jump to navigation

Chinta, dendam seorang wanita. Oktober 9, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Sudah lama sebenarnya saya tidak menonton saluran TV3, memandangkan saya tidak punya kelapangan masa. Tambahan pula, rancangan yang disiarkan, kelihatan semakin tidak menarik. Siaran beritanya pula,kerap kali menyakitkan hati.

Namun, sebuah drama yang baru muncul minggu lalu telah membuatkan saya setia hari menunggu waktunya di depan kaca TV.

Malangnya seperti yang dikatakan, saya tiada kesenggangan masa. Jadi, hanya pada waktu lapang, saya mampu menonton tepat pada waktu tayangannya.

Carian Google saya memberikan pelbagai hasil, antaranya kepada sebuah filem tahun 1948 keluaran Malay Film Productions, arahan B. S. Rajhans, juga dengan tajuk Chinta.

Namun, drama yang menjadi tontonan saya ini hanyalah untuk tayangan selama 28 episod. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kecenderungan penonton Malaysia untuk tidak menonton sesuatu drama secara berterusan untuk tempoh lama.

Sedikit kecewa, tidak mengapa. Mungkin bakal muncul lagi drama-drama yang menarik di kemudian hari, dengan saluran Bahasa Melayu yang semakin banyak kebelakangan ini.

Jika dihitung, berikut merupakan saluran-saluran percuma yang menayangkan drama-drama Bahasa Melayu: RTM 1, RTM 2, TV3 dan TV9.

Saluran-saluran pakej Mustika, yang disasarkan kepada penonton Melayu.

Manakala, saluran Astro yang menayangkan drama Bahasa Melayu ialah: Ria, Prima, Oasis, Citra dan Warna.

(Siapa kata Melayu hilang kuasa?)

Kepada yang belum menonton, mahupun ingin tahu sinopsis cerita tanpa menonton, ini merupakan sinopsis rekaan saya sendiri (setakat Episod 8, 7 Oktober 2010).

Chinta merupakan anak bongsu dari dua beradik, kedua-duanya anak kepada Musa, seorang yang menitikberatkan pendidikan agama. Abangnya, seorang yang bijak menyembunyikan kejahatan diri, berlindung di sebalik amalan solat yang dilakukan 5 kali sehari, semuanya di masjid kampung mereka tinggal.

Abang kepada Chinta ini mempunyai satu masalah, iaitu untuk mengawal nafsu yang muncul sejak akil baligh. Chinta selalu menjadi mangsa intaian abangnya di bilik air, dan hampir-hampir dicabul oleh abangnya sendiri.

Meningkat remaja, abang Chinta masih tidak mempunyai kerja tetap, walaupun ghairah dengan keinginan untuk berkahwin dengan Mustika, sahabat karib Chinta.

Orang kaya kampung tersebut, Pak Haji ingin berkahwin kali kelima, dan menjadikan Chinta sebagai sasarannya. Tekanan hidup abangnya dijadikan sebagai satu peluang bagi Pak Haji melepaskan nafsunya dengan cara yang amat jahat: berpakat dengan abang Chinta dan Mustika, untuk meniduri Chinta tanpa disedarinya.

Mengetahui kejadian yang berlaku kepada Chinta, kekasih hatinya kecewa, lantas menjadikan Chinta mangsa, menyebabkan kejadian jahat yang berlaku ke atas Chinta berulang sekali lagi.

Diperlakukan sedemikian oleh lelaki-lelaki yang kelihatan alim dan baik, menyebabkan Chinta jauh hati daripada Tuhan, yang dianggapnya tidak memberikan bantuan ketika diperlakukan sejahat itu.

Meninggalkan imej wanita solehah, Chinta ke Kuala Lumpur, dengan nama baru: Chinta Canduri. Dia berubah menjadi pendendam dan mengambil kesempatan keatas setiap lelaki yang menginginkannya. Harga dirinya tiada lagi, dan padanya tidak perlu lagi dihargai.

Selebihnya tontonlah sendiri di laman video Media Prima terbaru, www.tonton.com.my.

Tetapi, bersedialah dengan kelajuan muat turun video yang amat perlahan, walaupun anda menggunakan pakej internet paling mahal mahupun anda sedang belajar di Korea Selatan, negara dengan kelajuan Internet terbaik.

Pendek kata, laman TonTon ini memang mengecewakan, tontonlah sahaja di TV3 setiap Isnin-Khamis 6.30 petang, jika anda berkesempatan.

Komen-komen»

1. ilhamfatihah - Oktober 9, 2010

Ya! Walaupun saya tak berapa suka dengan Fasha Sandha tapi disebabkan jalan cerita dan lakonan mantap FS dan pelakon2 lain buatkan saya tidak sabar untuk menontonnya. Tahniah kepada produksi GBSB.

Firdaus Rosli - Oktober 9, 2010

Doakanlah cik Fasha tu berubah suatu hari nanti, harapnya begitulah. Paling penting, saya tak anggap dia seorang wanita gatal, memandangkan dia sebenarnya yang menjadi sasaran lelaki-lelaki hidung belang =)

2. ina - November 2, 2010

sy tension setiap kali tengok cerita chinta,sbb geram dgn sikap kepuraan chinta dan juga rasul yg sukakan chinta..sdgkan dia tahu siapa chinta..hrp ending dia menarik la..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: