jump to navigation

McDonald’s: Peluang francais, dan burger yang makin kecil. Januari 25, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , , ,
trackback

McDonald’s Malaysia menjadi tajuk utama berita bisnes minggu lalu, apabila mengumumkan pengenalan imej baharu, serta pembukaan lebih banyak cawangan.

Ini merupakan pakaian seragam McDonald's United Kingdom, imej baharu Malaysia seakan hampir dengan UK, tapi tidak serupa.

Antara yang akan berubah adalah dari segi pembungkusan, pakaian seragam, tawaran produk, juga taraf perkhidmatan baharu yang lebih mudah. Carian Kelapa Muda di internet tidak dapat memberikan gambaran pakaian seragam baharu tersebut, mungkin kerana rekaannya telah disediakan khas bagi pasaran Malaysia.

Sementara itu, McDonald’s Malaysia juga membuka peluang francais yang lebih banyak. Bagi mencapai jumlah restoran yang lebih besar daripada sedia ada, mereka mensasarkan untuk mendapatkan 30% stor yang dibuka secara francais. Jika anda punya modal besar, lokasi strategik dan strategi hebat untuk menjalankan perniagaan, pastinya francais McDonald’s mampu memberikan keuntungan lumayan.

Sebanyak 1500 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan menerusi pembukaan restoran baru, penambahan kakitangan serta pemodelan semula restoran-restoran sedia ada. Ini bermakna, lebih banyak peluang untuk mereka yang ingin bekerja separuh masa mahupun sepenuh masa. Juga kepada lepasan diploma/ijazah, anda juga dipelawa untuk temuduga bagi menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan McDonald’s.

Bayangkan ini harga produk di McDonald's kita. Pasti jadi pilihan ramai, dan gulung tikar lebih awal!

Namun, kepada para penggemar McDonald’s, adakah anda merasa bahawa burger anda semakin kecil saiznya? Saya dapat melihat keadaan tersebut berlaku kepada burger kegemaran ramai seperti Big Mac dan Double Cheeseburger. Adakah hanya saya yang perasan, mahupun hanya ilusi, saya sendiri tidak mengetahui.

 

 

Komen-komen»

1. dCroft - Mac 23, 2011

Bestnya klu dpt bukak 1 cawangan Mc’D….. En.Rosli tau tak anggaran modal utk dptkn lesen francais Mc’D ni? Btul2 nk tau….

2. dCroft - Mac 23, 2011

sorry, en.Firdaus Rosli….

3. samantha - Oktober 24, 2011

wahh…beznyee……aku nk mkn mc’d jugak…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: