jump to navigation

Fitnah Papa Gomo mengenai blogger PAS dapat BlackBerry. Januari 24, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Saya terbaca mengenai fitnah seorang blogger UMNO, iaitu Papa Gomo, yang mengatakan bahawa dalam satu pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, para blogger yang hadir diberikan imbuhan RM500 seorang, selain dari pemberian telefon BlackBerry dan jalur lebar mudah alih bagi memudahkan penulisan blog.

Mana saya? Cuba cari di bahagian tengah, yang berbaju merah jambu cair. Itulah saya. =)

Untuk pengetahuan, saya merupakan antara yang hadir dalam pertemuan bertarikh 15 Januari 2011 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Saya dengan bingkas bangun dan membelek beg pemberian urusetia majlis, mana tahu mungkin terjumpa wang RM500, yang boleh digunakan ketika waktu sesak begini. Jika ada, duit rakyat juga, duit saya juga =P

Papa Gomo jahat! Mana RM500 saya? Tipu!

Cari punya cari,

cari punya cari,

cari punya cari,

TAK JUMPA PUN! Papa jahat! Papa Gomo tipu!

Okey, mari saya ceritakan mengenai kandungan dalam beg kertas bertulisan “Menteri Besar Kelantan” yang saya terima.

Yang terkandung di dalam beg ini, hanyalah kalendar negeri Kelantan, poster Tuan Guru Nik Aziz, tuala mandi yang cantik (yang kini saya gunakan), sebiji mug dengan gambar Tuan Guru, dan beberapa pamphlet berita negeri Kelantan.

Selain itu, mungkin kenangan dialog bersama bloggers yang mana saya hanya kenali menerusi tulisan mereka. Semeja dengan saya Milo Suam. =)

Apa lagi yang kami dapat, pastinya maklumat terbaharu mengenai ranking blogger politik di Malaysia, yang mana kini kian dikuasai oleh blogger UMNO dengan tulisan sensasi mereka yang tak ada hasil pun.

Selain itu, rata-ratanya yang pulang dari pertemuan dengan Tuan Guru Nik Aziz, diberikan suapan semangat baru serta jawapan-jawapan kepada soalan-soalan pedas dan berani oleh kebanyakan blogger yang hadir. Malangnya saya tidak sempat memberikan soalan, jika tidak, mungkin seluruh dewan akan tahu bahawa sayalah blogger paling muda di dalam dialog itu.

Ianya satu pertemuan yang amat indah dan memberikan inspirasi, namun tiadalah suapan wang yang tinggi serta kemudahan-kemudahan yang mana ramai blogger boleh membelinya sendiri.

Sudahlah Papa Gomo, hentikanlah menipu. Orang tak cerdik sahaja yang mempercayainya.

P/S: Tak suka BlackBerry, hujung bulan ni akan beli Android. Telefon murah saja, Samsung Galaxy 5.

 

 

 

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: