jump to navigation

Pelan jalur lebar mudah-alih baru: Discover Day RM38 DiGi November 7, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

DiGi seperti biasa, membawakan pelbagai perkara baharu dalam industri mudah-alih, yang kadang-kala asing untuk kita.

Pembaharuan sedemikian sebenarnya merupakan inspirasi daripada pelbagai pembekal perkhidmatan mudah alih negara lain yang seangkatan dengan DiGi, yang sebenarnya dimiliki oleh Telenor Norway.

Terbaru, pelan jalur lebar waktu siang Discover Day dengan caj bulanan hanya RM38, terendah di Malaysia.

Biar saya jelaskan lebih lanjut mengenainya. Discover Day merupakan satu pelan yang memberikan kelajuan pelayaran sehingga 3.6 Mbps, kelajuan purata (Likely Average Speed) 700 kbps untuk muat turun dan 200 kbps untuk muat naik, hanya dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

Pelan ini disasarkan kepada mereka yang telah mempunyai akses internet di rumah masing-masing, yang berada di luar rumah pada waktu siang.

Berada di luar rumah, akan meningkatkan kecenderungan golongan ini untuk memasuki kawasan liputan 3G DiGi, tambahan pula talian internet berada pada keadaan yang paling tidak sibuk berbanding malam.

Namun, pelan ini bukan bermakna penggunanya tidak dapat menggunakan jalur lebar DiGi pada luar waktu dinyatakan. Cuma kelajuan muat turun akan diturunkan kepada 128 kbps, yang sebenarnya sudah pun cukup untuk pelayaran internet yang biasa. Selepas 7 malam, aplikasi P2P akan disekat.

Lagipun, kesesakan talian internet mudah alih pastinya menyukarkan pengguna untuk memperoleh muat turun pantas di waktu malam. Cukup adil bukan?

Setiap pendaftaran dengan modem percuma, yuran pendaftaran RM100 akan dikenakan, yang mana diketahui merupakan langkah selamat dari DiGi untuk mengelakkan kerugian daripada pemberian modem percuma.

Bayaran RM38 sebulan merangkumi kuota muat turun 3GB, yang mana muat turun selebihnya tidak akan dikenakan caj tambahan, cuma kelajuan muat turun akan dikurangkan sehingga kitaran bil seterusnya.

Jika anda sudah memiliki modem, anda hanya akan dikenakan bayaran pendahuluan RM30. Kepada yang bukan warga negara Malaysia, deposit RM100 dikenakan.

Paling penting, tiada tempoh kontrak, tiada caj penamatan perkhidmatan. Selamat mencuba!

Komen-komen»

1. Azman - Januari 4, 2011

Pasa waktu malam kelajuan muat turun brape ek..ada sape2 kat sini ada pengalaman?

2. sunday - Januari 2, 2012

walau pun waktu pagi sama juga,tak laju jga,tgok youtube pun tak dapat tgo wayang walaupun kawasan bandar.mcm mana tu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: