jump to navigation

Selamat datang ke SKVE. Julai 12, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Saya sudah menulis mengenai SKVE di kala ianya sedang giat dibina menjelang tarikh akhir pembinaan yang mana dapat memastikan ianya dibuka pada penghujung Jun 2010. Berlalu bulan Jun, akhirnya SKVE Fasa 1B telah dibuka kepada pengguna, yang mana menghubungkan Putrajaya dengan Bandar Saujana Putra dari tarikh 2 Julai 2010.

Satu kelegaan kepada mereka yang sudah rimas melihat jalan mati di persimpangan B15-LDP yang sudah wujud sekian lama, juga turut memudahkan perjalanan dari Kajang/Bangi/Putrajaya/Cyberjaya ke arah Putra Heights/Subang Jaya/Shah Alam.

Namun, beberapa aspek yang dapat dilihat, mampu menjejaskan operasi lebuhraya baru bernombor E26 ini dan juga keberkesanannya dalam menghubungkan Kajang dengan Pelabuhan Klang di masa akan datang. Satu cadangan untuk penambahbaikan untuk operasi yang lebih lancar dan terjamin kelancarannya.

1) Hanya dua lorong sehala.

Mungkin kerana bekas lombong di sebelah, SKVE hanya mampu membina dua lorong sehala.

Trafik yang bakal melalui SKVE di masa akan datang amatlah sukar untuk dijangka jumlahnya, namun pada peringkat awal pembukaan, saya lihat ianya lebih sibuk berbanding ketika lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) baru dibuka.

Akan tetapi, LEKAS mempunyai 3 lorong sehala berbanding SKVE yang hanya mempunyai dua. Diharapkan untuk masa terdekat seperti enam bulan atau setahun akan datang, kajian trafik dapat dijalankan ke atas jajaran sedia ada iaitu 1A dan 1B, dan juga kawasan Teluk Panglima Garang, Pulau Indah, Putrajaya, Kajang dan Bangi. Sudah tentu kebarangkalian untuk mereka menggunakan SKVE begitu tinggi, lebih-lebih lagi apabila ianya dibuka sepenuhnya dalam masa dua tahun lagi.

Ihsan dari Blog Persatuan Pendudu BSP (Bandar Saujana Putra)

2) Ketiadaan jambatan di bulatan selepas keluar tol ELITE Saujana Putra sebagai penghubung terus ke SKVE.

Bandar Saujana Putra berpotensi untuk terus berkembang di masa akan datang berikutan kewujudan SKVE. Namun dengan bulatan yang pastinya bakal sesak tidak lama lagi selepas tol ELITE, penjimatan masa yang diwar-warkan tidak dapat dirasai sepenuhnya. Saya lihat memang ruangan untuk dibina sebuah jambatan telah disediakan, dan sewajarnya pembinaan jambatan flyover tersebut diperlukan segera sebelum kesesakan timbil di masa depan.

Di tengah-tengah Putrajaya, namun ini bukanlah Taman Putra Perdana yang saya maksudkan. Diharap namanya dapat ditukar bagi mengelak kekeliruan.

3) Tiadanya persimpangan untuk ke Taman Putra Perdana, Puchong.

Sebenarnya Taman Putra Perdana ada dua, yang pertama di ceruk bandar Puchong, dan yang kedua di tengah-tengah Bulatan Putrajaya.

Sewajarnya tempat ini kita panggil Bandar Putra Perdana kerana keluasan yang lebih besar daripada taman perumahan.

Ketika SKVE masih dibina, namun malangnya tiada persimpangan untuk memasukinya dengan mudah.

Sebuah kawasan perumahan yang terletak di tepi lebuhraya ELITE dan SKVE, namun tiada hubungan terus dengan kedua-dua lebuhraya, menyebabkan penghuni di sana terpaksa melalui jalan lama Puchong, untuk keluar ke Puchong melalui Bandar Bukit Puchong, manakala ke Putrajaya melalui Pulau Meranti. Saya masih memikirkan bagaimana penduduk Putra Perdana dapat bertahan selama ini dengan kekurangan jalan penghubung.

Gambar Ihsan SKVE. Klik gambar untuk ke laman web SKVE.

4) Kewujudan terlalu banyak plaza tol di pintu keluar persimpangan.

Lebih banyak plaza tol turut bermakna lebih banyak staf diperlukan untuk menjaga setiap satu. Namun, lebih banyak plaza tol turut boleh membawa lebih banyak masalah trafik apabila semua plaza tol tidak menggunakan sistem tiket transit, kerana masa yang lama untuk mengeluarkan wang bayaran.

Namun, mungkin ini sudah ditetapkan sebagai sistem pembayaran bagi SKVE, jadi tidak banyak yang boleh dilakukan. Cadangan saya, dengan mewujudkan lebih banyak lorong Touch N’Go, iaitu secara idealnya 2 di setiap arah Plaza Tol, serta 3 lorong Smart TAG di setiap arah Plaza Tol.

Selain itu, setiap plaza tol di SKVE juga sewajarnya dilengkapkan kemudahan menambah nilai kad Touch N’Go supaya penggunaan kad elektronik tersebut dapat digalakkan lagi bagi mengelakkan kesesakan masa depan.

Akhir kata, Selamat Datang ke SKVE, bakal penghubung utama Selatan Lembah Kelang!

Komen-komen»

1. Lik - Julai 30, 2010

Salam saudara,

Ingin tahu exit point di Teok Panglima Garang… di mana exact location yang terdekat…. for future refrence..

Firdaus Rosli - Julai 31, 2010

Bahagian Saujana Putra-Pulau Indah masih lagi dibina.

http://www.skve.com.my/linkage.html#

Peta yang saya berikan ini agak kecil saiznya, boleh zoom di browser untuk besarkan imejnya.

axis706 - Ogos 2, 2010

exit telok panglima garang di lokasi u-turn selepas bulatan pulau carey jika menghala ke banting.

2. penduduk bsp - Ogos 2, 2010

setuju dengan beberapa cadangan saudara.

saya adalah pengguna utama lebuhraya SKVE ini, kerana saya tinggal di Bandar Saujana Putra dan byk berulang-alik ke putrajaya/bangi/kajang.

cuma dari post di atas ada beberapa penambahan :

kalau dilihat dari sudut pembinaan SKVE ni mmg agak kelam kabut sikit dan juga agak rushing mengejar dateline.

So,kalau dilihat mmg akan dtg SKVE ni akan jadi jalan utama mcm LDP skrg ni..

sbb kalau tengok pada pembukaan nya pun dah byk lori2 minyak & lori2 lain lalu utk ke highway ELITE.

sepatutnya persimpangan bertingkat di bulatan saujana putra tu terus dibina kerana ia akan mengakibatkan kesesakan pd masa akn dtg.

dan juga, kalau dilihat pada tembok berhampiran lombong puchong hanyalah menggunakan tembok besi biasa.dan juga kawasan itu adalah kwsn selekoh tajam.jika kereta laju terbabas mmg komfem dah masuk lombong.sepatutnya SKVE terus buat tembok batu atau apa2 sign-board supaya pengguna lebih berhati2..

dan juga jika dilihat SKVE tiada lampu jalan,pada waktu malam jln tersebut amat gelap dan membahayakan kerana sekeliling SKVE ni byk lombong2..

tapi aku mmg dah nmpk SKVE ni akn jadi highway yg sesak satu hari nnt.baik buat 3 line terus.

3. Zainal Alam Kamaruzzaman - Disember 2, 2010

To all users of SKVE,

Terima ksih diatas komen-komen anda. Kami ambil maklum diatas komen-komen tersebut dan sentiasa akan memperbaiki taraf perkhidmatan kami. Untuk makluman semua,kami baru sahaja dibuka untuk operasi di Seksyen 1B mulai 1 Ogos 2010. Kami amat mengalu-alukan komen anda. Terima kasih. Drpd: Bahagian Operasi, Lebuhraya SKVE

Firdaus Rosli - Disember 2, 2010

Terima kasih encik atas maklum balas. Ini menunjukkan keperihatinan pengurusan SKVE kepada penggunanya. Semoga SKVE bukan sekadar berjaya dari segi kutipan tol, malah juga memberikan kualiti setimpal dengan tol yang dibayar oleh penggunanya.

4. Zainal Alam Kamaruzzaman - Mei 6, 2011

Sdr Firdaus,

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Pihak syarikat konsesi lebuhraya SKVE amat megalu-alukan komen-komen dari pengguna lebuhraya supaya kami dapat memperbaiki taraf perkhidmatan kepada pengguna. saya difahamkan sdr kerap memgguna lebuhraya SKVE. Dengan ini saya ingin menjemput sdr untuk berjumpa pihak kami untuk membantu mempromosi dan memasarkan lebuhraya ini kepada lebih ramai ‘potential user’ dimasa akan datang dengan menggunakan kaedah blog dan sebagainya.
Sdr boleh menghubungi saya seperti alamat e-mel dibawah.

Sekian, terima kasih dan wassalaam.

Pengurus Besar – Bahagian Operasi dan Penyenggaraan, Lebuhraya SKVE

faisal - Mei 30, 2012

saya pengguna tetap highway skve dari putrajaya ke saujana putra setiap hari… saya pernah kemalangan akibat terlanggar anjing sejurus masuk tol ayer hitam menghala ke saujana putra pada waktu 6.45am dan mengalami kerugian sebanyak rm1000 untuk kos baik pulih kereta dan tukar bumper… saya perhatikan jalan SKVE ini ader banyak anjing liar yang melintas jalan tak kira waktu dan jika di lihat kemalangan langgar anjing ini bukan perkara baru lagi di skve, setiap bulan pasti saya akan terserempak dengan kereta yang terlanggar anjing ini berhenti di tepi jalan… harap pihak SKVE ambil perhatian perkara ini kerana ia membahayakan nyawa kami…. nasib baik saya dapat mengawal kenderaan daripada terbabas. lagi 1 saya jangkakan bulatan di saujana putra akan membuatkan trafik perlahan apabila di buka sepenuhnya nanti…. kalau dapat buat jalan terus tanpa perlu melalui bulatan dari lebuhraya elite itu agak lebih baik… lagipun banyak kemalangan berlaku di bulatan tersebut kerana kesilapan pemandu memilih lorong dan terburu-buru memasuki laluan bulatan tersebut…. harap mendapat perhatian pihak SKVE. terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: