jump to navigation

Saman turun harga, minyak naik harga. Disember 7, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , ,
trackback

PDRM telah memberikan diskaun kadar saman sebanyak 50% dari 30 November sehingga 14 Disember ini sahaja. Ramai pesalah trafik berpusu-pusu ke kaunter-kaunter polis trafik, laman web MyEG pun semakin sibuk mengendalikan pembayaran saman dalam talian.

Pada masa sama, petrol RON97 naik harga sebanyak 15 sen kepada RM2.30/liter pada 1 Disember, RON95 naik 5 sen kepada RM1.90/liter. Harga diesel, LPG dan gula juga dinaikkan lagi.

Begitulah cara kerajaan meningkatkan pendapatannya, turunkan harga sebahagian perkara, dan naikkan lagi sebahagian yang lain. Kerajaan dijadualkan dapat menjimatkan sejumlah RM1.18 bilion dengan pengurangan subsidi, selain ada juga pendapatan daripada bayaran saman.

Malangnya, jika dibandingkan, jumlah yang dapat dijimatkan ini tidak seberapa pun berbanding kos untuk perbelanjaan kerajaan. Rujuk yang paling dekat, Jabatan Perdana Menteri, yang menerima peruntukan jauh lebih besar daripada negeri-negeri.

Dengan kenaikan harga ini, masihkah kerajaan punya sokongan daripada rakyat? Tidak mengapa bagi mereka, kerana rakyat Malaysia masih mudah digula-gulakan dengan pemberian insentif yang tidak seberapa, selain kawalan media yang meracuni fikiran sebilangan rakyat.

Sejauh mana kempen media massa mampu mengekalkan kuasa kerajaan sekarang? Kita tunggu dan lihat pilihanraya yang mungkin pada tahun hadapan.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: