jump to navigation

Setahun bekerja separuh masa. Apa rasanya? Oktober 9, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: ,
trackback

Saya kini menghampiri satu tahun pengalaman bekerja separuh masa. Satu tahun yang memberikan perasaan berbeza berbanding ketika saya hendak bermula.

Jujurnya, saya ingin berjaya dalam kedua-duanya, iaitu dalam kerja dan dalam pelajaran. Saya merindui kejayaan dalam pelajaran, yang terakhir pernah saya kecapi adalah ketika program Foundation dan sudah tentunya, SPM.

Kemudian, saya rasa tiada lagi kejayaan yang diperoleh. Percubaan untuk menjadi wakil pelajar juga gagal, kerana persaingan amat sengit. Tidak pernah dalam sejarah KLIUC, ada dua blok yang bertanding sesama sendiri.

Setelah setahun bekerja separuh masa, saya ingin mencuba perkara-perkara lain. Paling saya teruja ialah dalam bidang pendidikan. Pada 2008, saya pernah memberikan tuisyen percuma, dalam subjek yang saya amat gemari, iaitu Matematik dan Matematik Tambahan.

Ketika itu, saya hanya meminta duit minyak petrol untuk perjalanan bertemu pelajar-pelajar saya di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail. Alhamdulillah, pelajar-pelajar saya memang baik, siap belanja makan lagi.

Kini mereka sudah pun memasuki alam pengajian tinggi, sedang saya masih bergelut. Kini di tahun ketiga pengajian di KLIUC, masih banyak yang saya belum dapat kuasai dalam pengajian bidang kejuruteraan awam ini.

Para pembaca, doakan kejayaan saya dalam peperiksaan semester kali ini. Saya akan berusaha segigihnya, dan memanfaatkan kelapangan masa ketika ini.

 

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: