jump to navigation

Sampai di Kedah, apa boleh dibuat? Januari 30, 2011

Posted by Firdaus Rosli in Uncategorized.
Tags: , ,
trackback

Sabtu 29/1/11, saya tiba di rumah keluarga di Yan. Nampaknya ada 5 hari yang saya boleh luangkan di sini, untuk berehat serta bersama keluarga.

Salah satu masalah yang saya hadapi di sini, ialah bagi mendapatkan kebenaran bagi keluar. Ada sahaja yang ditanya, ada sahaja perkara yang tidak membolehkan saya keluar. Berapa ramai rakan-rakan yang menghadapi masalah ini apabila pulang ke pangkuan keluarga?

Kadangkala, terasa seperti perasaan syak wasangka cukup mempengaruhi keluarga ini, sehingga sudah. Saya pun masih belum berbicara dengan ayah saya, kerana tidak mahu masalah lain timbul. Cukuplah saya balik, dan mengetahui bahawa beliau okey, dan beliau juga tahu yang saya juga okey.

Antara yang boleh saya lakukan apabila pulang ke Kedah:-

1) Menonton TV, yang dilengkapkan dengan siaran Astro.

Rumah keluarga saya, seperti kebanyakan rumah keluarga sekarang, dipasangkan dengan Astro, yang membolehkan saya menonton pelbagai jenis rancangan daripada pelbagai siri dokumentari, perlawanan bola sepak serta drama-drama Indonesia. Aljazeera English ada? Sudah tentunya tidak.

2) Melayari Internet. Ada modem Celcom Broadband.

Modem yang sangat bermasalah!

Walaupun tidak cukup laju seperti Streamyx 1.0mbps di rumah Kajang, sekurang-kurangnya jalur lebar mudah alih sudah memadai. Lagipun komputer netbook saya tidak menggunakan banyak memori, membolehkan sambungan internet lebih lancar dan pantas. Masih boleh menulis blog, dan juga kini mencuba untuk menonton Aljazeera di komputer riba jika sambungan pantas.

3) Menikmati keindahan alam semulajadi.

Inilah jambatan gantung Titi Hayun di Yan. Air terjun yang agak sempit dan cetek.

Mungkin ini yang saya akan cuba lakukan, memandangkan Yan mempunyai pelbagai daya tarikan alam semulajadi. Ada beberapa air terjun seperti Titi Hayun, Batu Hampar, Seri Perigi selain pantai yang indah Pantai Murni untuk pelawat beristirehat.

Pelawat juga boleh menikmati pemandangan indah sawah padi jika melalui jalan dari Kuala Kedah, mahupun dari Guar Chempedak. Manakala, jika pelawat dari Sungai Petani, anda terpaksa melalui perjalanan yang agak berliku, melalui jalan berbukit di tepi pantai. Menarik bunyinya bukan?

Jalan Tanjung Jaga, banyak selekoh mendaki dan menuruni bukit, Wajar dipertimbangkan untuk Le Tour de Langkawi tahun hadapan.

4) Menikmati hidangan-hidangan enak. Makanan laut, sudah tentu.

Keluarga saya jarang menikmati hidangan di luar, oleh kerana kekangan bajet dan masa. Jadi, sewajarnya saya yang membawa adik-beradik untuk menikmati hidangan makanan laut di daerah ini, yang pastinya mudah didapati dari para nelayan yang tinggal berhampiran.

Walaupun ibu bapa mengekang kebebasan saya bergerak di Kedah ini, namun peluang cuti 5 hari ini akan saya gunakan sebaiknya.

Komen-komen»

1. Dzul - Februari 18, 2011

kg halaman saya tepi padang dekat maktab mahmud dlm perjalanan ke titi hayun, dah maju dah jalan bertar dari pekan yan terus ke titi hayun


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: