jump to navigation

Mana lokasi berpotensi untuk loji nuklear? Oktober 15, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Daud Mohamad memberitahu media bahawa 8 lokasi sudah dikenal pasti untuk pembinaan loji kuasa nuklear untuk beroperasi menjelang tahun 2021.

Antara kriteria kawasan yang dipilih ialah:-

  • berhampiran sumber air
  • struktur tanah berbatu keras
  • kawasan tidak mudah banjir

Malangnya, lokasi-lokasi ini tidak pula diberitahu, mungkin mempertimbangkan kesan buruk yang akan dihadapi jika lokasi-lokasi ini diketahui, misalnya pembelian tanah secara spekulasi, mahupun kejatuhan harga hartanah yang juga boleh berlaku, selain daripada keadaan panik dalam kalangan masyarakat kawasan terpilih.

Mari kita teka, kawasan manakah yang berpotensi ini?

  1. Pastinya bukan di kawasan yang pernah ditenggelami banjir mahupun mudah ditenggelami banjir. Kawasan pesisir pantai tidak mungkin menjadi pilihan.
  2. Jangkaaan saya, kawasan berhampiran empangan. Antara yang memasuki senarai ini, seperti
  • kawasan Empangan Timah Tasoh, Perlis
  • kawasan sekeliling Tasik Pedu, Kedah
  • kawasan Empangan Muda, Kedah
  • kawasan Tasik Temenggor, Hulu Perak
  • kawasan Tasik Kenyir, Terengganu

Tiada tempat lain yang lebih sesuai daripada lima tempat yang disenaraikan ini. Hal ini kerana, terdapatnya sumber air yang banyak dan mudah untuk digunakan oleh loji janakuasa nuklear yang dijadualkan pertama dibina di Malaysia.

Selain itu, kawasan bukit-bukau di sekeliling empangan-empangan dan tasik-tasik ini mempunyai batuan yang keras, selain daripada berjauhan dengan kawasan berpenduduk.

Mari pertimbangkan satu-persatu lokasi yang berpotensi ini.

1) Empangan Muda & Pedu, Kedah

Pastinya kerajaan negeri Kedah tidak akan membenarkan pembinaan loji nuklear di Kedah, memandangkan mengetahui kesan negatif yang boleh timbul, seperti pencemaran radioaktif kepada tanaman padi di seluruh negeri Kedah, yang menjadi sumber utama bekalan beras di Malaysia.

2) Tasik Temenggor, Perak

Di atas kejayaan Barisan Nasional mengambilalih pentadbiran Perak, tiada ruang untuk kesilapan akan dibuka oleh pentadbiran baru Perak. Isu janakuasa nuklear ini boleh dimanipulasi oleh PR Perak pimpinan Nizar untuk meraih simpati dan sokongan rakyat yang kelihatan semakin padam terhadap pakatannya. Jadi, tidak mungkin loji nuklear ini akan dibina di Perak.

3) Empangan Timah Tasoh, Perlis.

Perlis sebenarnya sebuah negeri di mana taburan penduduknya agak sekata, jadi sebarang perkara yang berlaku di kawasan empangan, bakal mencetuskan kesan buruk. Paling mudah, bencana banjir pada 2005 yang diakibatkan oleh pelepasan air dari Empangan Timah Tasoh yang dikhuatiri pecah jika empangan tidak dibuka.

4) Tasik Kenyir, Terengganu.

Bersandarkan kepada sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN di sana, pastinya mereka bakal bergembira dengan limpahan ekonomi yang bakal tercetus dengan wujudnya loji janakuasa nuklear di negeri mereka. Negeri Terengganu, sudah kian hilang hasil minyak dan gas, jadi sumber tenaga baru diperlukan bagi terus menggerakkan ekonomi negeri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Loji janakuasa nuklear adalah jawapan untuk membasmi kemiskinan negeri Terengganu. Untuk saya, tiada tempat lain yang lebih sesuai.

Mahukah rakyat Terengganu melihat generasi masa depan mewarisi pelbagai penyakit radioaktif? Lihat sahaja bencana Chernobyl yang berlaku dahulu.

Jika dibina hatta sebuah stadium untuk Terengganu, baru setahun sudah roboh, bayangkan sahaja kesannya jika yang runtuh itu, sebuah loji janakuasa nuklear.

Kepada warga Terengganu, pastikan anda membuat pilihan bijak, demi kesejahteraan generasi masa depan. Tolaklah mereka yang mahu menggadaikan kesihatan rakyat semata-mata kerana mahu menjimatkan kos penjanaan tenaga.

Komen-komen»

1. Namatimangan08 - November 28, 2010

Tak munkin ianya berhampiran dengan mana-mana tasik atau sungai. Jika ini dilakukan suhu tasik atau sungai tersebut akan meningkat sehingga 4 darjah celcius. Ianya perlu berhampiran dengan laut. Agak tinggi. Bebas dari risiko tsunami. Yang penting hendaklah sekurang-kurangnya pada jarak sejauh 25km, kalau tak silap aku, dari bandar yang mempunyai penduduk yang padat.

Firdaus Rosli - Disember 2, 2010

Terima kasih atas maklumat. Nampaknya semakin sukar usaha untuk mencari lokasi sesuai loji kuasa nuklear. Mungkin lebih baik untuk tidak meneruskannya sahaja.

2. MOMOY - Mac 24, 2011

Kebiasaannya lokasi memang perlu sumber air yang banyak (sungai/ tasik/ laut)
Pantai timur memang lokasi yang baik memandangkan banyak plant-plant pun terdapat di pantai timur. tapi nak bina loji nuklear x sesuai sebab kepadatan penduduk.

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Tanda Kiamat Makin Hampir

Loji Tenaga Nuklear | Dilema Malaysia Selepas Krisis Nuklear Jepun


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: