangan kekalahan, pastinya tidak akan ada kemenangan mudah buat Argentina serta anak-anak buah Maradona.)

Yang punya kelapangan masa, hadirlah ke sebarang himpunan yang diadakan pada hari tersebut untuk sama-sama menunjukkan betapa ramainya masyarakat kita yang menolak judi dalam sebarang bentuk atau cara.

Haram atau sah di sisi undang-undang, judi memang benar-benar haram pada sudut kemanusiaan dan keagamaan. Renung-renungkan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: