jump to navigation

Mengapakah pengangkutan awam kita tidak cekap? Januari 7, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Saya terbaca tulisan seorang penulis blog yang menceritakan dilema hidupnya yang terpaksa berpindah ke sebuah bandar yang tidak lengkap pengangkutan awam-nya di Kuala Lumpur. Beliau telah memaparkan gambar skrin dari Wikipedia yang menunjukkan senarai 10 bandar paling ramai penduduk di Malaysia.

Sebenarnya kedudukan bandar paling ramai penduduk kini bukan lagi dikuasai Kuala Lumpur, tetapi Subang Jaya! Tidak menghairankan jika melihat kepada kesesakan lalu lintas yang dihadapi warganya setiap hari, memang tersangat teruk.

Ada beberapa bandar mengalami pertambahan penduduk luar biasa, jauh di luar jangkaan. Lihat Subang Jaya.

Mari kita rujuk Subang Jaya misalnya, antara 1991-2000, terdapat pertambahan penduduk sebanyak lebih 5 kali ganda. Manakala bagi tempoh 2000-2010, pertambahan penduduk terus berganda sehingga lebih 3 kali ganda.

Kadangkala kita hairan, adakah pihak penguasa kita tidak melihat trend pertambahan penduduk luar biasa ini? Keadaan sebegini sudah kelihatan sejak tahun 1991, di mana Malaysia mula merangka Wawasan 2020 bagi menjadi negara perindustrian yang maju.

Entah berapa lagi jambatan yang perlu dibina di Subang Jaya?

Selain itu, terdapat juga petanda kenaikan harga minyak yang semakin berganda pada dekad pertama abad ke-21, dengan kesukaran mencari sumber petroleum baharu yang semakin mencengkam. Sehinggakan satu tahap, kerajaan sedia memberikan subsidi berterusan kepada harga minyak, sehingga ianya mencecah kemuncak pada 2008, iaitu sebanyak RM27 bilion semata-mata untuk subsidi harga minyak.

Dengan keadaan sebegini, sewajarnya bandar-bandar seperti Subang Jaya, Klang dan Shah Alam sepatutnya sudah memiliki sistem pengangkutan awam yang teratur dan menghubungkan seluruh bandar.

Mengapakah itu tidak berlaku? Fikirkan projek kereta nasional ilham Dr. Mahathir. Bagi menampung pertambahan kenderaan daripada program ini, banyak lebuhraya dibina.

Jumlah lebuhraya yang berganda, apakah muslihatnya?

Merata-rata kita dapat lihat lebuhraya, misalnya jika mahu keluar dari Puchong, hanya Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Bukit Jalil yang tidak dikenakan tol.

Banyak bandar yang laluan masuknya disekat dengan pembinaan plaza tol, antaranya Bandar Mahkota Cheras yang menjadi isu suatu masa dahulu.

Dr. Mahathir, kini masih penasihat Proton.

Jika anda merupakan seorang pemuja Dr. Mahathir, fikirkanlah kembali, apakah ini berbaloi? Kita menjadi denyut nadi kepada bukan setakat industri automotif yang dibangunkannya, malah menjadi sumber pendapatan bagi pelbagai syarikat konsesi lebuhraya yang dikuasai kroni-kroni utama.

Mujurlah, penyelesaian yang kini sedang dilaksanakan dengan secepat boleh, merangkumi:-

  • Hubungan yang lebih baik bagi kawasan-kawasan padat penduduk di Subang Jaya, dengan sambungan Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang sehingga ke Puchong dan Putra Heights, yang terletak dalam kawasan majlis perbandaran Subang Jaya.
  • Laluan baru MRT antara Sungai Buloh-Kajang, turut terletak dalam kawasan-kawasan yang tidak diliputi pengangkutan rel menyeluruh seperti Damansara, Bandar Utama, Cheras, Seri Kembangan dan Kajang.

    Jika kerajaan negeri punya RM9 bilion untuk beli syarikat bekalan air, agaknya mampukah mereka untuk membina satu sistem pengangkutan awam yang cekap di Klang? Harap impian ini jadi nyata.

Namun, ini sahaja tidak mencukupi. Dalam senarai 20 bandar paling padat penduduk, juga terdapat bandar seperti Klang, yang diketahui memang cukup sesak dan padat.

Johor Bahru yang kini memiliki Iskandar Malaysia, pusat pertumbuhan baru selatan. Ipoh pula, hanya boleh berbangga dengan ETS KTM yang menjadikannya antara stesen utama, namun keadaan bandar yang luas dan sesak.

Shah Alam pula, kian berkembang pesat terutamanya di kawasan Setia Alam dan Puncak Alam di sebelah utaranya, yang hanya disediakan satu laluan bas utama RapidKL, iaitu U90. Bandar Baru Bangi, hanya mempunyai bas mini, selain satu laluan RapidKL bas tempatan.

Apakah kita perlu kesesakan lalu lintas berskala Subang Jaya, baru kelam kabut mahu membina pengangkutan awam yang berkesan? Lagipun pelaburan untuk pengangkutan awam, bukanlah untuk penyelesaian masalah jangka pendek, tetapi bagi menyelesaikan masalah jangka panjang.

Pastinya ini semua hanyalah satu angan-angan, selagi wujudnya satu industri digelar sebagai industri kereta nasional. Sudah banyak wang rakyat yang dilaburkan bagi menyokongnya: dari bayaran cukai, jumlah pembelian kenderaan, kos membina lebuhraya, pembelian bahan api, selain sokongan kepada pelbagai industri sampingan automotif.

Pelancaran Proton Saga, 25 tahun lalu.

Jika dikira secara teliti, rasanya berapakah yang sudah dikeluarkan selama 25 tahun wujudnya kereta nasional Malaysia? Adakah sudah melebihi RM100 bilion? Tidak mustahil.

Masihkah kita mampu mempertahankannya, tentunya tidak lagi. Diharapkan pelan kereta global Proton akan berhasil, lantas membebaskan rakyat daripada beban pengorbanan berbilion wang ringgit mempertahankannya.

Komen-komen»

1. jon.red - Februari 11, 2011

Sy setuju dgn semua yg di perkatakan diatas. Disini sy ingin menambah cikit; Sepatutnya, setiap hentian LRT@Komuter@Monorail ada Hentian berpusat bg setiap laluan bas awam mengikut daerah@kwsan. Supaya kelancaran bas berpusat pd setiap terminal dan tdk menganggu kelancaran jln bandaran. Dan setiap daerah@kwsan mesti mempunyai laluan terminal LRT@Komuter@Monorail supaya kesibukan trafik dpt dikurangkan. Jika tdk, Malaysia akan menghadapi kesesakan lalu-lintas yg paling sesak dimasa hadapan, dlm masa yg sama menyumbang kepada pencemaran udara serta kemalangan jiwa bertambah. Walau ditambah laluan highway@laluan bertingkat@laluan alternatif, ia tetap tdk membantu cuma mengaburi pandangan msyarakat aje..( mengapa sy berkata demikian krn setiap laluan yg baru dibuat pasti ada tol dan kadar tol pula pasti akan naik setiap tahun. Di manakah pola geografi pembangunan Malaysia yg teratur? Krn setiap hari petambahan penduduk bertambah, dan setiap org pasti akan memiliki kenderaan masing2. Adakah bandar yg baru saje mempunyai pola geografi teratur dan bagaimana tempat2 yg lain yg sedia ada? Adakah politik hanya utk kepentingan sendiri dan kroni saje? Dan bukan untuk kami Warga masyarakat Malaysia? Kenapa msh ada taraf kemiskinan tegar&sederhana walau giat dilancarkan segala bantuan. Dan kenapa cukai kendaraan dikenakan sehingga 200%? Kenapa rata2 mengatakan kerjaan Malaysia tdk cukup duit? Kenapa minyak yg dikeluarkan oleh negara Malaysia harus dikenakan cukai jugak? Kenapa kerajaan mengadu sebagai budak kecik segala yg dibuat diungkit supaya Masyarakat Malaysia tau dan mengenang jasa dan bakti kerajaan? Walhal dahulu tdk terdpt pun ungkitan jika jasa seseorg itu tlh dibuat. Sebaliknya jasa org tersebut dihormati sehingga jasadnya tiada. Cukup setakat ni ungkapan saya yg tdk bersekolah tinggi spt tuan2 dan puan2. Terima kasih..

2. alkimia - Mei 13, 2011

Kenapa ya?😕

Jika tak keberatan sila layari blog saya, saya telah membincangkan panjang lebar masalah dan dilema sistem pengangkutan terutama kereta api di negara kita. Lebih daripada 20 posting cerita2 ttg isu ini.
http://blogkaryait.wordpress.com/2011/02/07/pengembaraan-maya-dengan-google-maps-%e2%80%93-siri-2/
http://blogkaryait.wordpress.com/2011/03/21/perbandingan-kereta-api-negara-kita-dengan-negara-orang-satu-cadangan-bhg-1/
… (sampai) …
http://blogkaryait.wordpress.com/2011/05/09/dilema-kereta-api-negara-kita-bhg-7-%e2%80%93-sistem-elektrifikasi/

Sekadar berkongsi, jika berminat.🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: