jump to navigation

Yes, perkhidmatan 4G terbaru. Apa pendapat anda? November 23, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

Pemandangan yang anda akan lihat ketika melalui Lebuhraya Utara-Selatan, membaca surat khabar, mahupun menggunakan perkhidmatan Yahoo! Messenger, adalah logo sebuah syarikat pembekal perkhidmatan 4G terbaru.

Yes, dari YTL Communications adalah syarikat pertama di dunia yang membekalkan rangkaian 4G dengan suara.

Dalam iklannya, hanya 9 sen dikenakan untuk: 1 minit panggilan telefon, 1 SMS, mahupun 3MB data.

Malangnya, untuk memperoleh kadar panggilan 9 sen seminit tersebut, pelanggan hanya boleh menggunakan telefon 4G Samsung Buzz, yang berharga RM2000.

Peranti untuk broadband mudah alih pula berharga RM99 bagi modem USB Yes Go. Kredit Yes sebanyak RM10 akan dikreditkan secara percuma untuk 10 bulan pertama.

Manakala Yes Huddle, berharga RM399 untuk perantinya sahaja dan boleh digunakan untuk membolehkan perkongsian rangkaian secara Wi-Fi.

Satu lagi yang mendukacitakan, rangkaian Yes 4G hanya boleh diperolehi 65% penduduk Malaysia, yang bermakna rangkaiannya setakat ini hanyalah di kawasan bandar-bandar besar di barat Semenanjung Malaysia.

Jika anda bertanya Kelapa Muda, saya berminat dengan perkhidmatan ini, namun lebih banyak tawaran serta pilihan peranti perlu diberikan bagi memastikan rangkaian Yes 4G ini mampu pergi lebih jauh di masa hadapan.

Selain itu, rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan perkhidmatan Internet pascabayar yang biasanya mempunyai had penggunaan data yang amat tinggi. Internet prabayar seperti Yes, mungkin sukar untuk bersaing kerana dianggap lebih mahal.

Namun, jika kelajuan rangkaiannya pantas, pasti rakyat kita tidak ada masalah berbelanja lebih.

Saya yakin dengan potensi mereka, kerana mereka adalah syarikat dalam konglomerat YTL, yang pastinya punya kemudahan modal yang kukuh untuk meneruskan perkhidmatan ini untuk jangka panjang.

Selamat datang Yes 4G, rangkaian masa hadapan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: