jump to navigation

Android, menarik! Januari 13, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , ,
trackback

Telefon bimbit paling kecil di dunia, Modu. Kini tidak lagi relevan.

Sudah sekian lama, masyarakat seluruh dunia menggemari telefon bimbit. Antaranya kerana reka bentuk yang elegan, saiz yang mudah dimasukkan ke dalam kocek, selain harga yang mampu dibayar menggunakan wang di dalam kocek.

Zaman berubah, telefon bimbit beralih kepada tumpuan untuk ciri-ciri penting, seperti kamera, jam penggera mahupun pengatur atau dipanggil organiser. Muzik juga pernah memainkan peranan penting, pernah suatu ketika telefon berteraskan muzik cukup berpengaruh dalam dunia.

Kini segalanya berubah apabila munculnya internet tanpa wayar, yang kini sudah menjangkiti telefon bimbit. Zaman baru kini bermula, di mana telefon bimbit yang berjaya adalah yang mampu menyediakan pengalaman internet paling selesa, dan penawaran aplikasi (apps) menarik dan berguna bagi kegunaan masyarakat.

Telefon yang kian menguasai pasaran, adalah yang menggunakan perisian Android. Dibangunkan oleh Google Inc. sejak 2005, Android juga merupakan hasil gabungan Open Handset Alliance, konsortium 79 syarikat berkaitan teknologi mudah alih yang komited kepada standard terbuka peranti mudah alih.

Cukup mengenai sejarah, kini tentang perisian Android. Kini, lebih 200,000 apps (applikasi) yang ditawarkan di Android Market. Telefon bimbit Android yang ditawarkan di Malaysia setakat ini adalah yang menggunakan perisian versi Eclair 2.1 dan yang terbaru Froyo 2.2.

Akan datang pastinya lebih menarik dengan versi Gingerbread 2.3, Ice Cream Sandwich 2.4 dan Honeycomb 3.0. Nama-nama yang cukup comel. =)

Jangan terkeliru antara Galaxy 5 dengan Galaxy S. Kedua-duanya berbeza, dan Galaxy S merupakan telefon Android paling pantas dengan kelajuan CPU 1GHz, sama seperti komputer riba.

Memandangkan dengan sekian banyaknya pengeluar telefon bimbit Android, anda boleh memilih tawaran berdasarkan harga terbaik dan ciri paling menarik. Telefon Android paling murah di Malaysia setakat ini ialah Samsung Galaxy 5, yang menggunakan Eclair.

LG Optimus One, merupakan telefon Android paling terbaru ditawarkan di Malaysia, menggunakan perisian Froyo, juga pada harga yang amat berpatutan.

Bagi menyedapkan cerita, kerajaan Malaysia telah pun memansuhkan cukai jualan 10% bagi telefon bimbit pada Belanjawan 2011. Pasti kita boleh menjangkakan harga yang lebih rendah bagi telefon-telefon pintar.

Selamat jalan telefon mahal iPhone dan BlackBerry, Android akan menjadi pilihan utama kita bagi tahun 2011 ini. InsyaAllah saya juga bakal menjadi pengguna Android tidak lama lagi, diharapkan dapat membeli Samsung Galaxy S, telefon idaman ramai.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: