jump to navigation

Tawaran telefon pintar, apakah yang tersembunyi? Disember 26, 2010

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Para pemain telekomunikasi utama Malaysia kini giat mempromosikan pelbagai model telefon pintar, yang biasanya dijual bersama dengan pakej langganan pascabayar berkontrak.

Ada telco yang menawarkan kontrak 12 bulan, ada juga yang menawarkan kontrak 24 bulan. Harga yang diiklankan, kerap kali menguja pelanggan untuk membelinya, kerana kelihatan cukup rendah.

Ambil contoh, HTC Aria dari DiGi. Harga diiklankan, RM799. Penjimatan RM1000. Status stok: Habis.

Walaupun di dalam iklan diwar-warkan bahawa pelanggan memperoleh penjimatan, namun pelanggan harus meneliti dahulu tawaran telefon ini sebelum membuat keputusan.

Misalnya, tempoh kontrak, bayaran pendahuluan, serta caj pembatalan awal.

Walaupun tempoh kontrak lebih panjang memberikan tawaran harga lebih baik, bayaran pendahuluan yang perlu dibayar juga lebih tinggi, selain pelanggan terikat dengan tempoh kontrak yang panjang.

Lagipun, adakah kita pasti telco yang kita pilih mampu mengekalkan mutu perkhidmatan yang memuaskan sepanjang tempoh tersebut?

Bagi kesemua telco, caj pembatalan perkhidmatan awal adalah RM500, yang mana boleh diterima kerana ianya sudah tentu diberitahu lebih awal kepada pelanggan.

Selain itu, pakej langganan yang disediakan juga harus diteliti. Kita wajar memilih penyedia perkhidmatan yang memberikan nilai lebih kepada wang kita. Kuota muat turun, liputan perkhidmatan internet 3G, serta kadar caj bulanan harus diketahui oleh para pelanggan.

HTC Mozart, habis stok. Baru dilancarkan jualannya pada Disember 2010.

Mungkin nasihat ini agak terlambat, memandangkan semakin ramai yang gemar membeli telefon bimbit menerusi langganan pakej pascabayar. Tinjauan mendapati, kebanyakan pusat perkhidmatan pelanggan kehabisan stok telefon bimbit pintar.

Telefon yang dijual pada harga murah, serta telefon tercanggih seperti iPhone 4, kian sukar untuk diperoleh. Sewajarnya penyedia perkhidmatan boleh menyediakan stok yang lebih banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan dan tidak menghampakan mereka yang ingin beralih kepada telefon pintar.

Nampaknya Kelapa Muda terpaksa menanti lagi untuk telefon pintar.

Komen-komen»

1. Fadli Halim - Disember 27, 2010

perkongsian menarik..TQ


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: