jump to navigation

Elaine Meinel Supkis, terkenalkah beliau? Julai 13, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Petikan dari Utusan:-

KUALA LUMPUR 10 Julai – Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai ‘alat’ kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.

Demikian petikan Utusan Malaysia terhadap dakwaan bahawa Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia adalah alat kepada CIA.

Untuk menentukan betapa terkenalnya seseorang di Internet, seharusnya kita melakukan carian di ensiklopedia bebas paling terkenal, iaitu Wikipedia.

Sila lakukan carian anda ketika membaca tulisan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Apa? Hasilnya tiada?? Utusan kata beliau blogger terkenal dari New York!

Okey, jika mahu lebih kepastian, pergi ke bahagian ini untuk mengetahui senarai orang terkenal dari New York.

Jika tidak mempercayai Wikipedia, saya juga serupa, silakan cari di laman-laman lain.

Bukan untuk mempertikaikan kredibiliti Elaine, namun di blognya sendiri juga ditulis begini di bahagian profil.

Born at Yerkes Observatory, grew up on many observatory mountains and secret government testing grounds, burr under the saddle of the Real Rulers of America since childhood, family black sheep with three bags of wool, pulled down more than one politician in life, winner of the “Struck by Lightning Indoors” award for most hits in lifetime, three direct and seven glancing blows. Now living on a mountain with horses and cats and dogs and chickens and a husband. Yikes.

Dilahirkan di Yerkes Observatory, membesar di pelbagai pergunungan dengan balai cerap dan tempat ujian rahsia kerajaan, duri di bawah pelana pemerintah sebenar Amerika sejak dari kecil, keluarga kambing hitam dengan tiga beg kapas (kiasan), menolak jatuh lebih daripada seorang ahli politik dalam hidup, pemenang anugerah “Dipanah Petir di dalam Rumah” dengan panahan paling banyak seumur hidupnya, tiga secara terus, dan tujuh sekilas lalu. Kini tinggal di pergunungan dengan kuda dan kucing dan anjing dan ayam serta suami. Astaga. (terjemahan Google Translate)

Saya ada membaca beberapa artikel beliau, memang benar beliau mempunyai pendapat tersendiri yang unik. Namun jika kita anggap beliau terkenal, itu sudah terlebih taraf, over-rated.

Beliau tidak jauh beza dengan penulis-penulis blog di Malaysia sendiri yang boleh berbicara mengenai pelbagai isu. Apakah motif Utusan meletakkan status “terkenal” untuk Elaine Meinel Supkis?

Seperti biasa, inilah sikap tipikal mereka yang berkuasa di negara kita, menganggap bahawa semua dari luar negeri itu hebat belaka. Asyik ikut sahaja telunjuk orang putih, dulu, kini dan selamanya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: