jump to navigation

Piala Dunia 2010: Imbasan Suku Akhir. Julai 1, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Ketika ini, saya sedang berehat sambil memikirkan nasib pasukan-pasukan di Piala Dunia 2010 yang sudah separuh jalan berlalu. 8 pasukan yang akan bertanding di suku akhir sudah diketahui, dan mereka kebanyakannya sudah dijangka untuk mengisi slot-slot suku akhir yang ditandingi dengan sengit di peringkat kumpulan dan pusingan kedua.

Antara perkara yang perlu dilihat:-

1) Ketiadaan pasukan Asia, semua sudah tersungkur.

Kekalahan Korea Selatan dan Jepun di pusingan kedua, bolehlah dikatakan sebagai sebuah kekalahan bermaruah. Uruguay tumpaskan Korea Selatan 2-1, manakala Jepun tumbang menerusi sepakan penalti 5-3 kepada Paraguay. Dengan keadaan ini, terserlah hakikat bahawa bola sepak Asia masih belum cukup kukuh dan mantap dalam menghadapi cabaran sukan bola sepak yang kian getir.

Sewajarnya AFC bertindak lebih agresif dan efektif dalam membentuk bakat lebih ramai orang Asia dalam sukan bola sepak, kerana hakikatnya saiz fizikal bukanlah faktor penentu keupayaan untuk bermain bola sepak. Tanyalah Lionel Messi mahupun Diego Maradona.

2) Apakah Total Football bakal terserlah?

Kepada yang tidak mengerti istilah “total football”, Wikipedia menjelaskan bahawa ianya adalah strategi permainan yang membolehkan mana-mana pemain bertukar posisi tanpa perlu mengubah strategi dan formasi permainan sedia ada.

Strategi tersebut telah diperkenalkan oleh Ajax Amsterdam, dan digunakan pasukan bola sepak Belanda pada Piala Dunia 1974. Diharapkan gaya permainan tersebut dapat muncul kembali dalam menghadapi kelibat pemain-pemain handalan Brazil pada Jumaat 2 Julai ini, seperti Luis Fabiano yang menemui sentuhan gol terbaiknya, serta Robinho dan Kaka yang kembali pada keadaan terbaik.

3) Bendera Afrika terus berkibar!

Seperti lagu Wavin’ Flag oleh K’Naan yang digemari ramai, dan sepatutnya mengatasi lagu rasmi dari Shakira, Ghana terus bersemangat dalam cubaan membawa Afrika ke satu tahap baru yang tidak pernah dicapai dalam sejarah bola sepak mereka.

Kevin Prince Boateng, antara pemain terbaik dalam EPL, sebuah liga yang meletihkan bagi pasukan England yang telah tewas.

Cabaran mereka datang dari Uruguay, yang menundukkan pasukan-pasukan seperti Afrika Selatan, Mexico, Korea Selatan, dan hampir sahaja menumpaskan Perancis. Para pemain Ghana diketuai Gyan Asamoah bersama Kevin Prince Boateng tidak akan memperoleh satu perlawanan yang mudah dengan Uruguay.

4) Bilakah Messi bakal menjaringkan gol?

23 percubaan, tiada satu pun yang masuk. Pelbagai gerakan menarik dirancang, namun hanya rakan-rakan seperti Gonzalo Higuain yang mencatat nama sebagai penjaring.

Kucar-kacir pertahanan lawan dengan kehadiran Lionel Messi, sehinggakan dua pemain diperlukan pasukan lawan untuk menghalang kemaraannya.

Lionel Messi merupakan nama yang disebut-sebut bakal menjadi wira pasukan Argentina, sejak dari Piala Dunia 2006 lagi. Dengan kejayaan Diego Maradona yang semakin terserlah, Argentina perlu mengatasi halangan suku akhir dari Jerman yang baru sahaja segar dari kemenangan besar keatas England 4-1.

5) Takkan semua 4 terakhir dari Amerika Selatan?

Susunan perlawanan suku akhir kali ini seolah-olah memberi kelebihan kepada benua Amerika Selatan: Uruguay lwn Ghana, Argentina lwn Jerman, Belanda lwn Brazil, dan Paraguay lwn Sepanyol.

Benar sekali, susunan ini tiada kaitannya dengan benua, semuanya sudah lama dirancang sebelum Piala Dunia bermula peringkat kumpulan lagi. Jika kebetulan perkara ini berlaku, salahkanlah pasukan lain yang tidak beraksi sebaiknya bagi menyekat kemaraan pasukan-pasukan benua ini.

Kemungkinan keadaan ini berlaku, memang realistik memandangkan empat pasukan suku akhir dari Amerika Selatan ini memang berada pada tahap persembahan terbaik, kecuali Paraguay yang berhempas-pulas menentang Jepun di pusingan kedua.

Sama-sama kita nantikan pusingan suku akhir bermula Jumaat 2 Julai ini, dengan perlawanan paling ditunggu-tunggu, Belanda lwn Brazil. Diharapkan persembahan mereka setanding dengan perhatian yang diberikan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: