jump to navigation

Memali, masihkah kita ingat? November 23, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

25 tahun lepas, iaitu pada tahun 1955, berlaku satu peristiwa yang digelar Peristiwa Memali.

Pada pandangan saya, perisitwa ini boleh juga disimpulkan sebagai satu perisiwa pembunuhan beramai-ramai, dalam bahasa Inggeris, massacre.

Seramai 14 orang telah terbunuh dalam satu operasi polis yang digelar “Operasi Hapus”, yang bertujuan untuk menghapuskan saki-baki perjuangan pengganas komunis yang berpusat di Baling, Kedah.

Daerah Baling terkenal dengan Rundingan Baling 1955 yang diadakan antara Chin Peng, pemimpin komunis yang kini hidup dalam buangan bersama Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu Ketua Menteri Malaya.

Selain itu, krisis kebuluran di Baling pada tahun 1974 telah mencetuskan demonstrasi pelajar diketuai Anwar Ibrahim, yang seterusnya telah menyebabkan pelbagai peraturan diperkenalkan untuk menyekat kebebasan bersuara pelajar.

 

1985, Baling sekali lagi menjadi perhatian apabila 3600 anggota polis lengkap bersenjata memasuki Kampung Memali untuk mencari Ustaz Ibrahim Libya, seorang penceramah agama berwibawa dari parti Pas untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), arahan dari Bukit Aman oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri/Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam.

Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri.

Percanggahan berlaku antara Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri Kedah, dan Musa Hitam dalam arahan yang diberi oleh mereka, menjadikan operasi tersebut satu tragedi ngeri yang menjatuhkan imej dan kredibiliti pasukan Polis DiRaja Malaysia.

 

Para Syuhada Memali, semoga mereka dirahmati Allah.

Tindakan membunuh Ustaz Ibrahim Libya, seorang ulama terkenal di Memali, yang pernah bekerja dengan kerajaan serta pernah tampil dalam ceramah agama di saluran RTM, dilihat sebagai usaha menjatuhkan pengaruh gerakan Islam yang mula muncul di ketika itu.

Selepas peristiwa Memali, satu demi satu institusi kerajaan berada dalam krisis.

Mac 1986, lebih kurang 100 hari selepas peristiwa Memali. Musa Hitam meletak jawatan TPM, oleh kerana percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

1987, Operasi Lalang bagi menyekat kemunculan parti pembangkang yang semakin berpengaruh selepas peristiwa Memali. Krisis yang berlaku sebenarnya hanyalah antara UMNO dengan MCA, namun kebanyakan tokoh yang ditahan di bawah ISA adalah tokoh parti pembangkang.

Tahun yang sama, pemilihan parti UMNO berlangsung. Pertandingan sengit bagi jawatan Presiden menyaksikan Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti tipis, dalam satu pemilihan yang dimanipulasi dengan menyeluruh oleh Dr Mahathir.

 

Istana Kehakiman, hanya gah pada nama.

1988, ketidakadilan dalam pemilihan menyaksikan UMNO diisytiharkan pertubuhan tidak sah, menyebabkan Dr Mahathir bertindak menyingkirkan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas. Krisis perlembagaan berlaku, dan sejak daripada itu, Malaysia kehilangan sistem kehakiman yang adil, sehingga kini.

Tidak mustahil, kerajaan sekarang mampu untuk merencanakan peristiwa baru, ala-Memali dalam usaha mengekalkan kuasa di sebalik bantahan ramai yang terus berlarutan. Semoga peristiwa sebegini tidak berulang lagi.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: