jump to navigation

Apakah yang selalu diulas dunia tentang Malaysia? Oktober 12, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Saya tertarik dengan persoalan ini selepas melihat gambar-gambar rakan Facebook yang terkandas di Lebuhraya PLUS berhampiran Rembau gara-gara kemalangan yang melibatkan bas D***** Ekspres (nama tidak boleh diberitahu bagi mengelakkan tindakan undang-undang).

Kemalangan yang berlaku di waktu senja 10-10-10, telah mengakibatkan kesesakan sepanjang 25km kedua-dua arah.

Itu bukanlah masalah utama, masalah yang lebih besar, adalah 12 orang telah terbunuh dalam kemalangan ini. Kebanyakan mereka adalah anak-anak muda, yang merupakan aset dalam keluarga mereka.

Itu bukanlah satu-satunya masalah yang kita hadapi, masalah yang tidak kurang teruknya ialah imej negara kita. Cuba lakukan carian di Google mengenai kemalangan di Malaysia, rekodnya amat banyak, dan diberikan liputan oleh media utama antarabangsa.

Mungkin hasil berita yang mampu mengatasi berita kemalangan di Malaysia ialah “sodomy” atau liwat, yang kebetulan melibatkan percubaan bagi menjejaskan populariti seorang tokoh politik yang pernah dipenjara, yang cuba untuk bangkit semula. Perlukah saya perkenalkan siapa?

Bilakah kali terakhir kita membaca suatu berita yang positif mengenai Malaysia? Mungkin ada satu, Persidangan Wanita Pertama (First Ladies Summit). Namun, ada silap sikitlah kak Rosmah…

Mengapakah usaha menyeluruh tidak dibuat, bagi menjemput barang seorang pun wanita pertama dari negara berpengaruh, atau negara berpotensi berpengaruh?

Bukankah kak Rosmah, Wanita Pertama kita baru-baru ini mengikuti suami ke pelbagai negara-negara Dunia Pertama? Takkanlah seorang dua wanita pertama tak dapat dipujuk untuk hadir?

Agaknya, pada andaian saya, kak Rosmah mungkin tidak mahu untuk ditenggelamkan jika ada wanita pertama yang lebih berpengaruh dibawa menyertai sidang ini.

Tidak mengapa, masih ada peluang. Kebetulan saya terbaca tema sidang Wanita Pertama ini, iaitu “Anak Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan”.

Apa kata, kaitkannya dengan kemalangan yang berlaku di negara-negara membangun, yang mengorbankan ramai kanak-kanak, dan mengakibatkan kanak-kanak hilang ibu dan bapa.

Siapkanlah satu resolusi kecemasan (kerana mungkin tiada dalam senarai asal), selain ucapan takziah khas kepada keluarga mangsa, resolusi yang menekankan lebih mengenai keselamatan jalan raya, dan juga keselamatan kenderaan sendiri agar kurang kemalangan, seterusnya berkuranglah kematian.

Diharapkan kenderaan di masa hadapan, mempunyai reka bentuk dan binaan yang mesra kanak-kanak, selain jalan raya yang lebih selamat, serta pengangkutan awam yang dioperasikan dengan lebih bertanggungjawab.

Pastinya, imej kak Rosmah akan dapat dipertingkatkan di mata rakyat, kerana dilihat bertanggungjawab dalam kita semua rakyat Malaysia berkabung dengan satu lagi tragedi jalan raya, dan dengan beraninya isu ini dibangkitkan dalam satu persidangan antarabangsa.

InsyaAllah, dengan resolusi sehebat ini, kita dapat melihat Persidangan Wanita Pertama 2011 nanti dihadiri lebih banyak figura-figura penting dunia, yang pastinya juga terdiri dari negara-negara pengeluar kenderaan utama, selain negara-negara dengan keupayaan kejuruteraan yang cemerlang.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: