jump to navigation

Beza RON95 dengan RON97? Shell ada jawapannya. November 26, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Sebahagian besar rakan-rakan kita tidak mengetahui langsung mengenai perubahan gred petrol utama di negara kita. Selama belasan tahun, dari 1990-an sehingga 2009, nozel petrol utama di negara kita adalah berwarna hijau, iaitu petrol RON97. Kini, RON95 menjadi gred minyak utama di negara kita, dengan nozel yang ditetapkan berwarna kuning.

Pada tahun ini, telah berlaku 2 kali kenaikan harga RON97 dan sekali bagi RON95, iaitu sebanyak 5 sen seliter bagi setiap kenaikan. Kerajaan dilihat cuba untuk menaikkan harga minyak secara tidak kita sedari, dan juga perlahan-lahan bagi mengelakkan risiko politik.

Pada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi (artikel ini ditulis ketika hari jadi beliau, Happy Birthday Pak Lah), beliau dilihat masih boleh kekal berkuasa walaupun tidak dapat mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Dewan Rakyat untuk Barisan Nasional pada pilihanraya 2008.

Namun, kenaikan harga petrol 78 sen seliter pada tahun tersebut melenyapkan pengaruh beliau di mata rakyat dan menyebabkan tekanan meningkat bagi beliau meletak jawatan. Beliau cuba menyelamatkan keadaan menerusi beberapa siri penurunan harga minyak, sehingga ke satu tahap yang lebih rendah daripada harga sebelum kenaikan tersebut.

Malangnya, semuanya sudah terlambat kerana harga barangan sukar untuk diturunkan, dan kemarahan rakyat sukar untuk dipadamkan.

Okey, itu cerita kerajaan. Pak Lah sudah tinggal sejarah pun.

Saya lebih tertarik dengan cerita minyak petrol kita ini. Jika anda lihat mahupun mendengar promosi terbaru Shell, mereka dilihat begitu menumpukan kepada petrol mereka yang dijenamakan semula, iaitu V-Power 97.

Pelbagai iklan dan peraduan diadakan bagi menggalakkan penggunaan V-Power 97, walaupun kerajaan telah menjadikan RON95 sebagai minyak gred utama. Untuk menyelesaikan masalah kehairanan ini, saya perlu melawat laman web Shell Malaysia.

Terjemahan sendiri dari laman rasmi Shell V-Power 97 Malaysia:-

Formula inovatif dalam Shell V-Power 97 baharu direka untuk anda memperoleh sebanyak mungkin dari kereta anda, tidak kira apa yang anda pandu. Ianya direka untuk mengeluarkan kuasa lebih pantas dan memberikan prestasi berterusan. Ciri-ciri istimewa Shell V-Power 97 ini direka untuk memberikan perubahan bermula dari isian pertama.

  • Formulasi unik yang mengandungi komponen yang dipilih atas keupayaan membekalkan lebih kuasa dan pecutan menerusi pembakaran yang ditambah baik, tidak kira apa kereta anda pandu.
  • Formulasi Oktana RON 97 direka untuk membekalkan potensi pecutan bagi semua kereta.
  • Teknologi Ubah-Suai Geseran yang sama digunakan bagi minyak perlumbaan Shell V-Power oleh kereta Formula Satu Ferrari direka untuk mengurangkan geseran dengan memperkenalkan komponen lapisan permukaan bagi melindungi bahagian kritikan enjin.  Ini membantu mengeluarkan tenaga bernilai membolehkan pemindahan tenaga yang lebih efisien dari minyak ke tayar. Ianya direka untuk prestasi ditambah baik terus dari isian pertama.

Jika anda para pembaca beranggapan bahawa ini merupakan iklan Shell, maaf anda salah di situ. Siapalah Kelapa Muda ini untuk dibayar oleh korporat besar seperti Shell, semata-mata untuk iklan? Untuk buat NuffNang pun masih tak lepas.

Saya hanya ingin membandingkan antara dua gred petrol yang ada di negara kita ini, dari beberapa aspek, iaitu harga, kadar penggunaan, dan manfaat kepada alam sekitar.

Harga

RON95 RM1.85/liter – dijamin oleh kerajaan sehingga 2011

RON97 RM2.15/liter – harga diapungkan dan dikemas kini setiap minggu

(kemas kini: Harga RON97 kini RM2.40/liter, RON95 RM1.90/liter.)

Memandangkan kita tidak yakin dengan kemampuan kerajaan meneruskan subsidi, pendapat saya lebih baik untuk kita membiasakan diri dengan harga yang diapungkan menerusi penggunaan RON97. Pengapungan harga ini pastinya bakal diperluaskan apabila kerajaan tidak lagi mampu memberi jaminan harga.

Kadar penggunaan

Secara keseluruhan, RON97 membekalkan lebih kuasa pecutan, namun lebih efisien dari segi kadar pembakaran. Bagi satu perjalanan jarak yang sama (misalnya Kajang – Banting), RON97 terbakar pada kadar yang lebih perlahan dari RON95, hasilnya jumlah yang hampir sama juga akhirnya dibelanjakan untuk mana-mana jenis petrol tersebut bagi perjalanan sama.

Percayalah, sebenarnya jumlah yang anda belanja untuk satu perjalanan, adalah lebih rendah dengan penggunaan RON97. Ini telah terbukti bagi dua kereta yang sudah dikenali dengan penjimatan minyaknya, iaitu Proton Savvy milik saya, serta Toyota Vios milik bapa saya. Pastinya bagi kereta-kereta yang lebih lama mahupun menggunakan petrol dengan banyak, penjimatan tersebut akan lebih terasa.

Manfaat kepada alam sekitar

Apakah manfaat daripada lebih kuasa pecutan, dan pembakaran efisien terhadap alam sekitar? Pastinya, alam sekitar kurang terancam. Pembakaran efisien memastikan pengeluaran asap pada kuantiti rendah, serta penggunaan tenaga secara lebih efektif dengan kurang pembaziran tenaga.

Lebih kuasa pecutan juga memastikan tiada kenderaan lain yang mengeluh dan terpaksa bergerak perlahan di belakang kenderaan anda, gara-gara kereta anda tidak cukup pick-up.

Pilihan yang lebih baik?

Pastinya RON97 – penggunaan efisien dan mesra alam sekitar pada harga 50 sen lebih tinggi daripada RON95. Sebolehnya, isilah di stesen-stesen Shell yang cukup mudah didapati di seluruh Malaysia dengan kebanyakan stesen menjual kedua-dua jenis petrol.

Inilah yang terbaik anda boleh lakukan untuk alam sekitar dan penjagaan enjin berbanding anda membeli Toyota Prius atau Honda Civic Hybrid yang masih mahal harganya dan memerlukan anda mengeluarkan belasan ribu RM untuk pertukaran bateri selepas 100,000km perjalanan.

 

 

Komen-komen»

1. budak ganu - Januari 2, 2011

memg benar, ron97 lebih efisien, rasa smooth je time bawak kete..lebih menimatkan sebenarnye w/pun tengok pada harga yg mahal, rm2.30 seliter, yg penting lebih kilometer..

Firdaus Rosli - Januari 7, 2011

Sekarang harga naik lagi, RM2.40 seliter. Nampaknya memang kerajaan sedang paksa kita guna ron95 yang hampeh tu.

2. haizad - Mac 11, 2011

klau takat kai kete kancil jer…mcm x berbaloi pulak nak isi minyak mahal tue!

3. ariffin - Mac 13, 2011

RON 97 nie lebih kilometer utk perjalanan jauh saje atau termasuk perjalanan dekat?

4. DON - Januari 2, 2012

untuk RM35 ron95 kita boleh dpt 240km-270km..
tp RM35 ron97=?

5. DON - Januari 2, 2012

untuk RM35 ron95 kita boleh dpt 240km-270km..
tp RM35 ron97=?km

wira1.5ab SE…

6. semarak api - Ogos 16, 2012

Ron 95 boleh dinaikan harganya…untuk tampung harga RON 97. Jurang harga RM0.50/liter sudah cukup. Baik untuk injin kereta dan alam sekitar kita juga. Untuk anak cucu kita juga kan…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: