jump to navigation

Piala Asia: Semua pasukan Arab tumbang! Januari 23, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , ,
trackback

Jika ada antara mereka yang tidak mengetahui, sebenarnya di Qatar sekarang sedang berlangsung Piala Asia AFC 2011. Umum sudah maklum, bahawa Qatar sudah pun memperoleh hak penganjuran Piala Dunia 2022, lagi 11 tahun mendatang.

Stadium Khalifa, Qatar. Banyak lagi yang lebih canggih bakal dibina untuk Piala Dunia.

Dari segi standard penganjuran, nampaknya Qatar sudah pun berjaya siang-siang lagi. Stadium yang canggih, padang bola yang selesa untuk permainan taraf Eropah, teknik kamera serta liputan media, semuanya berjaya dikuasai, lantas memberikan keyakinan yang amat tinggi daripada masyarakat antarabangsa terhadap Qatar.

Tambahan pula, pertandingan berlangsung ketika musim sejuk di Qatar, membolehkan kebanyakan pasukan bermain dalam keadaan terbaik bagi menghiburkan penonton di stadium dan TV.

Nampak mesra alam bukan?

Namun, hanya ada 2 perkara yang perlu Qatar tumpukan bagi mencapai standard Piala Dunia 2022 yang paling sempurna pernah diadakan.

Perkara Pertama: Suasana Pertandingan.

Dari segi suasana pertandingan, penonton masih belum cukup ramai, walaupun bagi perlawanan sehebat Australia lwn Iraq di peringkat Suku Akhir.

Qatar Airways, pernerbangan nasional Qatar. (Tak pernah lagi naik kapal terbang.)

Qatar wajar menumpukan kepada infrastruktur yang boleh diakses dengan kos yang lebih jimat. Misalnya, memperbanyakkan penerbangan ke Doha agar kos perjalanan udara boleh menjadi lebih kompetitif dan berpatutan, serta memperbanyakkan jumlah hotel di seluruh Qatar.

Perkara Kedua: Daya Saing pasukan Arab.

Standard pasukan-pasukan dari Timur Tengah amatlah mengecewakan kali ini. Arab Saudi telah pun terkulai di peringkat awal pertandingan. Manakala pasukan Qatar, Iraq, Iran, dan Jordan semuanya, tersingkir di peringkat suku akhir!

Fabio Cannavaro kini bermain di kelab Al-Ahli Dubai, di zaman senjanya.

Perkara ini mungkin boleh dikaitkan dengan kurangnya jumlah pemain dari kawasan Timur Tengah yang bermain di liga kompetitif di Eropah. Kebanyakannya hanya bermain di liga tempatan mahupun di zon Timur Tengah sahaja.

Itu pun, pasukan yang mereka bermain turut mengimport pemain-pemain terkemuka yang tidak lagi berupaya menghadapi daya saing liga Eropah, lantas menafikan peluang anak tempatan Arab.

Selain itu, Qatar juga boleh mencadangkan supaya diadakan satu Liga bolasepak yang akan menyatukan negara-negara kecil di Teluk Arab seperti UAE, Bahrain, Kuwait dan Qatar agar liga tersebut dapat menarik perhatian penonton menerusi taraf kompetitifnya yang tinggi.

Malaysia: Apa Seterusnya?

Piala AFF belum lagi mencapai taraf pertandingan benua Asia.

Malaysia sudah pun menjadi pemenang Piala AFF, iaitu bagi zon Asia Tenggara. Jika melihatkan kepada barisan pasukan Piala Asia 2011, nampaknya langsung tiada kelibat pasukan Asia Tenggara.

Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN, selain hos kepada AFC – Konfederasi Bola Sepak Asia, wajar memainkan peranan aktif dalam meningkatkan mutu bola sepak di Asia Tenggara. Usaha ini nampaknya telah mula mengeluarkan hasil, namun pujian melambung tidak sewajarnya diberikan lagi.

Logo pelik kan? Terlebih kreatif.

Malaysia sewajarnya berusaha segigih boleh bagi melayakkan diri ke pertandingan-pertandingan kompetitif yang diiktiraf FIFA, sebagai usaha menaikkan ranking pasukan yang masih terkebelakang walaupun sudah menguasai Asia Tenggara dengan kemenangan Sukan SEA dan Piala AFF.

Langkah pertama, memenangi tempat ke Sukan Olimpik London 2012. Dengan kelayakan pasukan dengan jumlah pemain besar seperti bola sepak, hoki, berbasikal dan badminton, Malaysia boleh mengimpikan untuk menghantar jumlah atlet terbesar dalam sejarah penyertaan ke Olimpik.

Langkah kedua, dengan memberi saingan hebat dalam pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014. Sekurang-kurangnya, diharapkan Malaysia dapat menjadi pasukan yang sukar dijangka dan boleh mengejutkan lawan tertentu, untung nasib, boleh layak ke pusingan play-off menentang pasukan benua lain yang bakal menghadapi masalah besar bermain di Bukit Jalil.

Langkah ketiga, WAJIB LAYAK ke Piala Asia 2015. Kelayakan dengan merit pastinya membanggakan, menjadi pasukan yang disegani di pertandingan yang bakal berlangsung di Australia pastinya menjadi idaman.

Diharapkan strategi Malaysia yang mengharapkan sepenuhnya kepada bakat-bakat anak tempatan dapat membuahkan hasil lantas membuka mata dunia yang liga-liga bolasepaknya kelihatan cacamarba dengan penuh pemain asing yang tidaklah sehebat mana pun.

Kadar pengangguran di Sepanyol semakin teruk meningkat.

Pengecualian kepada Sepanyol yang berjaya melahirkan kelompok pemain tempatan yang digeruni seluruh dunia, memenangi Piala Eropah dan Piala Dunia, serta mempunyai LA Liga BBVA yang paling menarik untuk ditonton sekarang. Malangnya, mereka sedang cuba menyelamatkan negara yang kian parah daripada krisis ekonomi dan kredit, yang pastinya juga bakal menyebarkan kesan kepada liga bolasepaknya. Tidak lama lagi, kita bakal melihat kejatuhan teruk ekonomi di Sepanyol, juga Portugal.

Kita beruntung, berada di benua yang masih berkembang pesat ekonominya, dan peluang keemasan ini tidak wajar dilepaskan.

 

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: